Tuesday, February 19, 2019

Mendekati hari jadi

3 hari lagi akan tiba hari lahir ku. Memang awal-awal lagi dah tulis dalam jadual kerja nak minta cuti. Masa tu berfikir nak dapat apa pulak hari jadi kali ni. Alhamdulillah, dapat cuti dua hari, jumaat dan Sabtu. 

Mungkin sebab dua hari, my hubby pun tanya nak bercuti ke Cameron ke? Sebab One of my list nak pergi lagi Cameron kalau ada peluang.  Lama duk fikir. "Pergi tempat lain nak ke? Pulau ke?". Aku mengusulkan. Sambil-sambil dah siap mesej kawan tanya pakej bagai. Excited sendiri.. "panas la sekarang". Balas orang sebelah. "Pulak". Mengomel la sekejap dalam hati. 

Esoknya, aku mesej husband cakap tak nak pergi mana-mana la weekend ni. Nak kumpul duit untuk pergi umrah dengan abang. Entah la. Bila dengar mak nak pergi umrah bulan 4 ni abang jadi nak sangat-sangat pergi. Tapi waktu dah singkat sangat. Kami pun takde persiapan yang cukup, duit, cuti. Tak boleh nak plan saat-saat akhir. Aku pujuk cakap kita pergi akhir tahun ye. Nampak sikit kekecewaan dia kat situ. Sebab tu lah, bila abang ajak pergi Cameron aku tolak. Untuk betul2 fokus nak buat umrah tahun ni kalau Allah izinkan. Aku mintak pada Allah, kalau belum ada rezeki anak tahun ni, bagi peluang kami jejak kaki ke tanah suci. Moga Allah izinkan. 

Tapi, mari kita lihat apa akan jadi 3 hari lagi. Which is I also don't know what is planning by Him... Will be update soon.  😊

Sunday, February 3, 2019

Welcome 2019

Welcome 2019...

Azamnya 2017 nak update blog. Tapi, lain pulak perancanganNya. Untukbp permulaanya, banyak yang berubah. My life, my carrier. Alhamdulillah, atas segala nikmat Tuhan. Banyak yang ingin diecritdice. But, let's start with me.
me.

I'm now working at KPJ Perlis as staffnurse. Banyak sangat ujian dan getir di sana. Tapi, alhamdulillah dah setahun di KPJ. I am thinking of new place and environment, if Allah will InshaAllah. Terfikir nak sambung belajar semula, tapi masih mencari ruang dan peluang. Moga Allah izinkan.

Alhamdulillah, dah berpindah ke rumah baru. My husband house. Rasa lebih bebas. Boleh manage ikut masa dan keadaan kita. More than 6 months already. Masih menunggu rezeki untuk top up yang mana kurang. Mudah-mudahan ada rezeki dariNya. Rumah sederhana cukuplah untuk kami sekeluarga.

Seterusnya, masih menunggu cahaya mata kami. Kalau cakap bab ni memang akan bergenang air mata. 3 tahun menunggu Allah masih ingin menguji. Memang stress kalau nak pikirkan. We are trying our best. Bukan mudah nak berhadapan dengan soalan apalagi bermanis muka dengan semua apabila soalan anak ditanya. Perit lagi bila adik ipar dah ada anak. Yup. Husband anak sulung, memang keluarga mentua menanti orang baru. Tersentuh hati tengok semua orang berebut-rebut nak sambut baby baru. Menangis je la dalam hati. That we called life and journey . A lot to cries.

Kalau cakap bab anak, memang tiada kesudahan. Mohon doa semua ye. Semoga Allah makbulkan doa kalian yang membaca. Ameen. Semoga 2019 hadir cahaya dan kegembiraan dalam keluarga kami. Allah uji tanda sayang. Allah uji tanda orang beriman. Doa yang baik2...