Saturday, June 13, 2009

Emak

Tanggal 13 Jun 2009, genap umur ibuku 47 tahun. Aku dan Along cuba memikirkan hadiah yang terbaik untuk emak. "hadiah apa ye long?". Masing-masing membuntu. Tidak tahu apa yang harus kami beli. Lama kami memikirkannya. Selama ini, kami tidak pernah ketinggalan untuk membeli sesuatu untuk mak, walapun nilainya murah.

"Kita masak je la ngah."Masak?". Aku terkedu seketika. "Nak masak apa?". Kami pun sibuk la membeli barang untuk menyambut "birthday" emak. Akhirnya, kami dapat barang-barang untuk mee bandung. harap-harap jadi la...

Emak seorang guru yang aku kira sangat sporting dan penyayang. Masakan tidak, semua anak muridnya amat menghormati sikapnya dan menyenanginya. Sampai ada yang turut memanggilnya emak. Emm.. kami adik-beradik faham akan semua situasi itu. Tidak mengapalah berkongsi kasih. Itulah tanggungjawab emak. Dia perlu mendidik anak bangsa dan melayan kerenah mereka. Mengajar di sekolah harian biasa memang satu cabaran memandangkan sekolah itu sentiasa dalam kawalan pihak polis di sebabkan masalah disiplin yang teruk. Sebagai guru, kesabaran yang tinggi perlu ada untuk memantau pelajar-pelajar.

Bagiku, pengalaman yang paling menyeronokkan adalah apabila tiba Hari Guru. Pastinya, emak akan membawa pulang banyak hadiah yang diterima daripada para pelajarnya. Dia juga disegani oleh guru-guru lain dan pekerja-pekerja biasa. Tugas guru menjadikan ibuku seorang yang sibuk. Namun demikian, tanggungjawabnya di rumah tidak pernah diabaikan. Dia masih mampu memasak untuk kami semua dan melakukan tugas-tugas lain di rumah. Aku pernah merasakan betapa penatnya menjadi seorang suri rumah sepanjang aku cuti bagi menggantikan emak yang sibuk di sekolah. Mampukah aku juga menjadi seperti 'dia'.

walaupun emak terpaksa menghadapi kerenah anak muridnya di sekolah, disambung pula anak-anaknya di rumah, dia tidak pernah mengeluh. Semuanya dilakukan dengan ikhlas atas rasa tanggungjawab dan kasih sayang terhadap anak-anaknya.

Layaklah syurga terletak di bawah telapak kaki ibu. kerana apa? Dari kita dilahirkan hinggalah dibesarkan, terllau banyak pengorbanan yang telah ibu kita lakukan. Seorang ibu tidak akan tega melihat anaknya disakiti walaupun digigit seekor nyamuk. Betapa besarnya pengorbanan ibu disaat kelahiran kita, dia bertarung nyawa antara hidup dan mati. Selepas itu, disusukan kita sehingga dua tahun. Sakit demam kita dijaga. Kita hanya tahu menangis membuatkan dia sentiasa berjaga. Allah berfirman,

" Dan Kami perintahkan manusia (berbuat baik) kepada kedua orang ibu bapanya, ibunya telah mengadungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah dan menyapihnya dua tahun......" (Luqman:14).

Bagaimana jika Allah tidak meletakkan rasa keibuan dalam hatinya? Fitrah telah menjadikan seorang ibu akan sentiasa menlindungi anaknya walaupun membahayakan dirinya. Allah telah menjadikan sifat seorang ibu itu penyayang dan penuh dengan kesabaran untuk melayan kerenah anak-anaknya. Sambungan dari surah Luqman ayat 14, ".....Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepadaKulah kamu dikembalikan". Lantas, jadialh kita orang-orang yang bersyukur atas pemberiannya. Kepada siapa lagi harus kita gantungkan pertolongan jika bukan padaNya.

Buat mereka yang masih punya ibu bapa, bantulah mereka. Balaslah jasa mereka kerana kita tidak tahu bila mereka akan pergi meninggalkan kita. Jadilah anak yang tahu mengenang budi. Bukan seperti tanggang anak derhaka.

"Rabbirfirli waliwalidayya warhamhumakalma rabbayani soriro". Ya Allah ya Tuhanku, ampukanlah dosa ibu bapaku dan sayangilah mereka sebagaimana mereka menyayangi diri ini". Amin..... Moga Engkau sentiasa melindungi mereka.

Emak adalah ibu yang terbaik di dunia, insyallah. Sayang mak...

No comments: