Tuesday, June 30, 2009

Tag oh tag...

Bismillahirahmanirahim.....

Terkejut aku bila di tag!!! Apa benda la 2... huhu.. Tengok2.. soalan cepu mas.. Terima kasih k.Asila..Sayang akak.. Entah la betul x ana jawab nie...

susah gak soalan dia... mencabar minda tol..

1. What is the most important thing in your life?

keluarga... Iman...Islam...kawan2...

2. What is the last thing that you bought with your own money?

lupa la plak...huhu..

3. Where do you wish to get married?

kat umah je....

4. How old do you think you will be permanently owned by your love?

selama2nya...

5. Are you in love?

sedang mencari cintaNya..

6. Where was the last restaurant you had dinner?

cili padi..ngan mak dan abah

7. Name the latest book that you bought?

bisikan sirr...

8. What is your full name?

Che Farhana bt Che Mohd Hanafi....

9. Do you prefer your mother or father?

mak...x garang sangat..

10. Name a person that you really wish to meet in real life for the first time.

Rasulullah...layak ke?

11. Christina or Britney?

x nak... useless

12. Do you do your own laundry?

of course, senang skit..

13. The most exciting place you want to go?

Goungzhou, China

14. Camera or MP3 or Handphone?

emmm... handphone dah ada..nak MP3 plak

15. Point out 5 things about the person who tagged you.

1. lawa..hehe..
2. ayu
3. banyak ilmu
4. sangat syngkan kawan2
5. tegas (',')

16. 3 things I am passionate about

- tengok cite cina..hehe..
- balik umah
- check tarikh cuti

17. 3 things I say too often

- so...
- hah

18. Book I’ve read recently

mathurat...al-quran

19. 8 songs I could listen to over and over again

- insan taqwa
- segemgam tabah
- azimat bonda
- taubat seorang hamba
- ketulusan hati
- ya nabi salamualaik
- di taman teman
- aisya humaira


20. 3 things I learned last year

- manage program
- study betoi2
- manfaatkan kawan yang ada

21. 8 people to tag
1. islinda
2. zatil
3. iba
4. Izatie
5. wan Thohirah
6. Che haniza
7. Che Mohd Firdaus
8. Aisyah Idris

Tuesday, June 23, 2009

Selsema H1N1



Kes influenza H1n1 semakin serius di negara kita. Jumlah mangsa semakin bertambah dan bilangan sekolah yang di tutup semakin meningkat. Kes ini telah menular di kalangan para pelajar menyebabkan sesi persekolahan terpaksa ditunda. Apabila satu kes telah dikesan di sesebuah kawasan, semua tempat yang berdekatan terpaksa di kuarantikan. Mungkinkah Malaysia juga bakal mengalami nasib yang sama seperti negara-negara yang lain?


Laporan akhbar hari ini melaporkan sesuatu yang menarik.
"Adakah isu ini menjadi mainan politik?". Aku tertarik dengan tajuk yang diberi. Aku turut sama beranggapan sebegitu. Kes yang mengancam nyawa penduduk Malaysia hari ini menjadi mainan politik mereka yang gilakan kuasa. Hati ini jadi membara. Aku teringat kata-kata adik usrah, " mengapa tidak penyakit ini dipanggil saja selsema babi. Apa yang membezakan H1n1 dengan selsema babi?". Soalan yang cukup menarik. Bagiku, dua-duanya sama. Tiada bezanya. Mengapa tidak digunakan saja 'selsema babi'. Dulu, ketika kes selsema burung, semua ayam dan burung dimusnahkan. Sekarang, kenapa kerajaan tidak mampu melakukan hal yang sama?. Musnahkan semua penternakan babi yang ada. Adakah ia tidak mampu dilakukan hanya untuk melindungi kaum bukan bumiputera?



Ketika mula-mula kes ini dikesan, tiada langkah yang drastik yang dilakukan. Hanya mengadakan pemeriksaan di setiap balai ketibaan dan pelepasan di seluruh lapangan terbang. Masalah yang kecil akan menjadi besar apabila dibiarkan. Ia akan merebak dan menyerang tanpa mengira mangsa.


Lebih menyedihkan lagi apabila tiada pemberitahuan tentang bahayanya pengambilan daging babi sebagai hidangan. Mereka yang kurang peka dengan isu ini tentu saja akan mengambil mudah dan tidak menghiraukan masalah yang berlaku. Mungkin ada yang menganggap ia hanyalah selsema biasa. Sejauh mana permainan politik ini..

"Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Allah...." (5:3).

Tuesday, June 16, 2009

Hilangnya rasa kemanusian

Nilai kemanusian semakin hilang dalam masyarakat kini. Tiada lagi rasa kasih sayang yang sepatutnya ada dalam jiwa seorang yang bernama Islam. Di mana, harga nyawa manusia seakan tiada nilai dan mampu dikorbankan sesuka hati. Tiada lagi belas ihsan. Lihat saja di dada-dada akhbar, kes pembunuhan dan jenayah-jenayah lain seperti rogol, ragut dan sebagainya semakin meningkat.

Masyarakat hari ini tidak lagi aman. Dunia semakin dikecam jenayah manusia yang bertopengkan binatang. Hari ini kita mampu melihat manusia di bunuh secara kejam, seperti yang berlaku di selatan Thailand di dalam Masjid Al- Furqan di Kampung Air Tempayan, Narathiwat. Pembunuhan kejam ke atas 11 orang termasuk imam serta mencederakan 19 orang lain pasti menimbulkan keresahan kepada penduduk tempatan. (sumber: Utusan)

Lihat! Betapa mudah untuk membunuh manusia. Kejadian telah berlaku ketika mereka sedang menunaikan solat. Mungkin apa yang berlaku di Thailand adalah daripada pergolakan politik yang melanda negara mereka. Namun, tidakkah kita juga memikirkan keadaan yang sama di negara ini?

Baru-baru ini kes ragut yang berlaku telah mengakibatkan kematian seorang wanita hamil. Kes itu berlaku di Johor Bharu pada 19 Mei di mana mangsa sedang hamil 2 bulan. Polis yang telah menjalankan siasatan menemui peragut dalam keadaan khayal kerana mengambil dadah jenis Eramin 5 dan bersamanya turut ditemui sebuah motosikal curi.

Sedihnya melihat pemuda yang menjadi harapan bangsa terlibat dalam kes sebegini. Begitu mudah menyerang mangsa dari kaum yang lemah. Apabila akal sudah tidak mampu dikawal, nafsu akan mula bermaharajalela. Jadilah kita hamba-hamba yang hina.

Bagaimana pula dengan kes rogol? Jenayah yang semakin bertambah jumlahnya. Di Sandakan, ayat seorang pelajar perempuan ditemui mati dalam semak selepas dirogol di Batu 17 1/2 dekat Kampung Gum-Gum, Sandakan. Kita juga dapat melihat realiti hari ini di mana keluarga terdekat sendiri sanggup melakukan perbuatan tersebut pada keluarga mereka. Sudah tercemar institusi kekeluargaan. Ayah yang seharusnya melindungi anak-anak mereka mengambil kesempatan di atas tanggungjawab yang telah di amanahkan. Di mana lagi harus anak-anak ini mencari perlindungan jika di dalam rumah sahaja tidak ada keselamatan. Apatah lagi di luar sana. Manusia semakin hilang rasa kemanusian.

Apabila hukum Allah mula dipersoalkan, inilah mehnah yang harus kita terima. Jika undang-undang Allah tidak mahu dilaksanakan, inilah harga yang perlu kita bayar pada satu nyawa. Pada seorang manusia. Kerana kita memang akan sentiasa menerima balasan atas apa yang telah kita kerjakan.

Maka barangsiapa yang melakukan kebajikan sebesar zarrah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya). Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarrah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalannnya). (99:7-8)

Adakah hari esok?



Bismillahirahmanirrahim..... Selawat dan salam buat Nabi Muhammad SAW. Hari-hari yang berlalu seakan tidak aku sedari. Pantasnya masa berlalu. Mampukah lagi aku melihat alam ini hari esoknya?. Mampukah lagi aku menghirup udara ciptaan Yang Maha Esa. Mampukah aku terus merenung ciptaanNya. Adakah lagi hari esok untuk aku....

Hebatnya lukisan alam. Siapa mampu meniru lukisan Allah. Bulan, bintang, matahari, seluruh alam ini akan sentiasa bergerak mengikut sunnatullahnya. Masing-masing bergerak pada orbitnya. Mengikut seruan dan arahan Maha Penciptanya. Subhanallah...

"Dan Dia-lah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing (di angkasa lepas)" (21:33)

Bayangkan andai semuanya ingkar. Berlakulah pelanggaran. Bintang-bintang akan jatuh. Seluruh alam akan kucar-kacir. Keadaannya boleh diibaratkan bagai hari kiamat.











" Apabila langit terbelah. Dan apabila bintang-bintang gugur bertabur. Dan apabila lautan pecah bercampur baur..." (82:1-3)

"Dan gunung-ganang menjadi seperti bulu yang dibusar bertebangan". (101:5)

Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedasyat-dasyatnya. Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya. (99:1-2)

Lantas, bagaimana keadaan manusia di kala itu.

(hari itu ialah: hari kiamat) hari manusia menjadi seperti kelkatu yang terbang berkeliaran. (101:4)

Maha hebat Allah.
Adakah hari esok untuk aku. Untuk ku teruskan perjuangan di bumi ini. Dapatkah aku terus berusaha untuk menjadi muttaqin? Siapa lagi yang mampu menolong diri ini untuk mencapai redhaMu? Siapa yang boleh menyelamatkan diri ini dari azab api nerakaMu?

Ya Allah, engkaulah sebaik penolong yang kami ada.

Saturday, June 13, 2009

Emak

Tanggal 13 Jun 2009, genap umur ibuku 47 tahun. Aku dan Along cuba memikirkan hadiah yang terbaik untuk emak. "hadiah apa ye long?". Masing-masing membuntu. Tidak tahu apa yang harus kami beli. Lama kami memikirkannya. Selama ini, kami tidak pernah ketinggalan untuk membeli sesuatu untuk mak, walapun nilainya murah.

"Kita masak je la ngah."Masak?". Aku terkedu seketika. "Nak masak apa?". Kami pun sibuk la membeli barang untuk menyambut "birthday" emak. Akhirnya, kami dapat barang-barang untuk mee bandung. harap-harap jadi la...

Emak seorang guru yang aku kira sangat sporting dan penyayang. Masakan tidak, semua anak muridnya amat menghormati sikapnya dan menyenanginya. Sampai ada yang turut memanggilnya emak. Emm.. kami adik-beradik faham akan semua situasi itu. Tidak mengapalah berkongsi kasih. Itulah tanggungjawab emak. Dia perlu mendidik anak bangsa dan melayan kerenah mereka. Mengajar di sekolah harian biasa memang satu cabaran memandangkan sekolah itu sentiasa dalam kawalan pihak polis di sebabkan masalah disiplin yang teruk. Sebagai guru, kesabaran yang tinggi perlu ada untuk memantau pelajar-pelajar.

Bagiku, pengalaman yang paling menyeronokkan adalah apabila tiba Hari Guru. Pastinya, emak akan membawa pulang banyak hadiah yang diterima daripada para pelajarnya. Dia juga disegani oleh guru-guru lain dan pekerja-pekerja biasa. Tugas guru menjadikan ibuku seorang yang sibuk. Namun demikian, tanggungjawabnya di rumah tidak pernah diabaikan. Dia masih mampu memasak untuk kami semua dan melakukan tugas-tugas lain di rumah. Aku pernah merasakan betapa penatnya menjadi seorang suri rumah sepanjang aku cuti bagi menggantikan emak yang sibuk di sekolah. Mampukah aku juga menjadi seperti 'dia'.

walaupun emak terpaksa menghadapi kerenah anak muridnya di sekolah, disambung pula anak-anaknya di rumah, dia tidak pernah mengeluh. Semuanya dilakukan dengan ikhlas atas rasa tanggungjawab dan kasih sayang terhadap anak-anaknya.

