Sunday, July 5, 2009

Pemimpin sebagai Imam












Aku tertarik dengan satu artikel daripada seorang penulis daripada surat khabar Sinar Harian semalam, Jumaat, 3 Julai 2009. Daripada coretan beliau, perkara pokok yang ditekankan adalah mengenai perihal Perdana Menteri dalam menjadi ‘imam’. Aku bersetuju dengan beliau bahawa setiap Perdana Menteri seharusnya tampil kehadapan sebagai imam dalam mana-mana solat jemaah terutama solat Zohor pada hari Jumaat. Beliau meluahkan kekesalan kerana Perdana Menteri kita pada hari ini tidak mampu untuk mengepalai solat jemaah. Beliau lebih sukakan kepimpinan Pak Lah kerana Pak Lah mampu menjadi imam. Beliau turut berpendapat bahawa setiap pemimpin itu seharusnya juga tahu untuk menyampaikan khutbah.

Aku menyokong sepenuhnya pandangan beliau. Sebagai seorang ketua, apalagi pemimpin Negara seharusnya menitik beratkan soal ini. Bagaimana mungkin seorang ketua boleh meminpin dunia andai mereka tidak mampu untuk mengetuai jemaah solat. Pemimpin harus boleh menjadi muazin, khatib dan imam sebagai contoh kepada anak buahnya yang lain. Kita inginkan pemimpin yang boleh memimpin kita dunia dan akhirat. Jika tugas imam pun kita tidak mampu galas, bagaimana mungkin kita mampu memegang tampuk kemimpinan Negara. Satu hal yang sangat berat.

Penulis juga mengharapkan agar Perdana Menteri yang baru, Najib boleh menjadi imam kerana ianya satu sifat yang mempu menguntungkan politik melayu Islam. Kita sering menganggap Malaysia sebagai sebuah Negara Islam tetapi tidak mahu mengamalkan perundangan Islam. Negara kita sudah kehilangan ikon sebagai sebuah Negara Islam. Kita sentiasa rasa megah dengan pembinaan masjid-masjid yang jumlahnya begitu banyak. Namun, berapa saf yang mampu kita bina setiap kali azan solat fardu dilaungkan.

Realiti kita hari ini, masjid hanya menjadi tumpuan ketika Hari Raya tiba. Mengapa tidak kita mengubah perspeksi ini. Pada zaman Rasulullah, masjid menjadi tempat yang terpenting untuk berkumpul. Namun hari ini, semua itu tidak berlaku lagi. Mungkin kerana terlalu sibuk, atau tiada masa, atau apa-apa sahaja alasan yang mampu kita berikan, masyarakat kita tidak mampu lagi memakmurkan rumah Allah itu. Apalagi menjadi ketua untuk ummat hari ini.

Setiap kali cuti, masalah yang sama yang aku lihat berlaku di masjid berdekatan rumahku sendiri. Barisan saf tidak penuh dan lebih menyedihkan hanya golongan tua mengimarahkannya. Aku tidak nampak generasi pelapis Negara untuk turun sama menjadikan masjid sebagai tempat singgah yang penting bagi mereka. Jika mahu cari golongan muda, pergilah ke pusat-pusat hiburan, cyber cafĂ©, insyallah, akan ketemu mereka. Islam akan menang bila masjid-masjidnya dipenuhi ketika solat subuh. Sama-samalah kita fakir, tepuk dada, tanya iman….

2 comments:

eifa said...

ana,..setuju bangat!!!
ble namenya pemimpin,,Islam plak..sewajibnya die tau "siapa pemimpin Islam"
ana,..kte sme2 doakn pemimpin2 d Msia yg blum sdr diri die Islam..smg diorg sedar scpt mgkin...amiiiin:)

Hanna said...

to eifa

Insyallah.. sama2 lah doakan.