Tuesday, June 16, 2009

Hilangnya rasa kemanusian

Nilai kemanusian semakin hilang dalam masyarakat kini. Tiada lagi rasa kasih sayang yang sepatutnya ada dalam jiwa seorang yang bernama Islam. Di mana, harga nyawa manusia seakan tiada nilai dan mampu dikorbankan sesuka hati. Tiada lagi belas ihsan. Lihat saja di dada-dada akhbar, kes pembunuhan dan jenayah-jenayah lain seperti rogol, ragut dan sebagainya semakin meningkat.

Masyarakat hari ini tidak lagi aman. Dunia semakin dikecam jenayah manusia yang bertopengkan binatang. Hari ini kita mampu melihat manusia di bunuh secara kejam, seperti yang berlaku di selatan Thailand di dalam Masjid Al- Furqan di Kampung Air Tempayan, Narathiwat. Pembunuhan kejam ke atas 11 orang termasuk imam serta mencederakan 19 orang lain pasti menimbulkan keresahan kepada penduduk tempatan. (sumber: Utusan)

Lihat! Betapa mudah untuk membunuh manusia. Kejadian telah berlaku ketika mereka sedang menunaikan solat. Mungkin apa yang berlaku di Thailand adalah daripada pergolakan politik yang melanda negara mereka. Namun, tidakkah kita juga memikirkan keadaan yang sama di negara ini?

Baru-baru ini kes ragut yang berlaku telah mengakibatkan kematian seorang wanita hamil. Kes itu berlaku di Johor Bharu pada 19 Mei di mana mangsa sedang hamil 2 bulan. Polis yang telah menjalankan siasatan menemui peragut dalam keadaan khayal kerana mengambil dadah jenis Eramin 5 dan bersamanya turut ditemui sebuah motosikal curi.

Sedihnya melihat pemuda yang menjadi harapan bangsa terlibat dalam kes sebegini. Begitu mudah menyerang mangsa dari kaum yang lemah. Apabila akal sudah tidak mampu dikawal, nafsu akan mula bermaharajalela. Jadilah kita hamba-hamba yang hina.

Bagaimana pula dengan kes rogol? Jenayah yang semakin bertambah jumlahnya. Di Sandakan, ayat seorang pelajar perempuan ditemui mati dalam semak selepas dirogol di Batu 17 1/2 dekat Kampung Gum-Gum, Sandakan. Kita juga dapat melihat realiti hari ini di mana keluarga terdekat sendiri sanggup melakukan perbuatan tersebut pada keluarga mereka. Sudah tercemar institusi kekeluargaan. Ayah yang seharusnya melindungi anak-anak mereka mengambil kesempatan di atas tanggungjawab yang telah di amanahkan. Di mana lagi harus anak-anak ini mencari perlindungan jika di dalam rumah sahaja tidak ada keselamatan. Apatah lagi di luar sana. Manusia semakin hilang rasa kemanusian.

Apabila hukum Allah mula dipersoalkan, inilah mehnah yang harus kita terima. Jika undang-undang Allah tidak mahu dilaksanakan, inilah harga yang perlu kita bayar pada satu nyawa. Pada seorang manusia. Kerana kita memang akan sentiasa menerima balasan atas apa yang telah kita kerjakan.

Maka barangsiapa yang melakukan kebajikan sebesar zarrah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya). Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarrah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalannnya). (99:7-8)

2 comments:

innii said...

saye sokong ana!hukum ALLAH untuk keamanan manusia..apabila tidak dilaksanakan maka tidak aman r manusia..yeah~

Hanna said...

betul 2... institusi kehakiman sepatutnye perlu mengkaji semula undng2 yang telah digubal... barulah dunia akan aman.