Sunday, June 7, 2009

Kalamullah














" Sesungguhnya Al-Quran itu benar-benar firman (Allah yang dibawa oleh) utusan yang mulia (Jibril), yang mempunyai kekuatan, yang mempunyai kedudukan tinggi di sisi Allah yang mempunyai 'Arasy, yang ditaati di sana (di alam malaikat) lagi yang dipercayai."

(Al-Takwir :19-21 )

Al-Quran itu hebat. Aku kagum melihat sahabat-sahabat di darul Quran. Mampu menghafaz 30 juz al-Quran. Bukan itu sahaja, mereka memikul amanah yang berat yang diberikan oleh Allah hanya pada orang dipilihNya sahaja. Aku merenung diri ini. jauh di sudut hati terdetik untuk menjadi sebahagian daripada mereka. Hafiz dan hafizah. Namun, aku renung kembali diri ini. mampukah aku memikul tanggungjawab itu?layakkah aku memegang amanah Allah? Mungkin Allah tidak memilih hambanya ini kerana tahu kemampuanku. Maha Mengetahui Dia akan hamba-hambanya.

Mari lihat sedikit sebanyak kemulian ayat-ayat Allah ini..
*Al-Quran sebagai kalamuallah
*Al-Quran sebagai pedoman hidup
*Al-Quran sebagai roh bagi orang-orang beriman
*Al-Quran sebagai peringatan
*Al-Quran sebagai sumber pengetahuan

Kalamullah merupakan penawar paling baik bagi orang yang sedang resah dan gelisah.
Diriwayatkan dari Ibnu Umar ra dia berkata bahawa Nabi Muhammad saw telah bersabda " Sesungguhnya hati itu boleh berkarat sebagaimana besi yang dapat berkarat". kemudian para sahabat bertanya kepada Rasulullah saw, "Apa penawarnya?". Rasulullah saw menjawab, "penawarnya adalah dengan membaca al-Quran".










Di antara persedian menghafaz al-Quran:

-Takjub dan merasakan keagungan al-Quran
-Mempunyai perhatian yang tinggi (Ihtimam) terhadap al-Quran
-Bijak menguruskan masa
-Tabah menghadapi kesusahan dan Masyaqat
-Penyucian jiwa dengan qiamulail
-Penyucian jiwa dengan berpuasa
-Penyucian jiwa dengan zikrullah dan doa

Itulah di antara pengisian yang diperlukan sebagai seorang hafiz atau hafizah. Aku mula menghitung diri ini. Jauh aku dari pengisian ini. Hanya hamba-hambaNya yang mampu sahaja menjadi pilihanNya

" Dan apa yang telah Kami wahyukan padamu iaitu Al-Kitab (Al-Quran) itulah yang benar, denagn membenarkan kitab-kitab yang sebelumnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Mengetahui lagi Maha Melihat (keadaan) hamba-hambanya. Kemudian kitab itu kami wariskan kepada hamba-hamba yang kami pilih di antara hamba-hamba kami" (Fathir :31-32)

rujukan:Panduan bagi Hafiz&Hafizah
dan Qari &Qariah

No comments: