Friday, December 25, 2009

KEM MAHASISWA MUDA

Bismillahirahmanirrahim…………..alhamdulillah. dah 2 minggu aku memulakan sem baru. Aku panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran atas rahmat dan rahmanNYA. Hujung minggu yang terisi. Alhamdulillah, Dia memberi kesempatan lagi buat diri ini untuk ditarbiah. Untuk diberi tazkirah agar hati ini tidak gersang. Syukran jazilan tidak terhingga buat akak-akak dan abang-abang atas penganjuran program Kem Mahasiswa Muda di Pusat Kokurikulum, Pahang. Setelah lama penantian, hari itu tiba jua. Perkara yang unik dalam program ini adalah bilangan peserta perempuan yang memonopoli kehadiran peserta. Peserta lelaki hanya diwakili oleh seorang ar-rijal. Namun begitu, perkara pokoknya adalah kualiti daripada program tersebut.

Pengalaman selama 3 hari 2 malam akan aku cuba praktikan dalam kehidupan kampus ini. Insyallah. Bersama sahabat-sahabat, kami diisi dengan slot-slot rohani. Pengertian tentang kejadian diri ini. “Man Ana?”. Kupasan tentang kejadian kita di atas bumi Tuhan. Bagaimana harus seorang insane memandang dirinya sebagai hamba dan khalifah di bumi ini.Juga, pemahaman dengan erti kebahagian. Kebahagian itu tercapai bila ada keyakinan kepada Allah. Kemudian, kehidupan ini dikaitkan dengan alam sekitar dalam slot ‘alam dan manusia’ oleh saudara Hamidi. Apa kaitannya manusia dan alam?. Alam juga hamba yang sentiasa bertasbih pada RabbNya. Kita sebagai pemakmur perlu menggunakan alam ini dengan sebaik mungkin.

Slot seterusnya diisi oleh saudari Emey dari Gombak. Beliau menerangkan peranan sebagai mahasiswa. Bagaimana harus kita beraksi dalam menyumbangkan kepada orang lain. Pendidikan adalah factor terpenting dalam membentuk seorang mahasiswa yang menggelar diri sebagai aktivis. Di mana konsep belajar, mengajar dan diajar perlu diterapkan dalam diri. Setiap slot rohani di adaptasi ke dalam latihan dalam kumpulan (LDK). Pengalaman paling mencabar adalah ketika kami dibawa untuk riadah petang. Dengan keizinanNYa, kami dibawa untuk berkayak. Pada kali ini, lmu yang diperoleh tentang kayak adalah lebih mendalam. Kami terpaksa melalui ‘water resistant’. Hal ini adalah untuk memastikan semua peserta mampu bertindak ketika kayak terbalik. Cabaran ini membawa kami untuk mengatasi perasaan takut kepada air. Keseronakkan terasa apabila semua peserta mendapat peluang berkayak tanpa menunggu giliran dan masa berkayak adalah lama.

Seperti program lain, cabang objektif program ini adalah untuk mengeratkan ukhwah dan hubungan sesama ahli. Slot paling menarik perhatianku adalah slot oleh saudara Hasanin. Beliau menggariskan perkataan ‘retorik’. Bukannya kita hanya tahu berbicara tanpa membuat sesuatu pekerjaan tersebut seperti yang digambarkan dalam surah as-saff. Bahkan, kita tidak layak menggelar diri ini sebagia Da’ie. Taraf seorang da’ie sangat tinggi. Begitu juga dengan panggilan murabbi. Lantas, aku merasakan diri ini sangat kerdil. Bait kata-kata itu seakan menusuk hati. Membuatkan aku bermuhasabah diri. Seakan diri ini dikejutkan dari mimpi.

Sebelum berakhir, semua peserta perlu melakukan SWOT dan POA. Di mana, aktiviti ini member satu tugas dan tanggungjawab untuk dibawa pulang. Masih ada jiwa-jiwa kosong di luar sana yang masih memerlukan bimbingan kami. Hati-hati yang masih cintakan kebenaran. Kerana itulah fitrah manusia. Sunnatullah yang telah ditetapkanNya. Itulah beban yang paling berat aku rasakan. Hampir menitis air mataku memikirkannya. Mampukah aku?

Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, "sesungguhnya Aku hendak menjadikna khalifah di muka bumi ini". Mereka berkata, "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, apdahal kami sentiasa bertasbih memuji Engkau dan menyucikan Engkau?". Tuhan berfirman, "sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui". (2:30).

Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih menumbuhkan tujuh bulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi sesiapa yang dikehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurniaNya) lagi Maha Mengetahui.(2:261)

Thursday, December 3, 2009

Menangkan iman

Sebagai manusia yang beriman tetapi sedang dalam medan tempur melawan hawa nafsu dan syaitan, kita sangat memerlukan panduan. Agar kita tidak sesat tersasar sehingga menyalahkan Allah.

Iman akan memandu akal. Rasa takut pada Allah akan membantu diri kita berfikir setiap kali melakukan dosa. Biarpun ketika bersendirian, di dalam tempat berkunci, atau ketika tiada siapa melihat dan mengetahui, maka iman akan memandu akal dan hati kita. Iman akan menzahirkan rasa hati diawasi oleh Allah sehingga ke lubuk hati dan merasakan dirinya diperhatikan. Iman akan membunuh kecenderungan untuk bermaksiat dalam hati, dan nafsu akan dilumpuhkan dengan istighfar yang basah di bibir.

Secara fitrah, manusia akan bertanya kepada diri sendiri sebelum melakukan sesuatu. Akal akan menimbangkannya kerana itulah fungsi akal. Akal hanya akan tepat membuat keputusan dalam pilihannya jika terdapat iman yang subur dalam hati. Iman itu menjadi pemandunya.

Malahan, dalam undang-undang jenayah, setiap kesalahan terdapat elemen mensrea. Terdapat niat pada si pelaku untuk melaksanakannya. Lihatlah, betapa banyak jenayah dan maksiat yang besar dan kecil, bermula dengan elemen niat dan perancangan. Penzina, pencuri, pemecah amanah, pembunuh, perogol, dan segala macam lagi jenayah bermula dari gerak akal dan hati. Jika tidak kerana iman yang membenteng akal dan hati kita, maka jenayah atau maksiat itu pasti akan dilakukan.

Dengan iman, dia akan mempertahankan dirinya daripada menuruti kehendak nafsu. Dengan iman, kita akan sentiasa membayangkan peritnya perjalanan perbicaraan di mahsyar nanti. Lemahnya kita di hadapan Tuhan bagi menjawab semua persoalan mengapa perbuatan itu kita lakukan. Allah berfirman dalam surah al-Nazi’at ayat 40-41, mafhumnya: “Adapun orang yang takutkan keadaan semasa dia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalannya), serta ia menahan dirinya daripada menurut hawa nafsu, maka sesungguhnya syurgalah tempat kediamannya.”

Setiap kali berhadapan dengan pilihan, maka menangkanlah iman. Kalahkan kemungkaran dengan tidak menjadikannya sebagai pilihan hidup. Bisikkanlah dalam hati bahawa diri kita beriman kepada Allah. Kita takut akan Allah. Jadikanlah iman sebagai pertimbangan dalam menentukan perkara yang baik dan buruk. Apabila sifir ini sentiasa bermain di hati dan minda, kita akan menjadi Mukmin yang sejahtera dan mendapat petunjuk.

Daripada Abdullah bin Mas’ud bahawa Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud, “sesiapa yang mentaati Allah dan Rasulnya maka dia adalah orang yang mendapat petunjuk, dan sesiapa yang berbuat maksiat kepada Allah dan RasulNya maka dia tidaklah melakukan kemudaratan melainkan kepada dirinya dan dia tidak memudaratkan Allah sedikitpun.” (Ahmad b. Muhammad Syakir, Umdah al-Tafsir min Tafsir Ibn Kathir, jld 1, hlm. 542. Dihukumkan sahih olehnya).

Abi Darda’ menyatakan bahawa Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya, “ilmu diperolehi dengan mempelajarinya dan kesabaran diperolehi dengan kesabaran yang bersungguh-sungguh. Sesiapa yang berusaha untuk mencapai kebaikan, maka dia akan memperolehnya dan sesiapa yang berjuang untuk melindunginya dirinya daripada kejahatan, dia akan dilindungi.” (Al-Albani, al-Silsilah al-Sahihah, jld.1, hlm. 670, no.342).

Apabila kita memenangkan iman, di situ nanti kita akan menikmati kemanisannya. Terasa indah dan bahagia kerana memilih iman dan mengekalkan diri kita dalam suasana iman. Kemanisan iman ini dijanjikan oleh Allah dan NabiNya s.a.w. kepada kita. Daripada Anas b. malik menyatakan bahawa nabi s.a.w. bersabda: “Tiga perkara yang terdapat pada dirinya, maka dia merasai kemanisan iman.
- Jika dia mencintai Allah dan Rasulnya lebih daripada yang lain
- Mencintai seseorang hanya kerana Allah
- Benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana dia takut dicampakkan ke dalam api neraka.

Duhai diri, menangkanlah iman di atas kemungkaran. Moga doa Nabi s.a.w. ini menjadi basahan lidah,

“Allahumma ya musorrifal qulubi sorrif qulubana ila tho’atik”.
Maksudnya, “Wahai Tuhan yang mengendalikan hati, maka juruskan hati kami ini kea rah mentatai-Mu.” (Al-albani, al-Silsilah al-Sahihah, jld 4, hlm 261, no. 1689).

solusi edisi 13

Senyumlah :)

Susahkah untuk senyum? Untuk apa bibir dicipta jika tidak mahu senyum. Senyumlah walau ada duka di hati. Walau payah hidup ini untuk di hadapi. Walau seribu masalah pun yang bersarang di hati. Pentingkah senyum? Bukankah senyum itu sedekah. Kita tidak punya harta untuk bersedekah, maka jadilah orang yang pemurah dengan senyuman. Allah sudah member jalan mudah untuk minta berbuat kebaikan. Bagi yang menjadi jurujual, sememangnya senyuman mampu menarik pelanggan untuk singgah ke kedai. Ungkapan yang sopan menunjukkan adat kita sebagia orang timur. Apalagi menunjukkan akhlak kita kepada orang bukan Islam. Bukankah cantik namanya. Ada disebutkan dalam al-quran mafhumnya, Allah itu cantik dan sukakan pada kecantikan. Walaupun tidak mengenali seseorang, senyumlah padanya tanda kita ini bersaudara. Senyum mampu membawa kita kepada pertemuan pertama. Lantas, kita mampu menyambung persahabatan dengannya. Mahalkah harga sebuah senyuman? Perlukah kita membayar dengan harga yang tinggi hanya untuk sebuah senyuman?

Senyum sebagai penyembuh. Pesakit akan semakin sakit jika ‘nurse’ yang merawatnya masam mencuka. Tanpa senyuman di bibir. Hiasilah muka dengan senyuman. Sekurang-kurangnya, ia mampu mengurangkan kesakitan pesakit. Senyuman itu penyeri wajah. Tanpa ‘makeup’ pun, wajah kita masih cantik dan ayu dengan senyuman. Cuba perhatikan wajah tanpa senyum. Bengis. Sesiapun tidak mahu mendekati kita. Apatah lagi untuk menarik kanak-kanak. Senyuman mampu menarik kanak-kanak kepada kita. Walaupun sebagai orang asing, senyuman dapat mendekatkan mereka kepada kita. Dengan senyuman, kita mampu menutup kesedihan di hati. Sebagai orang yang beriman, wajarlah kita bersabar dengan dugaan hidup ini. Ajarlah diri untuk terus tersenyum walau masalah yang berat melanda. Senyumlah…..:)

Wednesday, November 25, 2009

waktu itu...

Pejam , celik, pejam, celik. Satu sem sudah aku lalui. Begitu cepat masa berlalu. Seakan baru semalam aku menjejakkan kaki ke UIA Kuantan. Kembali aku untuk bermuhasabah waktu-waktu yang telah aku lalui. Aku akui, kehidupan di Kuantan menyibukkan aku dengan ‘study’. Satu perkataan yang amat mengerikan. Kerana apa? Kerana kita akan terus menghadap subjek-subjek semata-mata untuk skor dalam peperiksaan. Itulah system pendidikan Negara ini. Bagiku, pemahaman dan praktis sangat penting untuk diaplikasikan dalam kehidupan ini. Bukan sekadar jawapan di atas kertas. Aku masih mengikuti kuliah dan program yang ada. Namun, ia tidak seperti dulu. Masih ada ruang kosong yang belum terisi. Yang belum memuaskan jiwa ini untuk aku terus mencari makna hidup ini.

Terlalu sukar rasanya berjalan tanpa haluan. Tanpa medan yang dapat menghubungkan aku dengan dunia luar. Aku masih cuba mencari dan menanti. Aku terus menanti. Agar ada tangan-tangan yang sudi menghulur, terus memimpin aku berada pada jalan yang benar. Namun, apakan daya, permulaanku berjalan dengan agak perlahan. Aku tidak menyalahkan sesiapa. Mungkin diri ini terlalu mengharap. Lantas, aku sibukkan diri dengan sahabat-sahabat satu kursus yang ku anggap mampu menggantikan kekosongan diri ini. Sedihnya, jiwaku kosong. Aku cuba menyambungkan tali-tali antara kami. Ya, aku dapat rasakan keeratan dalam diri masing-masing. Namun, aku masih belum puas. Tiada lafaz-lafaz semangat, tiada butir-butir nasihat yang selama ini aku tunggu. Kerap kali aku memendam rasa. Kerana sifatku yang berpura-pura. Sedih kerap kali menjengah hati ini. Aku cuba berlagak biasa. Cuba ‘husnul zon’ kerana itu yang aku pelajari. Kuatkah aku???
Kerinduan dan peluang membawa aku ke Gombak. Bertemu saudara jauh. Walau hanya sekejap cukuplah itu untuk aku teruskan kehidupan di bumi Kuantan. Meneruskan sisa-sisa yang masih ada. Diri ini masih sibuk menelaah. Kadang-kadang sempat kuintai papan notis sekiranya ada peluang bagiku untuk menagih secakir ilmu. Dan, masa terus berlalu. Jiwa semakin kering. Perlu sesuatu untuk di isi. Di mana perlu ku cari? Siapa yang harus aku temui? Terus aku berfikir dan bertanya.

Berjayakah aku tanpa jawatan yang disandang? Bolehkah aku capai 3.5 tanpa sibuk dalam persatuan. Pertanyaan yang membebankan. Itu rezeki dari Allah. Usaha, tawakal dan doa menentukan segalanya. Siapa aku untuk mencatur hidup ini. Di akhirnya, aku masih belum menemui jalannya untuk aku teruskan perjuanganku. Gagal aku untuk hidup bersendiri. Aku cuba untuk kuatkan diri walaupun tahu kaki sudah tidak mampu untuk berdiri. Hanya iringan doa yang menemani. Menyuluh aku ketika gelap dan terang. Sehingga habis satu sem aku di pengajian. Apakah sem depan masih ada harapan? Aku mengharapkan permulaan yang terbaik. Sebelum diri ini dipisahkan, akan aku lawan segala yang menghalang. Aku cuba untuk menjadi yang tidak kebelakang. Tidak terlalu jauh untuk aku kejar dan berlari. Supaya aku tidak penat dan mengah dalam hidup ini…..

Tuesday, October 20, 2009

Sehari di HTAA

Alhamdulillah...

Semalam hari pertamaku di HTAA. Sangat memenatkan. Semua orang di wad sangkakan kami ni doktor sebab pakai lab coat pegi posting. teruknyer rasa. Tapi, nak buat cam mane. Disebabkan uniform yang ditempat tak dapat siap. Namun, aku puas. Banyak perkara yang aku dapat belajar. Berjumpa dengan ramai pesakit. Aku sempat mandikan seorang pak cik. Rasa macam mandikan ayah sendiri. Sayu rasa hati... Aku bertugas di 'medical male ward' tingkat 8 bersama 9 orang rakan yang lain. Mula-mula masuk, kami tercengang. Masing-masing tak pasti apa yang harus dilakukan. Selepas sedikit penerangan daripada CI, kami mulakan tugas. Moga niat kami akan terus istiqamah dalam membantu orang lain.

Perasaan puas dan seronok dapat membantu orang lain yang tak berupaya. Namun, disebabkan silibus yang sedikit, hanya sesetengan prosedur yang mampu kami lakukan. Ambik tekanan darah (Blood pressure), suhu (Temperature), kadar pernafasan (Respiration rate), kadar nadi (pulse rate). AKu masih belum berkesempatan untuk menjaga bahagian rohani pesakit. Solat mereka macam mana? belum terlaksana lagi tanggungjawab yang satu itu. Aku tahu seharusnya, itu yang perlu diutamakan. Dek kerana pesakit yang ramai , dan kerja yang banyak, bab itu terlepas pandang. Aku harap ada peningkatan dalam kerjaku nanti.

Di sana, bukan setakat pelajar dari UIA, aku dapat kenal pelajar dari Shahputra, KIST dan banyak kolej lagi. Mereka lebih mahir dari kami. Peluang itu aku ambil untuk belajar sedikit sebanyak dari mereka. Sis dan staffness pun banyak bagi tunjuk ajar. Alhamdulillah, masih ada yang sudi mengajar.

Insyallah, aku cuba manfaatkan masa yang ada di hospital. Banyak benda lagi yang harus aku belajar. Semoga ini adalah satu jalan olehNya untuk aku begerak sebagai khlaifahNya di muka bumi nie.. Medan untuk aku.

Ya Allah, permudahkan jalan untukku dan sahabat2 yang lain. bantulah kami dalam membantu agamaMu. Amin.............

Wednesday, October 7, 2009

Rintihan hambaMu

Bismillahirahmanirrahim………

Sudah kurang masa sibukku. Selama seminggu rasa diri ini disibukkan dengan dunia. Bergelumang dengan ‘assigment’ dan ‘presentation’. Kurangnya masa bersamamu Tuhan. Alhamdulillah, Dia masih memberi kesempatan untuk aku mengisi rohani yang sentiasa kering. Jiwa yang masih mencari cahayaNya. Mencari makna kehidupan ini dan rahsia kebesarannya. Maha Besar Engkau Ya Allah. Memberi kemudahan atas segala kesulitan. Agungnya percaturanMu. Seperti firmanNya,

“ kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan” (94:5-6). Daripada ayat di atas jelas sekali ditekankan tentang pertolonganNya untuk hamba-hambaNya walau sesulit manapun rintangan itu.


Hinanya diri ini,
Sering memohon dan meminta,
Memohon pertolongan dan bantuan,
Menadah tangan dengan esak dan tangisan.

Namun,
Diri ini belum mampu member ibadah terbaik buatNya,
Gagal menjadi hamba yang baik untukNya,
Tidak mampu mencapai cintaNya,
Tidak mampu mengotakan janji padaNya,
Siapalah aku di mataMu, Ya A’zim.

Hebatnya hamba-hambaMu,
Yang sentiasa berlumba-lumba mencarii cintaMu,
Tenggelam dalam tangisan munajatnya,
Basah bibir dalam zikirnya,
Zuhud pada pandangan dunianya,

Yakni,
Hamba-hamba yang mukhlis dalam ibadahnya,
Hamba-hamba yang muttaqin dalam urusannya,
Mereka menanam hasil di ladang duniaMu,
Agar mampu dituai di akhirat kelak,
Untuk berjumpa dengan kekasihNya,
Cinta yang terangung buat selamanya.

Tapi aku,
Masih di sini,
Masih ada hijab antara kita,
Ke mana harus ku cari cahaya itu,
Ke mana harus ku langkahkan kakiku,
Siapa yang harus aku temu,
Siapa yang sanggup memimpinku,
Persoalan yang buntu,
Tanpa aku temu jawapannya.

Bantulah hambamu ini,
Ya Rahman, Ya Rahim,
Nyalakan cahayaMu itu,
Suluhkan jalan untukku,
Pimpinlah diri ini,
Sebelum aku hanyut dalam arus dunia ini,
Sebelum aku tenggelam dalam khayalan ciptaanku,
Di dalam pentas lakonan dunia,
Di mana aku hanyalah boneka,
Yang hanya bergerak mengikut arahan tuannya.

Apa yang mampu aku harapkan,
Cinta dariMu,
Pertemuan denganMu,
Dalam husnul khatimah…..

(1.44 pagi)

BUAT ORANG MUDA

Punya cerita duka,
Punya cerita luka,
Itulah namanya arca manusia

Punya hati suka,
Namun sakit saat terluka,
Itulah namanya jiwa manusia,

Mengukir saat bahagia,
Menacap waktu sengsara,
Itulah takdir cinta yang Esa

Takdir itu mana mungkin menzalimi,
Tetapi itu tarbiyyah Illahi,
Suka, duka sengsara bahagia,
Nikmat Tuhan buat sang hamba,
Cuma manusia harus celik menilainya

Buat orang muda,
Acara kamu masih menunggu puncaknya,
Walau terkadang salah bicara,
Namun Dia tetap cinta,
Walau terkadang sasar gayanya.

Dia tetap menunggu dirimu berbicara,
Bicara cinta antara kamu dan Dia,
Bicara cinta agung yang pasti tiada tara-Nya,
Berbagahagialah orang muda,
Yang pasti tahu datang dan perginya,
Hanya di sisi Tuhan yang Esa…..

(Nahwan Nur)
Solusi

Saturday, October 3, 2009

Salam Lebaran





Bismillahirahmanirahim............

Mungkin post kali ini agak lambat untuk aku coretkan kerana aidilfitri telah 2 minggu berlalu. Apa-apa pun Salam Lebaran buat semua. Aidilfitri kali ini membawa kami ahli keluarga berkumpul bersama-sama. kami menyambut aidilfitri di rumah tok di Dungun. Seperti tahun yang sudah, seusai menjamu selera, kami bergambar bersama sanak saudara yang lain..

Cuti yang terhad mambuatkan masing-masing tidak mampu untuk terus menetap lama di rumahku. Mak Long pulang ke Perak pada raya keempat lagi. Rumahku seperti biasa dipenuhi dengan tetamu yang tidak henti-henti tiba. Lumrah pada hari raya. Walaupun penat, kami tetap melayan kerenah tetamu yang tiba.

Dalam menyambut syawal, aku masih berkira-kira untuk mencari masa menyiapkan assignment. Namun, godaan tv menghalangku melakukannya. Maka, aku membawa pulang ke UIA kerja-kerja yang tertangguh.

Aidilfitri kali ini berjaya aku bertemu kembali dengan sahabat2 lama. Kami sempat mengadakan 'reunion'. Walaupun tidak semua dapat menghadirkan diri, aku berpuas hati dengan kehadiran kawan-kawan yang lain... alhamdulillah.

Sekarang, aku sudah seminggu di UIA. Meneruskan sisa-sisa pengajian. Dengan kepala yang masih terbeban, aku harus berusaha menyelesaikan segala kerja. Insyallah, 19 Oktober nnti aku akan mula postng di HTAA. Moga diberi kekuatan untuk aku tempuh kehidupan di wad sebagai seorang jururawat. Wallahualam......

Tuesday, August 25, 2009

Tazkiyatun nafs

“ Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa”.

Ramadhan telah datang menjengah kita. Bulan yang penuh dengan keberkatan tiba lagi. Bagaimanakah akan kita sambut bulan kemulian ini. Di mana di dalamnya penuh dengan mahfirah dan rahmat Tuhannya. Hanya mereka yang konsisten dengan amal ibadahnya mampu menjalani Ramadhan dengan sempurna dan mencari lailatulqadar. Mana mungkin seorang yang jarang melakukan qiamulail dan zikir akan konsisten satu bulan untuk melakukan ibadah yang sama. Hanya sifat istiqamah mampu membantu kita menjalani ibadah puasa dengan baik.Ramadhan berasal daripada perkataan “Ramadho” yang bererti panas. Kerana pada zaman Rasulullah, umat Islam berpuasa pada bulan yang sangat panas. Bulan Ramadhan merupakan bulan yang paling istimewa berbanding bulan-bulan lain. Bulan ini dipilih untuk seluruh umat Islam berpuasa, menahan lapar dan dahaga serta perbuatan yang membatalkan puasa. Selain Ramadhan, terdapat 4 bulan lain yang digalakkan bagi kita untuk berpuasa yakni, Muharam, Rejab, Zulkaedah dan Zulhijjah. Seharusnya, sebelum kedatangan Ramdhan, diri kita sudah bersedia untuk menjalani ibadah kepadaNYA. Hari Arafah dikatakan hari yang terbaik disunatkan puasa bagi mereka yang tidak mengerjakan haji.Hassan al-Basri mengatakan di antara hikmah orang berpuasa ialah orang yang berpuasa akan dipanggil pada hari qiamat untuk satu jamuan. Antara lainnya, orang berpuasa disediakan satu pintu yang dipanggil Babu Ar-Rayyan yang hanya akan dimasuki oleh orang yang berpuasa. Bagi orang yang berpuasa, dia dapat merasai kesengsaraan orang yang lapar. Mungkin selama ini kita terlalu bermewah dengan hidangan makanan sehingga berlaku pembaziran. Ramadhan adalah bulan yang mampu mendidik nafsu kita dalam berbelanja dan menghayati kemiskinan dan kesusahan orang lain. Pada bulan inilah kita mampu membetulkan nafsu kita yang sering menyeleweng. Masyarakat pada hari ini hanya melihat puasa dalam menahan lapar dan dahaga. Kita sering terlupa bahawa anggota badan kita juga harus didididk untuk berpuasa. Kerana mulut, pahala puasa kita berkurang. Kerana mata, pahala kita merosot. Kita tidak akan tahu mata atau ganjaran Allah terhadap orang berpuasa kerana Allah berfirman, “ ana ajbi”. Aku yang menilai. Jadi, beruntunglah bagi siapa yang menjaga puasanya. Hikmah lainnya, dengan berlapar, kita dapat menyempitkan urat saraf dan menghalang bisikan-bisikan syaitan yang menguasai urat darah kita.Pelbagai fadilat yang terdapat dalam bulan Ramdhan. Pada bulan Ramadhan kita dapat beriktikaf di dalam masjid. Kita dapat lebih meluangkan waktu untuk beribadat. Masa makan kita dapat diganti dengan bacaan al-quran, berzikir dan sebagainya. Di dalam bulan inilah terdapat satu malam kemulian yakni disebut di dalam al-quran, “ malam kemulian itu lebih baik daripada seribu bulan”. (98:3). Di mana, malaikat-malaikat turun untuk mengatur segala urusan dan malam itu penuh dengan kesejahteraan. Lailatulqadar diturunkan al-quran dan menjadi dambaan setiap insan yang dambakan kecintaan pada Tuhannya. Untuk melengkapi lagi ibadah puasa, perlulah disertakan dengan amalan sunat sebagai menampung di dalam kekurangan puasa kita. Pada bulan puasa, kita digalakkan untuk bersedekah. Banyakkan memberi makanan dan minuman kepada orang berpuasa yang lain kerana pahala orang yang memberi makanan kepada orang yang berpuasa adalah seperti orang berpuasa tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa walapun sebiji kurma.Sedekah yang paling hebat adalah orang yang mengajar ilmu pada orang lain. Perkara sunat yang kedua ialah, sunat mandi janabah sebelum terbit fajar bagi yang berhadas besar. Hal ini untuk memastikan permulaan Ramadhan kita dengan kesucian. Ketika berpuasa hendaklah kita meninggalkan perkara yang melalaikan seperti nyanyian atau menonton televisyen. Perbanyakkan mengingati Allah. Sabda Nabi Muhammad S.A.W, “bersahurlah kamu. Sesungguhnya dalma bersahur itu ada barakah”. Walaupun hanya dengan seteguk air kita dapat rasai keberkatannya tanpa merasa lapar dan dahaga sepanjang satu hari berpuasa. Kita juga disunatkan memperbanyakkan ibadah. Carilah malam lailatulqadar kerana mereka yang bertemu dengan malam ini akan diampunkan dosa-dosanya yang terdahulu. Maha suci Allah. Seterusnya, bagi yang berkeluarga, disunatkan berlebih sedikit dalam berbelanja kepada keluarga terutama bagi ketua keluarga. Juga, disunatkan meninggalkan merasa makanan ketika memasak. Dibimbangi kita tidak mampu menahan hawa nafsu. Di dalam bulan ini juga, sunat meninggalkan mengucup isteri bagi yang telah berkahwin. Umar berkata, “Aku binasa hari ini kerana mengucup isteriku”. Sedangkan sahabat yang amat tinggi keimanannya takut membatalkan puasa, apatah lagi kita yang hanya punya iman senipis kulit bawang. Bawalah diri kita untuk merasai kelazatan sebenar ibadah kepadnya dan mampu menjadi loncatan kepada ibadah kita selepas ini. Moga kita mampu menempuh satu bulan yang penuh kemulian. Mohonlah rahmat dan rahimNya dengan penuh keyakinan kerana Allah berfirman, “Aku adalah seperti tanggapan hambaku”. Bersangka baiklah denganNya bahawa Dia akan ampunkan dosa-dosa kita dan merahmati kehidupan kita. Wallahualam….

“Ya Allah, berkatilah kami dala
m bulan Rejab dan Syaban dan sampaikanlah kami pada bulan Ramadhan”.

Friday, August 7, 2009

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan

Alhamdulillah, syukur pada Allah s.a.w kita masih di panjangkan umur olehNya untuk meneruskan kehidupan di dunia ini. Sedarkah kita semua, kita berada di pertengahan bulan Syaban. Lagi 15 hari, kita bakal menyambut Ramadhan, bulan penuh kemulian. Gembirakah kita? Atau berduka? Kerana terpaksa berlapar dan dahaga. Masing-masing punya jawapan yang tersendiri. Bersediakah kita menyambut kedatangan bulan keberkatan ini? Berdoalah kita moga sempat berjumpa dengan Ramadhan kali ini dan malam LailatulqadarNya. Mungkin, Ramadhan yang lepas kurang amal yang kita lakukan. Jadi, manfaatkan Ramadhan kali ini kerana kita tidak pasti adakah ada Ramadhan seterusnya buat kita.

"Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa. Puasa itu diwajibkan dalam beberapa hari tertentu. Maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) maka hendaklah ia digantikan dengan hari-hari lain.

Apakah fadhilat yang terhimpun dalam bulan yang mulia ini. Sabda Nabi Muhammad S.A.W. yang bermaksud:
"Bahawa bulan Ramadhan itu adalah bulan yang diberkati Allah. Bulan yang mengandungi Lailatulqadar, yang lebih baik daripada seribu bulan. Bulan yang diwajibkan Allah ke atas hamba-Nya supaya berpuasa supaya bangun di malam hari untuk melakukan ibadah sunat. Sesiapa yang mengerjakan ibadah sunat dalam bulan ini, maka pahalanya sama dengan mereka yang mengerjakan fardhu di bulan lain."

"Agama Islam itu terbina dengan lima asas iaitu, membuat pengakuan bahawa tiada Tuhan yang lain, melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu persuruh-Nya, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan mengerjakan haji di Baitullah.

"Semua amal kebajikan anak Adam itu untuk mereka sendiri kecuali puasa, kerana puasa itu dilaksanakan untuk Aku semata-mata dan Aku akan membalasnya. Sebenarnya puasa itu sebagai perisai. Apabila seseorang itu berpuasa maka janganlah ia bercakap kotor dan sekiranya ia dimaki maka hendaklah ia berkata: aku berpuasa, aku puasa sebanyak dua kali. Demi Allah sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah dari bau kasturi. Orang yang berpuasa itu akan mendapat dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan ketika bertemu dengan Allah (di akhirat).

"Apabila tiba bulan pertama Ramadhan, syaitan dan jin yang jahat dibelenggu dan tertutup semua pintu neraka dan terbuka semua pintu syurga dan pada setiap malam ada seruan: Wahai orang-orang yang ingin baik, majulah; wahai orang yang ingin jahat, hentikanlah dan Allah memendekkan beberapa banyak daripada api neraka dan yang demikian itu pada setiap malam."

"Setiap manusia akan mendapat kebaikan selama mereka itu menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan sahur."

"Ramadhan bulan yang diwajibkan Allah puasa-Nya dan aku mencontohkan kepada kamu agar bangun sembahyang malam; maka siapa yang berpuasa dan bersembahyang malam, benar-benar kerana iman dan mengharapkan pahala daripada Allah akan keluar daripada dosa-dosanya bagaikan keadaan ketika dilahirkan daripada perut ibu."
"Orang yang zikir (ingat) kepada Allah pada Ramadhan akan diampunkan baginya dan orang yang meminta daripada Allah di dalamnya (Ramadhan) tidak akan kecewa."

Ramadhan juga dikaitkan dengan bulan kesabaran kerana orang-orang yang berpuasa bukan sahaja dituntut meninggalkan makan dan minum tetapi juga menghindari daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa termasuk menjauhi hubungan kelamin sesama suami isteri pada siang hari. Kerana itu, sifat-sifat sabar sahaja yang menjamin kesempurnaan orang-orang Islam menunaikan puasa sebulan Ramadhan. Firman Allah,
"Dan sesungguhnya Kami akan memberikan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan."

Berdasarkan ayat-ayat al-Quran dan hadis, puasa Ramadhan mempunyai banyak kelebihan, hikmat atau fadhilat. Antaranya ialah apabila seseorang itu benar-benar berpuasa, zahir dan batin serta puasanya itu menyekat dirinya daripada melakukan maksiat dan kejahatan.Peluang yang besar bagi seseorang melakukan amalan kebajikan yang boleh membawa kejayaan akhirat, menambah ketaqwaan kepada Allah dan setiap amalan kebajikan diberi ganjaran yang banyak.Apabila seseorang berpuasa, syaitan dan iblis tidak mempunyai peluang untuk menggoda dan menghasut manusia melalui hawa nafsu kerana puasa merupakan perisai yang dapat menangkis sebarang hasutan dari syaitan.
Salah satu kelebihan yang Allah berikan untuk umat Islam dalam bulan Ramadhan ialah malam Lailatulqadar. Ini bererti sesiapa yang beribadat pada malam-malam tersebut digandakan pahala dan ganjaran yang amat tinggi di sisi Allah
Sementara itu dalam kegembiraan menyambut Ramadhan, fahamilah sejelas-jelasnya akan hakikat dan falsafah puasa yang tersirat. Kefahaman ini bukan sahaja membantu kita menjalani ibadah tetapi dapat menunaikan puasa dengan sempurna. Antaranya ialah:

1.Menjadikan seseorang muslim itu lebih bertaqwa kepada Allah berdasarkan firman Allah dalam Surah al-Baqarah, ayat 183 seperti di atas dan melalui ayat 13, Surah al-Hujarat yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang-orang yang bertaqwa."

2.Melatih manusia supaya bersabar menghadapi kesusahan atau bencana, penderitaan dan juga cabaran-cabaran hidup. Kehidupan manusia memang sentiasa dirundung cabaran dan ujian-ujian Allah. Menegaskan mengenai cabaran di dunia, Allah s.w.t menegaskan di dalam ayat 155, Surah al-Baqarah: "Demi sesungguhnya kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut dan kelaparan, kekurangan harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar."

3.Melahirkan muslim yang amanah yang merupakan sifat yang tinggi nilainya. Puasa melatih manusia dengan sifat-sifat amanah kerana tanpanya puasa akan menjadi batal atau tidak sempurna. Jika begitu, sia-sia sahaja seseorang itu berpuasa dan tiada faedahnya menahan lapar dan dahaga.

4.Melahirkan perasaan insaf dan belas kasihan serta bertimbang rasa. Hanya orang yang berpuasa sahaja dapat memahami atau mengetahui kesengsaraan orang-orang miskin yang lapar dan dahaga. Melalui keinsafan, diharapkan seseorang Muslim itu tidak keberatan untuk memberi bantuan, sedekah atau sumbangan kepada golongan yang tidak berada. Amal jariah sememangnya dituntut di dalam Islam.

5.Sebagai senjata menahan manusia daripada melakukan maksiat dan kemungkaran. Tiada ertinya seseorang itu berpuasa tetapi pada masa yang sama melakukan perkara-perkara keji dan mungkar walaupun hanya melalui kata-kata. Sebab itu Rasulullah s.a.w berpesan: "Puasa itu sebagai perisai dan apabila seseorang itu berpuasa maka janganlah ia bercakap kotor, jangan menjerit-jerit serta jangan berlaku bodoh..."

Kesimpulannya, terdapat pelbagai falsafah yang tersirat di sebalik bulan Ramadhan yang hadirnya sekali setahun. Justeru itu, hayatilah pesanan Rasulullah s.a.w melalui sebuah hadisnya yang bermaksud:

"Ramai di kalangan umatku yang berpuasa tetapi tiada mendapat apa-apa kecuali lapar dan dahaga."

Thursday, August 6, 2009

TITIPAN UJIAN YANG BERERTI (Cerpen)


"Sadaqallahul a'zim,".

Al-Quran di tangannya ditutup perlahan-lahan, diciumnya dan diletakkan di tepi meja. Ditenung lama wajah lesu di hadapannya. Tangan yang separa pucat itu dijamahnya dan dibawa ke dalam genggaman eratnya..

"Abang, Maria tahu abang gembira kan dengar bacaan Maria. Walaupun tak sebaik bacaan abang, doakan Maria istiqamah dengannya.. Maria tahu, abang akan selalu sokong Maria. Maria akan cuba untuk jadi isteri solehah seperti yang abang idamkan. Insyaallah, Maria janji Maria akan selalu perdengarkan untuk abang. Maria tahu abang rindukannya. Sama juga dengan Maria. Maria rindu untuk mendengar bacaan abang waktu Subuh.. Maria rindu untuk berimamkan abang..Maria rindu untuk dengar suara abang, Maria rindu... rindu sangat-sangat.." kata-katanya separuh berbisik itu tersekat-sekat.

Ditahan suara tangisnya di dalam hati. Dia tak mahu lagi menunjukkan rasa sedihnya apabila berhadapan dengan lelaki itu. Dia tahu, lelaki yang berada di hadapannya ini tidak akan memberi respons apa-apa. Sudah seminggu, lelaki itu terbaring lesu dan tidak sedarkan diri. Selama seminggu ini jugalah, Maria seolah-olah bercakap-cakap sendirian di birai katil itu.

Padanya, biarlah apa orang nak kata, dia tahu, suaminya mendengar setiap bait kata-katanya itu. "Abang, Maria tunggu abang... Maria akan tunggu abang sampai bila-bila. Maria yakin, abang akan sedar tak lama lagi...Maria akan tunggu abang sebagaimana abang sabar menunggu Maria selama ni." dia mengulangi kata-katanya itu, sambil mengucup lembut tangan kanan suaminya.

Dia masih ingat kata-katanya pada malam pertama saat mereka berdua selamat diijabkabulkan. "Abang, sejujurnya Maria nak abang faham keadaan Maria. Sebenarnya, Maria masih belum bersedia jadi isteri abang, Maria baru saja kehilangan papa...dan abang Long pula terpaksa balik US awal. Jadi, mungkin sebab ini perkahwinan ini terpaksa diawalkan.Tolong fahami Maria, dan Maria harap abang beri Maria masa ," kata-katanya memang boleh ditafsir oleh Hakimi sendiri.

Maria mengahwininya atas dasar perjanjian arwah papanya dengan ibu bapanya. Dan dia tersepit dengan keadaan selepas pemergian papanya dan memaksanya untuk berkahwin dengan Hakimi. "Abang tunggu... abang akan tunggu Maria." Jawapan Hakimi yang agak 'innocent' itu benar-benar buat dia rasa bersalah.

Dia tahu alasan yang diberikan kepada Hakimi yang membawa maksud untuk 'tidak menyentuhnya' itu keterlaluan.. Haruskah dia nyatakan yang dia tak mencintai lelaki itu, sedangkan dia sendiri yang menyatakan persetujuannya kepada Abang Long? Sebab apa pula dia menerima pernikahan ini? Sebab papa? Dan sebab apa pula dia tidak boleh menganggap Hakimi sebagai suami? Sebab Hakimi bukan 'taste' yang diingininya? Mungkin...

* * * * * * * * * * * *

Hakimi ditinggalkan bersama adiknya,Hafiz. Hafiz menasihatkan Maria untuk pulang berehat sementara dia ingin bersama abang kesayangannya. Pada petang itu, Maria pulang ke rumah. Rumahnya ibarat kapal karam itu seharusnya dikemas. Semenjak suaminya di hospital, dia langsung tidak mengambil berat tentang keadaan rumahnya.

Dua minggu cuti yang diambil sepenuh masa digunakannya untuk menemani suami tersayang. Foto perkahwinan di dinding bilik mereka direnung lama. Wajah suaminya yang segak berbaju Melayu di dalam foto itu diperhatikan. Dia tersenyum. Tersenyum mengenangkan pelbagai tanggapan dibuat terhadap suaminya, serta karenahnya bersama Hakimi kini berlegar dalam ingatannya.

Liza, rakan baiknya adalah pendengar setia mengenai cerita rumahtangga mereka.
"Aku tak tahu nak cakap macam mana. Dia tu berjiwa ustaz sangat. Kadang-kadang naik rimas aku."

"Kata dia tu manager syarikat.. tapi jadi ustaz pulak ke?" Liza sengaja buat-buat tak faham.

"Maksud aku.. gaya dia tu macam gaya ustaz skema. Aku tengok family dia tu biasa je. Mungkin dia ni bekas sekolah agama agaknya. Sampai aku asyik kena berdas-das 'peluru berpandu' kat rumah"

"Maksudnya macam mana tu?"

"Dah lah, malas nak cakap ngan kau tau. Asyik tak faham je." Liza tersengih melihat gelagat Maria yang memang takkan habis rajuknya.

Lelaki itu sangat baik padanya. Entah kenapa dia dulu tidak boleh mencintai Hakimi sebagaimana dia mencintai Adam, bekas kekasihnya suatu ketika dulu. Pada masa itu, dia asyik memikirkan perkara yang sama. Salahkah langkahnya kerana tidak meminta untuk melalui zaman percintaan bersama Hakimi sebelum melangsungkan pernikahan? Tetapi perkahwinan ini juga permintaan Hakimi.

Kami adakan sesi kenal-mengenal antara keluarga dan kemudiannya bertunang dan seterusnya berkahwin. Namun, semakin hari dia sedar Hakimi cuba mendekatinya. Semakin Hakimi mendekatinya, entah kenapa dia semakin kurang selesa. Perlukah dia ambil tahu semua tentang aku? Itulah persoalannya.

Setiap hari, kadang-kadang hatinya sakit bukan kepalang. Bukannya sakit kerana apa, Hakimi akan gelakkan apa sahaja tindakbalasnya kepada Hakimi. Kelakar sangat ke? Entahlah. Tapi, ceramah 'peluru berpandu' Hakimi memang betul-betul mengena dan lagi menyakitkan hati! Terutama setiap waktu pagi!

"Maria..bangun Maria. Kita jemaah sama-sama jom," kedengaran Hakimi memanggil namanya. Dia sedar setiap pagi, Hakimi akan cuba macam mana cara pun untuk membangunkan dia dari tidur.

"Hakimi... kau ni dah kira melampau. Masa aku tidur pun nak kacau..Tau la orang suka bangun lambat." rungutnya di dalam hati.

"Maria, bangun sayang...."

"Abang, nanti orang bangunlah... semalam orang balik lambat tau. Orang on call semalam.. abang bukan tak tahu. Eeiiiii..." Dia memekup mukanya dengan Beaver. Jam tangannya dikerling. Baru pukul 6.00pagi. Mamat ni bukannya nak cuba faham orang. Dia itu cukup tidur , tak apalah!

"Kejap saja kan kalau kita solat..Tak lama pun. nanti kalau tiba-tiba mati dalam tidur, camne?" sempat suami 'kesayangannya' itu mengusik.

"Ye la...ye la orang bangun ni.Kejam betul la pak ustaz ni.," Beaver kesayangan yang dipeluknya dibaling ke muka Hakimi. Tergelak kecil Hakimi melihat telatah isterinya yang persis kanak-kanak. Mungkin sebab itu jugalah Hakimi suka mengusiknya. Dia faham isterinya masih lagi dalam tempoh housemanship dan bakal bergelar doktor tidak lama lagi.

Oleh sebab itu, dia membiasakan untuk membuat kerja rumah dengan sendiri tanpa ditemani isteri. Dia faham isterinya kepenatan bertugas di hospital.Tiada pergaduhan yang serius antara mereka, dan yang ada hanyalah usikan manja yang memang 'menyakitkan hati' bagi Maria tapi membahagiakan buat dirinya! Maria sedar, pada mulanya dia kurang senang apabila diajak berjemaah, ditambah pula dengan sesi usrah lepas solat sekiranya Hakimi tidak ke masjid. Itulah paling yang dibencinya dahulu.

Namun ajakan Hakimi secara lembut itu menyebabkan dia kalah.. dan akhirnya dikorbankan juga masa yang selalunya dahulu digunakan untuk 'menelaah' televisyen.

"Abang, can we just end it earlier...please..I wanna watch Hannah Montana The Movie, or else.." Dia terdiam. Tak tahu nak cakap apa lagi.

"Or else... you gonna die because of tak dapat tengok citer tu? Kan ada ulangan yang tu. Kita pun jarang jumpa kan.. malam you kadang-kadang ada syif malam, and siang pula kita kerja. Masa ni biar kita manfaatkan untuk kita rapatkan hubungan, dan sama-sama juga kita kenal Pencipta kita. Kan tu lebih baik kan?,"Akhirnya dia tewas di tangan Hakimi, dan hatinya yang ingin memberontak juga kalah apabila berhadapan insan bernama Syed Ahmad Hakimi.

Seolah-olah bersama Hakimi, semakin hari semakin dia menjadi tenang..kerana Hakimilah yang mengajarnya erti ketenangan dan kebahagiaan yang sebenar dari seorang Pencipta! Bersama Hakimi, dia kenali erti redha terhadap ketentuanNya. Bersama Hakimi juga dia menjadi seorang yang lebih matang dan dewasa dalam meghadapi liku hidup di dunia. Hari-hari bersama Hakimi terus bermain di ingatan rindunya.... isk!isk! Dia cuba menahan tangisnya.

"Abang Long..Yaya nak Abang Long jugak...nak Abang Long jugak sekarang. Kenapa Allah mengambil papa terlalu cepat! Yaya betul-betul nak cakap dengan Abang Long sekarang...Yaya nak cakap dengan sapa lagi kalau bukan Abang Long! Kenapa abang Long tak angkat telefon ni...Yaya tak tau nak buat macam mana lagi..Yaya terlalu rindukan papa...," hatinya separuh menjerit.

Tangannya sibuk mendail nombor Abang Longnya. Hakimi yang baru sampai masih tercegat di muka pintu, .. memandang isterinya yang agak lain macam pada hari itu.Tidak pernah dia melihat Maria menangis sebegitu teruk. Dia faham benar kini, isterinya yang merupakan anak tunggal perempuan itu memang terlalu lembut hatinya, walaupun dari luar, kelihatan seperti seorang doktor berkaliber dan berwawasan!

"Kenapa ni.. cakaplah dengan abang. ." Maria didekatinya, dan buat pertama kali itulah isterinya itu memeluknya dan menangis sepuas hati.

"Abang, ...Maria dah sebabkan seorang pakcik tu mati.. I.. I really didn't mean it... It just because I was late and tiba-tiba dia dah takde. I didn't know why I become so emotional today . Isk..Isk. He is just like my papa... and I think again I just like losing my ....my papa...I don't know, maybe I'm just missing him so much.. I really miss..hhim.. kenapa Allah ambil papa terlalu awal dari Maria... Maria rindukan papa sangat..Maria rasa Maria tak ada sesiapa lagi, Abang Long pula tak angkat telefon tadi..." Esak tangisnya semakin tidak dapat dikawal.

Hakimi faham, Maria terlalu manja, dan baginya selepas kehilangan ibu dan kemudian ayahnya, Abang Longnya itulah tempat dia mengadu segala masalah. Mungkin juga kerana tertekan dengan kerja, dia jadi begini.

"Shyyy... don't talk like that anymore okay, you still have me. Apa guna abang jadi suami Maria kalau abang tak tahu untuk mendegar masalah Maria. Masalah Maria, masalah abang juga. Sedih Maria, sedih abang jugak. Abang tahu Maria masih tak dapat terima abang sepenuhnya lagi, tapi..susah senang biarlah kita bersama okay. One more thing, abang nak Maria faham tentang ni. Kita semua sebenarnya bukanlah dimiliki sesiapa. Kita adalah miliknya, kerana Dia adalah Tuan kita dan kita pula HambaNya. Dia berhak mengambil nyawa HambaNya. Jangan salahkan diri lagi. Maria rindukan papa kan Banyakkan berdoa untuk arwah papa dan mama, ingat..Doa seorang anak yang soleh, itu yang mereka perlukan dari kita yang hidup ini. Berdoalah seperti panduan Al-Quran,
Wahai Tuhanku!Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil. Nanti kita tengok balik dalam Al-Quran okay. Jom kita solat sama-sama dulu ye" Air mata isterinya disapu perlahan-lahan sambil tangan kirinya megelus rambut Maria.

Jauh di sudut hatinya, dia sedar Hakimi terlalu jauh dibandingkan dengan dirinya. Hakimi tahu serba-serbi tentang agama, sedangkan dia masih jauh dari itu. Padanya dulu, agama itu cukup diketahui perkara-perkara basic saja..sudah cukup menjadikan dia seorang Muslim. Bersama Hakimi, ternyata dia merasakan terlalu banyak perkara yang belum diketahuinya.

Dia mula faham kaki itu juga aurat perempuan yang harus ditutup. Hakimi tidak pernah memarahinya tentang perkara yang belum dia tahu. Untuk menegur, Hakimi ada cara tersendiri. Hakimi akan memuji sekiranya dia memakai sarung kaki yang dibelinya,. Itulah Hakimi.Hakimi cukup pandai menjaga hatinya, sedangkan dia -kadang-kadang berkasar juga dengan Hakimi kerana kepenatan di hospital. Terkadang dia merasakan tidak layak sama sekali menjadi isteri kepada Syed Ahmad Hakimi.

Tapi, itulah jodoh agaknya, dan semakin hari tanpa dia sedar,cinta itu lahir dari hatinya! Tapi..adakah Hakimi terus bersamanya setelah mengetahui apa yang dialaminya kini. Masihkah Hakimi ingin bersamanya... Maria masih kurang pasti. Sebetulnya, perkara ini menjadi punca dia memarahi Hakimi pada hari terakhir sebelum Hakimi mengalami kemalangan.

* * * * * * * * * * * *

Sakit di bawah perutnya bukan kepalang. Dia tahu, waktu datang bulan macam ini bagaikan satu penderitaan baginya. Sejak belasan tahun lagi, dia mengalami masalah yang sama, senggugut yang serius. Beberapa bulan ini, dia sedar, waktu haidnya melebihi daripada biasa. Senggugutnya bukan lagi datang di awal bulan, malah bila-bila masa.

"Hei Maria, takkan la masa 'houseman' camni kau stress sampai period pun tak teratur. Apa kena dengan hormon kau ni?," keluhnya pada diri sendiri.

Dia menghayun langkah ke Bahagian Gynecology. Appointment yang diaturkan dengan Dr Muhd harus dihadirinya untuk mengetahui apa masalahnya. Kata-kata Dr Muhd, dari bahagian Gynaecology bagai bunyi guruh yang memecahkan anak telinganya. Dia disahkan mengalami endometriosis. Endometriosis.

"Saya rasa awak pun tahu tentangnya. Apa yang merisaukan sekarang, awak mungkin sukar untuk mengandung.. apa yang kami dapat kenalpasti, pertumbuhan tisu endometrium di ovari awak sedikit serius. Awak mungkin harus dibedah untuk membuang ovarian cyst di kedua-dua ovari," Dia amat jelas sekali tentang penyakit ini.

Simptom yang dirasakan tidak berapa teruk itu tidak langsung menyebabkan dia sendiri mengesyaki bahawa dia kini menghidap penyakit yang boleh menyebabkan kemandulan dan keguguran itu. Walaupun tisu itu dibuang, penyakitnya tetap boleh berulang kembali. Itulah yang selalunya terjadi. Ya Allah, bagaimana harus aku beritahu Hakimi tentang ini? Di saat aku benar-benar bersedia ingin menghadiahkan diriku yang halal ini kepadanya... mengapa engkau uji aku seberat ini?

Maria pulang dengan mengatur langkah yang berat. Air matanya dikesat, dan bibirnya dipaksa untuk mengukir senyum untuk menyambut kepulangan Abang Long tersayang dari US. Abang Long berada di rumahnya tidak lama. Kali ini abang Long tidak berseorangan. Dia bersama Kak Long, Aisyah yang dinikahinya di US. Mereka berdua membawa berita gembira apabila mendapat tahu Kak Long kini berbadan dua. Kata orang tua-tua, bunting pelamin!

"Kak Long harap tak lama lagi dapat berita gembira dari Yaya pula.. Kitorang pun tak sangka, korang yang kahwin dulu.. ingatkan korang yang dapat timang baby dulu dari kitorang... betul-betul tak sangka, tapi inilah dikatakan rezeki. Tapi takpe, korang berdua masih muda lagi," kata-kata Kak Long itu bagaikan 'cili pedas' yang terpaksa ditelannya.

Kalaulah mereka berdua tahu tentang dia dan Hakimi...... Dia masih terdiam. " Belum ada rezeki Kak Long, tak lama lagi adalah tu.. Insyaallah. Kak Long tengoklah tak lama lagi,..manalah tahu berderet-deret tak lama lagi" kata Hakimi separuh bergurau itu mnyebabkan Abang Long dan Kak Long ketawa beriringan.

Mereka berdua memohon diri untuk ke rumah ibu bapa Kak Long setelah dua hari menginap di rumahnya. Hatinya sebetulnya sakit mendengar perbualan mereka tadi. Bagai api yang membara, wajah Hakimi direnungnya tajam.

"Abang sengaja perli Maria, cakap-cakap pasal baby kan? ," dia bertanya di saat Hakimi sedang sibuk mengemas pakaian untuk outstation selama beberapa hari di Perak.

"Apa erti sebuah perkahwinan, kalau tiadanya cahaya mata sebagai penyeri hidup kita. Abang ingin nak kita ada ramai anak yang soleh dan solehah. Abang nak ajar mereka baca Quran sendiri, kita berjemaah ramai-ramai bersama-sama. Kan seronok tu? Kita bina rumahtangga Islami ni bersama-sama okay sayang? Abang tahu Maria belum bersedia untuk abang, tapi abang percaya Maria tak akan buat abang tunggu lama kan?,"

Hakimi...harapan dan cita-citamu terlalu tinggi. Sebolehnya aku juga mahu begitu tapi...

"Maria, kenapa sayang?" Mukanya yang muram itu menjadi tanda tanya pada Hakimi.

"Nothing. ," Lambat dia menjawab. Tubuh sasa Hakimi mendekatinya dan jemarinya meyentuh bahu Maria.

"Please don't touch me.." Keras dia menolak tangan Hakimi.

"I said, don't touch me!," buat pertama kali dia meninggikan suara di hadapan suaminya.

"Kenapa ni...,"

"Listen... Maria tak cintakan abang, dan tak akan mencintai abang. Maria tertekan hidup dengan abang..and if you really want to know, Maria cuma berpura-pura bahagia dengan abang..If abang nak teruskan impian besar abang tu, abang tinggalkan Maria.. abang kahwinlah dengan perempuan lain. Maria takkan kisah langsung.. and now I really need to be alone. Please leave me alone.. ," segala perkataan dihamburkan keluar diiringi dengan tangisannya yang tidak dapat ditahannya lagi.

Dia tidak sangka sama sekali tekanan perasaannya selepas mengetahui berita buruk pada dua hari lepas itu benar-benar tidak dapat ditahannya lagi. Hakimi keluar dari bilik itu dengan wajah yang pilu. Bukan dia enggan memujuk Maria, tetapi ingin membiarkan kemarahan Maria itu reda. Mungkin masa ketiadaannya di rumah dapat membantu Maria memulihkan keadaannya.

Dia tahu, isterinya tertekan.. mungkin atas sebab tertentu. Maria belum pernah bertindak sekasar itu. Dan pada malam itu, tanpa disangka.. kemalangan yang hampir meragut nyawanya itu terjadi...

* * * * * * * * * * * *

Pagi yang hening itu tidak sendirian. bertemankan sedu tangis yang mengetarkan. Tangan yang gementar itu diangkat perlahan-lahan. mengangkat takbiratulihram. Dengan nafas yang tercungap-cungap, dia membaca doa iftitah. Diikuti dengan Al-Fatihah, dan surah Al-Insyirah. Dia tidak tahu mengapa hatinya tiba-tiba memilih surah itu. Dibacanya perlahan-lahan dan diamati isinya.

Fainnamaal usri yusro! 'Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan'. Air matanya menurun bagaikan hujan renyai, saat ayat itu dibaca. Solatnya diteruskan, dengan telekungnya basah. Basah dengan air mata yang tangisnya dari kemilau hati yang mengakui rasa berdosa... mengenangkan dosa-dosa semalam kepadaNya.. dosa-dosa kerana gagal menjadi isteri yang baik buat Hakimi, dosa-dosanya kerana enggan redha atas ujianNya....

Telefon bimbit milik Hakimi yang dibawa pulang dari hospital dicapainya. Dia membuka music player telefon bimbit suaminya. Lagu yang baru didengar siang tadi diputarkan kembali...

Wahai... pemilik nyawaku,
Betapa lemah diriku ini,
Berat ujian dariMu,
Kupasrah semua padaMu....

tuhan...baruku sedar...
indah, nikmat sehari itu...
tak pandai aku bersyukur..
kini aku harapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar...
jadi penawar dosaku

Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah..
selama ini Ya Ilahi Muhasabah cintaku...


Diamati berkali-kali lirik lagu itu. Subhanallah, sungguh indah lagu itu. Air matanya mengalir laju tatkala sampai di bahagian chorusnya. Benarkah ujian yang dihadapinya kini boleh menjadi penawar dosanya selama ini? Soalan itu bermain-main di fikirannya. Benarkah ya Allah? Kau kuatkan lah aku...

Tatkala itu juga dia membuka kembali lembaran bertulis dari suaminya yang diselitkan bersama buku pemberiannya sebelum berangkat ke Perak tempoh hari.

Salam alaik... Maria sayang, maafkan abang andai abang yang menyebabkan Maria marah semalam. Sejujurnya dari hati yang ikhlas, abang sangat mencintaimu dan abang yakin Maria mampu menjadi isteri yang baik untuk abang.. Abang tahu, mungkin Maria kurang selesa dengan teguran abang kalau itu yang menyebabkan Maria tertekan selama ini. Perubahan Maria sedikit demi sedikit membahagiakan abang, dan abang dapat rasakan sebenarnya Maria turut merasakan yang sama. Abang bahagia selama ini, kerana Maria isteri yang patuh pada abang. Alhamdulillah, dan terima kasih sayang.. abang terlalu bahagia bersamamu.

Maria seharusnya faham kan, itulah tanggungjawab abang sebagai imam keluarga yang dipertanggungjawabkan oleh Allah buat abang. Kalau abang tersalah, tegurlah abang.. kerana abang juga tidak sempurna sayang. Abang ingin bertemankan Maria, untuk menempuh hari yang cerah bersama, berlindung dari hujan dan mendung hitam bersama, dan bersama mengecapi indahnya sinar mawaddah dari Tuhan. Pada abang,itulah yang abang bayarkan untuk harga sebuah perkahwinan. Untuk kita belajar dan diajarkan, tentang realiti kehidupan dan perkongsian. Itulah baiti jannati...yang abang harapkan ditemani suara riang anak-anak kita kelak yang dibentuk dari acuan Islam. Dan abang tahu, Maria juga punya impian sama bukan? Abang akan terus doakan kebahagiaan kita berdua. Dan Maria takkan bagi abang tunggu lama lagi kan? Jaga diri selama ketiadaan abang okay. Maria bacalah buku ini.Anggaplah buku ini sebagai tanda permohonan maaf abang dari Maria.Wassalam. ,



suamimu,

Hakimi


Sedu tangisnya semakin dapat ditahan, semakin mengeras. Abang, maafkan Maria....ampunkan Maria abang kerana tidak melayan abang seperti suami. Maria tahu Maria yang sebenarnya yang bersalah. Ya, Maria mencintaimu sayang dan ingin menemani abang sampai bila-bila. Tapi, sanggupkah abang menerima Maria kalau Maria tidak dapat melahirkan cahaya mata impian kita? Sanggupkah abang terus bersama Maria kiranya hidup kita sepi tanpa zuriat.

Di kala abang diasak keluarga dan teman yang bertanyakan tentang cahaya mata, masihkah Maria di hatimu sayang?

"Ya Allah, kuatkanlah hatiku ini, jadikanlah aku seorang insan yang redha atas ketentuan yang telah kau tetapkan dalam hidupku dan suamiku. Kau sembuhkanlah suamiku, kau panjangkanlah usianya..kau berikanlah aku peluang untuk berkhidmat sebagai isteri solehah buatnya. Jangan kau golongkan aku sebagai seorang isteri yang derhaka terhadap suamiku. Ya Allah izinkanlah aku untuk menebus kesalahanku padanya....bantulah hambaMu yang lemah ini ya Rahman...bantulah aku ya Rahim dalam mencapai maghfirah daan redhaMu.."

Buku pemberian suaminya "Di Sebalik Tabir Kemuliaan Wanita Solehah" itu ditatapnya. Buku itu telahpun dikhatamnya saat menemani suaminya di hospital. Kini dia sedar, dia masih terlalu jauh dari itu...terlalu jauh. Berdosanya dia kerana tidak melayan Hakimi sebagai seorang suami Namun, dia akan tetap berusaha..berusaha untuk menjadi wanita solehah dan isteri solehah untuk suaminya.

"Setiap usaha kita dinilai oleh Allah. Allah tidak menilai hasilnya, tapi Allah melihat setiap langkah kita menuju ke arah kebaikan itu. Sebagaimana firman Allah 'Dan orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak Kami, sesungguhnya Kami pimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka gembira dan beroleh keredhaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah berserta orang yang berusaha memperbaiki amalannya,'.
Sememangnya susah untuk melakukan sesuatu yang baik, sebab itu perlunya istiqamah,"

Matanya dipejam, mengingati semula nasihat suaminya kepadanya suatu masa dulu.

"dan..sesiapa yang Allah mahukan dirinya berada dalam kebaikannya, diujinya dahulu dengan kesusahan. Itu dari hadis." suara lunak suaminya seolah-olah kini membisikkan ke telinganya. Mungkin inilah dikatakan ujian untuk dirinya dan suaminya.

Dia yakin Allah membebaninya dengan ujian ini kerana dia boleh menghadapinya. Dia sepenuhnya yakin, Allah bersama membantunya. Itulah janjiMu yang tercatat jelas di kitab suci. Innamaal usri yusro. Bersama dengan janji Allah,dia bangkit berhadapan dengan hari yang mendatang!

* * * * * * * * * * * *

"Kak, abang kak.... dia dah sedar...," Panggilan dari Hafiz pada awal pagi itu, menyebabkan dia menangis tanda kesyukuran. Segera dilakukan sujud syukur tanda terima kasihnya pada Tuhan yang tidak terhingga. Kunci kereta kemudian dicapai dan pantas dia memacu keretanya ke hospital. Kelihatan ibu dan ayah mentuanya telahpun berada di sana di luar bilik pesakit.

" Doktor mohon untuk memeriksanya terlebih dahulu. Jadi kena keluarlah sekejap," ibu masih kelihatan risau.

" Ibu, ayah dan Hafiz tunggulah kat luar kejap. Biar Maria masuk tengok," Dia tahu yang merawat Hakimi itu adalah rakan seniornya, Dr Nazirah. Pintu ditolaknya dan segera diaturkan langkah mendekati Dr Nazirah.

"Alhamdulillah, he is okay. Ingatan dia masih baik and he just need to rest within this few month," Muka suaminya dipandang lama. Dia mengukir senyum dalam linangan air mata. Linangan air mata kecintaan dan kesyukuran. Senyumannya itu dibalas oleh suami kesayangannya.

Terima kasih ya Allah! Dipegang erat tangan Hakimi dan dikucupnya berkali-kali.

"Ampunkan Maria atas kesalahan Maria selama ini... maafkan Maria,"

"Jangan la nangis lagi...abang dah lama ampunkan Maria sayang. Jangan sedih-sedih lagi. Isteri abang tak comel la kalau menangis selalu," sempat Hakimi mengusik isteri kesayangannya. Ibu, ayah dan Hafiz kemudiannya masuk. Semuanya menangis, dan berpelukan dengan Hakimi kerana terlalu gembira.

Ya Allah, terlalu besar kuasaMu sehingga aku berasa diri ini terlalu kerdil! Ucapan syukur Maria tidak putus-putus.

* * * * * * * * * * * *

Hari berganti hari, kebahagiaan semakin dirasai umpama pengantin baru bagi mereka berdua. Jauh di sudut hati Maria, hatinya masih resah kerana masih menyimpan rahsia itu. Apakah harus dia beritahu sekarang?

"Abang, boleh Maria cakap sesuatu?" Dia nekad untuk memberitahu Hakimi tentang .berita buruk itu pada malam bahagia mereka berdua. Ya Allah, kuatkanlah aku! Aku rela sahaja mendengar apa sahaja keputusannya...walaupun aku mungkin diceraikan!

"Abang, Maria sebenarnya sakit... Maria sakit...dan Maria mungkin tak dapat beri zuriat untuk ab...," Air matanya gugur serta-merta tanpa sempat menyudahkan kata..

"Maafkan, Maria.." Air matanya mengalir laju tidak dapat disekanya lagi. Riak wajah Hakimi sedikit berubah. Dia diam tanpa reaksi.

"Maria redha kalau abang bernikah lagi, dan Maria juga redha kalau abang berhasrat untuk meceraikan Maria," Malam yang bahagia buat mereka bertukar menjadi sayu. Dia faham, itu kejutan buruk buat Hakimi.

"Astaghfirullah, Maria. Jangan kata macam itu. Abang hanya mencintai Maria, sayang. Pandang muka abang sayang... abang takkan tinggalkan Maria. Sedih Maria adalah kesedihan abang. Kenapa Maria sanggup simpan kesedihan sorang-sorang tanpa beritahu abang tentang ini? Abang bersimpati dengan Maria..abang takkan biarkan Maria terluka semata-mata untuk kepentingan diri abang seorang. Maria, ujian ini bukan saja untuk Maria, tapi untuk abang juga. Allah sedang menguji keikhlasan kita meyakiniNya Maria. Kita sentiasa layak diuji, kerana kita adalah HambaNya. Ingatlah, Dia bersama kita. Insyallah, kita sama-sama berusaha dan berdoa. Yang penting, Maria jalani dulu rawatannya.Abang yakin Allah pasti akan memberikan penyelesaian,"

" Tapi, harapannya sangat ti...," cepat Hakimi meletakkan telunjuknya di bibir Maria.

"Maria sayang, yakinlah yang Allah pasti akan membantu kita. Kita sama-sama berusaha dan berdoa ya sayang," Pinggang suaminya dirangkul erat. Ya Allah, aku bersyukur dikurniakan suami sepertinya.

* * * * * * * * * * * *

"Abang, tahun ni kita pergi umrah lagi, nak tak? Maria betul rindukan untuk pergi lagi. Tahun ni kita bawa Ainul pergi sekali," Ainul Mardhiyah. Itulah nama cahaya mata penyeri hati mereka. Anak angkat yang diambilnya semasa selepas kanak-kanak itu kematian ibunya. Ibu Ainul ialah pesakit Maria, menghidap kanser yang tidak dapat diselamatkan lagi.

"Insyallah. Niat abang pun begitu. tapi kalau ikutkan kita pun baru saja pergi. Tak sampai enam bulan pun lagi. Abang senang je kot cuti...Maria la takut susah. Dah la abang tengok Maria selalu letih-letih tak sihat badan. Tak apa ke?,"

"Entahlah.. lepas beberapa bulan balik dari umrah hari itu, Maria jadi kuat makan, tapi Maria cepat letih..Maria pun tak tahu kenapa," Dia mula berfikir tentang penyakit rahimnya itu.Ada ke kaitan dengan masalah kitaran haidnya tidak menentu itu?Atau mungkin disebabkan side effect ubat yang diambil kerana penyakitnya?

Lantas, sekali lagi dia mengaturkan pertemuan dengan Dr Muhd. "Tahniah Dr Maria, awak disahkan mengandung tiga bulan. Setakat ni, alhamdulillah..I think your endometriosis didn't complicate anything yet to your baby. Your baby looked healthy. Cuma awak perlu datang untuk check up selalu untuk pastikan kandungan awak selamat.," kata-kata Dr Muhd itu menyebabkan dia tergamam.

Terkejut bercampur gembira. "Subhanallah! Apakah ini benar-benar anugerah istimewa dariMu buat kami ya Allah. Syukur alhamdulillah," Air mata syukurnya jatuh membasahi pipi. Doanya dan suami sehari-hari dimakbulkan. Doanya dan suami di Hijr Ismail kali lepas benar-benar kini didengari Tuhan.

Subhanallah! Berita gembira itu dikhabarkan kepada semua, termasuk Abang Long yang kini menetap di Sarawak bersama isteri. Semestinya, suaminya Hakimi adalah orang pertama dikhabarkan tentang cahaya mata yang dihadiahkan Allah melaluinya. Terima kasih Allah, kerana mengurniakan cahaya mata dari kami..

Terima kasih Allah kerana mengurniakan suami yang soleh yang akan terus kucintai Maha suci Allah yang selalu menepati janji, mengajarku erti kebahagiaan hidup bersama ujian,dengan bertuhankanMu ya Rabbi.

(Ilove Islam)

Sunday, July 26, 2009

Motivational Camp













































Saat sahabat-sahabat yang lain menikmati cuti hujung minggu, aku bersama komuniti ‘nursing’ yang lain berjuang di Pantai Ayer Balok, Kuantan untuk kem motivasi anjuran ‘nursing society’. Perkara yang berulang-ulang kali ditekankan oleh komiti adalah betulkan niat. Pada awalnya, aku juga seperti peserta yang lain. Marah dan geram kerana kami dipaksa untuk ke kem tersebut. Bagiku, paksaan itu seakan tiada nilai. Namun, aku cuba sedaya upaya berlapang dada kerana, ‘mungkin apa yang aku tidak suka itu baik untukku’.

Perjalanan mengambil masa selama 45 minit ke sana. Komiti telah siap sedia menunggu kehadiran kami. Langkahku terpaku. Masyallah, keidahan pantainya memaku mataku. Pasirnya yang putih, desiran ombak seakan menyamnut kehadiran kami dengan lambaian pepohon. Hilang segala kegusaran kami.

Selepas meletakkan beg, kami diberi lagu tema dan trademark untuk kem pada kali ini. Lagu daripada xpdc jika aku tidak silap, “semangat yang hilang”. Masing-masing menggaru kepala. Tidak tahu untuk menyanyikan lagu tersebut. Lagu yang agak mantap walaupun dalam versi rock. Ada unsur-unsur motivasi. Kami dapat meningkatkan sedikit semangat. Malamnya, aktiviti mencantum ‘puzzle’ untuk menanamkan semangat kerjasama di kalangan batch kami. Kami berjaya mencantumkan semua ‘puzzle’. Masing-masing puas.

Kemudian, aktiviti kembara di tanah gersang diadakan. Kami dimuhasabahkan tentang kehidupan di dunia ini. Aku agak terasa dan terkesan dengan aktiviti ini. Point yang paling uatam adalah, tanamkan sifat ketuhanan dalam diri kita. Setakat mana kita mengintai cinta Allah. Lewat malam, aktiviti yang palig mecabar. Kami semua dibawa berjalan mengelilingi kawasan pantai tersebut dengan menutup mata. Aktiviti ini lebih mengajar kami untuk taat pada ketua dan pentingnya menjaga sahabat.

Esoknya, selesai riadah, aktiviti Ikhtiar Hidup dijalankan. Dalam tugasan ini, kami perlu menyiapkan makanan tengahari menggunakan barang-barang yang diberi. Ikan, kentang, telur, tepung, milo, beberapa batang mancis, arang dan kertas aluminium. Kumpulan aku mula memerah keringat menyiapkan juadah yang bagiku entah apa-apa. Menu kami adalah:

- ikan celup tepung (tepung celup telur dan tepung. Letak dalam kertas aluminium, bakar dalam api)
- telur bakar (tanam bawah tanah di atas bara api)
- kentang bakar (bakar dalam api)
- pancake / kek kentang (tepung digaul dengan telur, milo dan kentang. masak dalam kertas aluminium dan daun kelapa)

Aktiviti mengajar kami bagaimana mahu ‘survive’ dalam keadaan yang terdesak. Kami diberitahu oleh komiti bahawa tiada makanan tengahari. Kami terpaksa makan makanan yang dimasak. Pada masa yang sama, komiti hanya makan biskut jagung. Rupa-rupanya, kami diuji. Motifnya adalah supaya kmai peka terhadap orang-orang di sekeliling kami yang miskin. Semua diselubungi rasa bersalah yang amat kerana tidak menawarkan makanan kepada komiti. Pengajran yang besar kami dapat di situ.

Petang itu, kami bermain satu permainan. Setiap kumpulan diberi satu anggota badan dan perlu menyenaraikan kelebihan anggota badan tersebut. Kami juga perlu memilih satu anggota badan yang lain yang banyak menyumbang ke arah kejahatan. Masing-masing perlu berdebat dan mempertahankan anggotan badan masing-masing. Terdapat pertelingkahan dan perbezaan pendapat. Masing-masing ingin menyalahkan anggota badan yang lain. Resolusi yang kami dapat adalah, semua anggota tersebut kami miliki dan mempunyai fungsi yang membantu kehidupan ini. Ibarat kami semua yang saling memerlukan antara satu sama lain. Selesai aktiviti tersebut, program diteruskan dengan aktiviti kenali diri. Setiap peserta perlu menulis keburukan dan kelebihan sahabat masing-masing. Ia mengajar kami untuk mengenali diri ini dan membetulkan diri sendiri.
(the best looking glass is the eyes of a friend). Acara penutup dihadiri oleh sir Rubiyah.

Aku merasa puas. Alhamdulilah, pengisian yang bermakna. Cuma, sedikit penat. Aku juga gembira untuk sahabat-sahabat yang pertama kali belajar makan menggunakan talam. Mereka belajar sesuatu yang baru. Insyallah, selepas ini mungkin ukhwah antara kami akan lebih terjalin. Tahniah buat komiti yang bertungkus-lumus menyediakan program ini buat kami semua.

Friday, July 17, 2009

Aku di UIA Kuantan

Alhamdulillah....

Aku masih diberi kesempatan untuk menjenguk blog tersayang. Nie pun waktu aku di rumah. Dapat la 'update' sikit2. Mungkin lepas ni dah tak ada masa untuk buat semua ni. Kehidupan di Kuantan lebih sibuk daripada 'cenfos'. Untuk minggu pertama dan kedua ni, aku tak berapa sibuk sangat. Wallahualam... lepas ni cam mana pulak. Dapat lagi ke aku bahagi masa dengan baik.

Bagi aku, Kuantan boleh tahan la.. seronok jugak kat sane. Tenang je. Happy sangat. Bilik yang aku duduk macam kat Gombak jugak. Compartment. Tapi, mahallah tu, semua budak nursing. Ok la, senang sikit nanti kalu ada perbincangan. Setakat ni, semua berjalan dengan lancar. Kuliyyah aku di Jalan Hospital. Dekat dengan Htaa.. (Hospital Tengku Ampuan Afzan). Boleh la sape2 yang nak masuk wad. Boleh register under nurse Farhana ye.. :)

Setakat ni belum masuk wad lagi. Belajar macam biasa dulu. tapi, minggu depan dah nak belajar 'bed making'. Bunyi macam nak gelak. Tapi, kemas katil 'patient' pun ada cara. Lepas ni kena beli kit nurse. Pakai stetoscope, lampu picit, ..... Nak check denyutan jantung, tekanan darah,....
Insyallah, setakat ni hati masih kat nursing. Batch kali ni paling ramai budak nursing, 53 orang. Tapi, masing2 masih cuba untuk menjadi sebuah keluarga.

Masalah kat Kuantan, susah nak dapat transport. :( nak keluar pun, tak tau nak naik apa. Bas susah sangat nak dapat. 2 jam sekali. (x larat nak tunggu). Ikut hati nak bawak kereta. Tapi, tak dapat la. Untuk ke kuliyah, aku naik bas setiap hari. Yang tu xde masalah la. Boleh la merasa lagi naik bas..

Setakat ni je la coretan kali ni. Cerita lepas ni xtau lagi bila akan keluar.....

Sunday, July 5, 2009

Pemimpin sebagai Imam












Aku tertarik dengan satu artikel daripada seorang penulis daripada surat khabar Sinar Harian semalam, Jumaat, 3 Julai 2009. Daripada coretan beliau, perkara pokok yang ditekankan adalah mengenai perihal Perdana Menteri dalam menjadi ‘imam’. Aku bersetuju dengan beliau bahawa setiap Perdana Menteri seharusnya tampil kehadapan sebagai imam dalam mana-mana solat jemaah terutama solat Zohor pada hari Jumaat. Beliau meluahkan kekesalan kerana Perdana Menteri kita pada hari ini tidak mampu untuk mengepalai solat jemaah. Beliau lebih sukakan kepimpinan Pak Lah kerana Pak Lah mampu menjadi imam. Beliau turut berpendapat bahawa setiap pemimpin itu seharusnya juga tahu untuk menyampaikan khutbah.

Aku menyokong sepenuhnya pandangan beliau. Sebagai seorang ketua, apalagi pemimpin Negara seharusnya menitik beratkan soal ini. Bagaimana mungkin seorang ketua boleh meminpin dunia andai mereka tidak mampu untuk mengetuai jemaah solat. Pemimpin harus boleh menjadi muazin, khatib dan imam sebagai contoh kepada anak buahnya yang lain. Kita inginkan pemimpin yang boleh memimpin kita dunia dan akhirat. Jika tugas imam pun kita tidak mampu galas, bagaimana mungkin kita mampu memegang tampuk kemimpinan Negara. Satu hal yang sangat berat.

Penulis juga mengharapkan agar Perdana Menteri yang baru, Najib boleh menjadi imam kerana ianya satu sifat yang mempu menguntungkan politik melayu Islam. Kita sering menganggap Malaysia sebagai sebuah Negara Islam tetapi tidak mahu mengamalkan perundangan Islam. Negara kita sudah kehilangan ikon sebagai sebuah Negara Islam. Kita sentiasa rasa megah dengan pembinaan masjid-masjid yang jumlahnya begitu banyak. Namun, berapa saf yang mampu kita bina setiap kali azan solat fardu dilaungkan.

Realiti kita hari ini, masjid hanya menjadi tumpuan ketika Hari Raya tiba. Mengapa tidak kita mengubah perspeksi ini. Pada zaman Rasulullah, masjid menjadi tempat yang terpenting untuk berkumpul. Namun hari ini, semua itu tidak berlaku lagi. Mungkin kerana terlalu sibuk, atau tiada masa, atau apa-apa sahaja alasan yang mampu kita berikan, masyarakat kita tidak mampu lagi memakmurkan rumah Allah itu. Apalagi menjadi ketua untuk ummat hari ini.

Setiap kali cuti, masalah yang sama yang aku lihat berlaku di masjid berdekatan rumahku sendiri. Barisan saf tidak penuh dan lebih menyedihkan hanya golongan tua mengimarahkannya. Aku tidak nampak generasi pelapis Negara untuk turun sama menjadikan masjid sebagai tempat singgah yang penting bagi mereka. Jika mahu cari golongan muda, pergilah ke pusat-pusat hiburan, cyber café, insyallah, akan ketemu mereka. Islam akan menang bila masjid-masjidnya dipenuhi ketika solat subuh. Sama-samalah kita fakir, tepuk dada, tanya iman….

Friday, July 3, 2009

Warkah buat teman....














































Percayakah cinta sesama manusia kerana Allah mampu membuat seorang sahabat menangis tika sahabatnya yang lain berduka dan gembira tika saudaranya bahagia. Indahnya berukhwah kerana Allah. Pengalamanku bersama sahabat-sahabat tidak mampu dicoretkan hanya pada selembar kertas. Tidak mungkin dapat diceritakan hanya dengan kata-kata. Saat berlakunya perpisahan, seakan tidak mahu berjauhan. Namun, Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya.

Ketika diri berjauhan, kerinduan yang mendalam terhadap teman seperjuangan. Seakan mahu saja ku terbang. Andai aku mampu. Ternyata aku hamba lemah. Merekalah yang banyak membantu ketika aku dalam kesusahan. Ketika diri ini jatuh… Ternyata aku tidak keseorangan. tangan-tangan yang sudi menghulurkan bantuan. Ketika masa aku hampir lalai dalam duniaku sendiri, masih ada yang sudi mengejutkan aku daripada lena yang panjang. Mulianya hatimu, sahabat2ku.

Maafkan aku kerana tidak tahu menghargaimu duhai sahabat2. Ketika engkau sedih, aku tidak mampu menghiburkanmu. Aku tidak tahu meraikan kehadiranmu. Aku sentiasa lupa aku punya sahabat yang sentiasa memikirkan diri ini, tapi aku tidak mampu memikirkan hal dirimu. Maafkan aku sahabat, kerna tidak pandai menilai dirimu. Tidak mampu untuk menjadi peneman tika kau bersendirian. Teruknya diri ini. Maafkan aku kerana tidak menjadi sahabat dan saudara yang baik untuk dirimu. Sedangkan aku tahu, “tidak sempurna iman seseorang selagi mana dia tidak mencintai saudaranya seperti mana dia mencintai dirinya sendiri”.

Sekarang, ketika kita berjauhan baru aku mula mengerti makna persahabatan. Baru dapat ku nilai pekertimu sahabat. Betapa engkau mencintai diri ini. Menyayangi diri ini. Lantas, aku masih tidak mampu memberikan cintaku padamu. Egokah aku sahabat?

Aku sudah tidak mampu mendakapmu. Tidak mendengar celoteh darimu.Sememangnya, aku rindukan semua itu. Rindukan saat kita di perjuangan. Rindukan gelak tawamu. Leteran darimu. Aku rindu pada suaramu. Hemmm…. Gilakah aku cinta padamu? Aku tahu selayaknya Allah yang paling aku rindui. Namun, engkau ajar aku cinta pada Allah. Mencari cinta Illahi lebih utama. Akan ku semat itu diingatanku. Terima kasih teman atas segala memori. Terima kasih Allah atas teman yang mencintai diri ini.

p/s: Buat Is, Azimah, Iba, Fifah, Zana, Kiah, Zatil, Wan, K.Sa, Peanut, Kina, ana sangat merindui kamu…. Buat adik2 akak di PJ, Akak tunggu di Kuantan dan buat kakak-kakak tersayang, k.Ira, k.Syira, k.Ct, k.Thirah, k.Asila, k.Aida, k.Anis, terima kasih atas dorongan. Insyallah, jumpa di Kuantan. Yang lupa disebutkan nama, mohon maaf. Ramai sangat. Apa2 pun, ana hargai persahabatan kita. Moga bawa ke syurga…

Indahnya hidup bersama Rasulullah

Tika aku sibuk membantu Faiz, adik kesayanganku mencari artikel bahasa arabnya, aku terjumpa artikel olejh Ustaz KH Abdullah Gymnastiar. Tajuknya menarik minatku dan aku rasakan boleh dikongsi bersama pembaca yang lain. Ustaz KH Abdullah, aku kenali di rancangan tv di TV6, Astro. Dia seorang pendakwah dari Indonesia dan penyampaiannya sangat menarik. Bait-bait katanya insyallah, mampu menarik sesiapa yang mendengar ceramah beliau. Hayatilah artikel ini:

Jika kita mengenal Rasulullah SAW, lalu mengamalkan secara sungguh-sungguh apa yang telah beliau contohkan, maka akan lahir kerinduan untuk berjumpa dengannya. Inilah pertanda cinta yang akan mengantarkan kita menjadi ahli syurga. Saudaraku yang budiman, sungguh, setiap orang merindukan hidup penuh kebahagiaan, kemuliaan, kehormatan, serta sukses dunia akhirat. Namun sayang, kenyataannya seringkali tidak sesuai dengan harapan. Padahal hidup kita di dunia hanya sekali dan belum tentu lama.

Karena itu, kita harus segera menemukan kunci yang dapat membuka pintu karunia yang diidamkan tersebut. Kunci itu adalah pribadi Rasulullah SAW; qudwah hasanah atau contoh terbaik dalam kehidupan. Allah berfirman dalam QS Al-Ahzab ayat 21

"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasul itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah."

Dari sini, jika kita bersungguh-sungguh mengenal dan meneladani setiap gerak laku Rasulullah SAW, insya Allah, kita akan mendapat keuntungan yang dapat segera dirasakan manfaatnya.

Apa saja yang akan kita peroleh dengan meneladani akhlak Rasulullah SAW? enam keuntungan. Pertama, hidup akan terasa lebih mudah dan indah. Meniru akan jauh lebih mudah daripada menciptakan. Dan, meniru kebaikan bukanlah hal tercela, bahkan akan bernilai ibadah. Apalagi meniru Rasulullah SAW! Dengan meniru beliau, hidup menjadi lebih mudah karena segala sesuatunya telah dicontohkannya.


Ada sebuah ilustrasi. Kita akan lebih menikmati berjalan di rimba belantara bila kita disertai pemandu yang sudah sangat paham, berpengalaman, dan menguasai medan. Begitu juga perumpamaan orang yang selalu mencontoh Rasul yang mulia. Ia akan bisa menikmati beragam episode hidup, betapa pun sulitnya, karena telah ada pembimbing dan teladan terbaik yang menguasai medan kehidupan.

Kedua, hidup menjadi lebih mulia dan terhormat. Dengan meneladani Rasulullah SAW, orang akan merasakan dampak dari kesabaran, kerendahan hati, keikhlasan, kedermawanan, dan kemuliaan akhlak diri. Karena standar prilaku Rasulullah SAW begitu tinggi dan mulia, secara tidak langsung-baik sadar maupun tidak-akan mengangkat martabat, kehormatan, serta kemuliaan bagi siapa pun yang menirunya. Difirmankan,

"Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung"(QS Al-Qalam <68>: 4).

Ketiga, akan disukai dan disayangi orang lain. Rasul adalah pribadi yang sangat menyenangkan dan penuh manfaat bagi orang banyak. Dengan mencontohnya, kita pun akan menjadi pribadi yang menyenangkan dan bermanfaat. Konsekuensinya, pribadi seperti ini akan melahirkan simpati, rasa hormat, dan kasih sayang dari orang lain.

Keempat, hidup akan penuh prestasi. Rasul adalah tipe orang yang selalu menjaga mutu dari setiap prilaku. Beliau selalu berusaha untuk melakukan yang terbaik, dengan konsep yang jelas, perencanaan yang matang, sikap profesional, dan dengan etos kerja yang prima. Hasilnya pun terbukti dan teruji kualitasnya hingga sekarang. Bisa dibayangkan jika kita hidup dengan meniru cara beliau hidup. Kemampuan berkarya dan berprestasi akan makin melejit, potensi berkembang maksimal, aneka masalah akan terkemas menjadi sesuatu yang bernilai tambah bagi kemajuan hidup.

Kelima, akan dicintai Allah. Allah Azza wa Jalla telah berjanji untuk mencintai siapapun yang mencintai kekasih-Nya. Rasulullah SAW adalah orang yang paling dicintai Allah. Bila kita mencintai beliau, maka otomatis cinta Allah pun akan mengaliri kehidupan kita. Allahu Akbar!

Keenam, insya Allah kita akan masuk syurga. Seseorang akan mengikuti prilaku orang yang dicintai dan diidolakannya. Suatu ketika ada seorang sahabat bertanya, "Seseorang mencintai kaumnya. Apakah kelak ia akan bersama-sama mereka?" Rasul menjawab, "Ia akan bersama orang yang dicintainya".

Intinya, jika kita mengenal, lalu mengamalkan secara sungguh-sungguh apa yang telah dicontohkan Rasulullah SAW, maka akan timbul perasaan cinta dan rindu ingin berjumpa dengannya. Inilah pertanda cinta yang akan menjadikan kita ahli syurga. Aamiin.

Thursday, July 2, 2009

Dah dekat dah...

Aku mula menghitung hari....

Jumaat, Sabtu, Ahad, Isnin, hemm... Selasa dah masuk Kuantan....
Memang x sabar.. Tapi, bersediakah aku? Macam mana kehidupan di Kuantan nanti? Risau pun ada jugak. Boleh ke terus kekal dalam medan dakwah. Itulah persoalan yang aku sering tanya diri ini. Sangat menakutkan...

Bidang jururawat bukanlah suatu yang pernah aku bayangkan. Mungkin telah ditulis untuk aku berada dalam course nie.. Sehingga kini aku masih ragu-ragu. Mungkin terlalu banyak persoalan yang aku sendiri tiada jawapan. Mungkin juga melihat keadaan senior yang terlalu sibuk. hemm.. aku hanya mampu mengeluh. Ya Allah, bantulah hambaMu ini. Aku hanya mampu berdoa. Aku juga tidak mampu menjawab pertanyaan sahabat2 yang bertanyakan adakah aku akan terus dalam course ini. Apa yang mampu aku jawab kerna aku pun belum menempuh hari yang mendatang lagi. Apa yang bakal aku tempuhi...

Aku cuma mampu berdoa dan mengharapkan doa sahabt2 yang lain. Apa yang bakal berlaku di Kuantan masih tidak dapat aku gambarkan. Aku harapkan yang terbaik.

Ya, aku masih ridukan suasana di cenfos dan tidak akan sesekali melupakan segalanya. Mana mungkin aku akan lupakan tarbiah yang telah aku dapat, sahabat2 yang sentiasa di sisi, tika jatuh bangunku bersama-sama mereka. Inilah nikmat yang berharga dariNya. Alhamdulilah...

Lambaian Kuantan semakin dekat dan bakal kujejaki untuk aku teruskan impian dan cita2. Membawa amanah daripada mak dan abah. Moga sentiasa dapat restumu. Doakan anakmu ini di perantauan.....

Tuesday, June 30, 2009

Tag oh tag...

Bismillahirahmanirahim.....

Terkejut aku bila di tag!!! Apa benda la 2... huhu.. Tengok2.. soalan cepu mas.. Terima kasih k.Asila..Sayang akak.. Entah la betul x ana jawab nie...

susah gak soalan dia... mencabar minda tol..

1. What is the most important thing in your life?

keluarga... Iman...Islam...kawan2...

2. What is the last thing that you bought with your own money?

lupa la plak...huhu..

3. Where do you wish to get married?

kat umah je....

4. How old do you think you will be permanently owned by your love?

selama2nya...

5. Are you in love?

sedang mencari cintaNya..

6. Where was the last restaurant you had dinner?

cili padi..ngan mak dan abah

7. Name the latest book that you bought?

bisikan sirr...

8. What is your full name?

Che Farhana bt Che Mohd Hanafi....

9. Do you prefer your mother or father?

mak...x garang sangat..

10. Name a person that you really wish to meet in real life for the first time.

Rasulullah...layak ke?

11. Christina or Britney?

x nak... useless

12. Do you do your own laundry?

of course, senang skit..

13. The most exciting place you want to go?

Goungzhou, China

14. Camera or MP3 or Handphone?

emmm... handphone dah ada..nak MP3 plak

15. Point out 5 things about the person who tagged you.

1. lawa..hehe..
2. ayu
3. banyak ilmu
4. sangat syngkan kawan2
5. tegas (',')

16. 3 things I am passionate about

- tengok cite cina..hehe..
- balik umah
- check tarikh cuti

17. 3 things I say too often

- so...
- hah

18. Book I’ve read recently

mathurat...al-quran

19. 8 songs I could listen to over and over again

- insan taqwa
- segemgam tabah
- azimat bonda
- taubat seorang hamba
- ketulusan hati
- ya nabi salamualaik
- di taman teman
- aisya humaira


20. 3 things I learned last year

- manage program
- study betoi2
- manfaatkan kawan yang ada

21. 8 people to tag
1. islinda
2. zatil
3. iba
4. Izatie
5. wan Thohirah
6. Che haniza
7. Che Mohd Firdaus
8. Aisyah Idris

Tuesday, June 23, 2009

Selsema H1N1



Kes influenza H1n1 semakin serius di negara kita. Jumlah mangsa semakin bertambah dan bilangan sekolah yang di tutup semakin meningkat. Kes ini telah menular di kalangan para pelajar menyebabkan sesi persekolahan terpaksa ditunda. Apabila satu kes telah dikesan di sesebuah kawasan, semua tempat yang berdekatan terpaksa di kuarantikan. Mungkinkah Malaysia juga bakal mengalami nasib yang sama seperti negara-negara yang lain?


Laporan akhbar hari ini melaporkan sesuatu yang menarik.
"Adakah isu ini menjadi mainan politik?". Aku tertarik dengan tajuk yang diberi. Aku turut sama beranggapan sebegitu. Kes yang mengancam nyawa penduduk Malaysia hari ini menjadi mainan politik mereka yang gilakan kuasa. Hati ini jadi membara. Aku teringat kata-kata adik usrah, " mengapa tidak penyakit ini dipanggil saja selsema babi. Apa yang membezakan H1n1 dengan selsema babi?". Soalan yang cukup menarik. Bagiku, dua-duanya sama. Tiada bezanya. Mengapa tidak digunakan saja 'selsema babi'. Dulu, ketika kes selsema burung, semua ayam dan burung dimusnahkan. Sekarang, kenapa kerajaan tidak mampu melakukan hal yang sama?. Musnahkan semua penternakan babi yang ada. Adakah ia tidak mampu dilakukan hanya untuk melindungi kaum bukan bumiputera?



Ketika mula-mula kes ini dikesan, tiada langkah yang drastik yang dilakukan. Hanya mengadakan pemeriksaan di setiap balai ketibaan dan pelepasan di seluruh lapangan terbang. Masalah yang kecil akan menjadi besar apabila dibiarkan. Ia akan merebak dan menyerang tanpa mengira mangsa.


Lebih menyedihkan lagi apabila tiada pemberitahuan tentang bahayanya pengambilan daging babi sebagai hidangan. Mereka yang kurang peka dengan isu ini tentu saja akan mengambil mudah dan tidak menghiraukan masalah yang berlaku. Mungkin ada yang menganggap ia hanyalah selsema biasa. Sejauh mana permainan politik ini..

"Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Allah...." (5:3).