Layaklah syurga terletak di bawah telapak kaki ibu. kerana apa? Dari kita dilahirkan hinggalah dibesarkan, terllau banyak pengorbanan yang telah ibu kita lakukan. Seorang ibu tidak akan tega melihat anaknya disakiti walaupun digigit seekor nyamuk. Betapa besarnya pengorbanan ibu disaat kelahiran kita, dia bertarung nyawa antara hidup dan mati. Selepas itu, disusukan kita sehingga dua tahun. Sakit demam kita dijaga. Kita hanya tahu menangis membuatkan dia sentiasa berjaga. Allah berfirman,

" Dan Kami perintahkan manusia (berbuat baik) kepada kedua orang ibu bapanya, ibunya telah mengadungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah dan menyapihnya dua tahun......" (Luqman:14).

Bagaimana jika Allah tidak meletakkan rasa keibuan dalam hatinya? Fitrah telah menjadikan seorang ibu akan sentiasa menlindungi anaknya walaupun membahayakan dirinya. Allah telah menjadikan sifat seorang ibu itu penyayang dan penuh dengan kesabaran untuk melayan kerenah anak-anaknya. Sambungan dari surah Luqman ayat 14, ".....Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepadaKulah kamu dikembalikan". Lantas, jadialh kita orang-orang yang bersyukur atas pemberiannya. Kepada siapa lagi harus kita gantungkan pertolongan jika bukan padaNya.

Buat mereka yang masih punya ibu bapa, bantulah mereka. Balaslah jasa mereka kerana kita tidak tahu bila mereka akan pergi meninggalkan kita. Jadilah anak yang tahu mengenang budi. Bukan seperti tanggang anak derhaka.

"Rabbirfirli waliwalidayya warhamhumakalma rabbayani soriro". Ya Allah ya Tuhanku, ampukanlah dosa ibu bapaku dan sayangilah mereka sebagaimana mereka menyayangi diri ini". Amin..... Moga Engkau sentiasa melindungi mereka.

Emak adalah ibu yang terbaik di dunia, insyallah. Sayang mak...

Monday, June 8, 2009

Di mana silapnya?



Tanggal 2 Jun menjadi sejarah kepada warga Kuala Terengganu apabila bumbung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin runtuh menyembah bumi. Kejadian yang berlaku kira-kira jam 9.30 pagi menggemparkan semua pihak. Nasib baik tiada sebarang nyawa yang terkorban dalam runtuhan tersebut. Stadium tersebut telah banyak melansungkan acara sukan dan menjadi tuan rumah untuk sukma baru-baru ini.

Berita terbaru pula melaporkan pusat akuatik kolam renang di Batu Buruk, Terengganu juga berlaku permasalahan di mana terdapat kebocoran atap pada bahagian bumbung. Kolam renang itu di mana telah diguna pakai sewaktu Kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) baru-baru ini.

Kejadian ini seharusnya membuka mata banyak pihak mengapa perkara sebegini harus berlaku. Stadium yang menelan belanja hampir 300 juta dan tidak sampai setahun digunakan sudah runtuh sememangnya menjadi persoalan untuk semua. Kes ini memang seharusnya dikaji dengan lebih terperinci. Di mana silapnya. Apa yang berlaku memang sesuatu yang memalukan. Pihak kontraktor telah diberi masa yang lama untuk menyiapkan dua projek besar ini. Seharusnya, kelewatan jadual pembinaan tidak harus terjadi. Walaupun tahu masalah yang berlaku di kolam renang, tiada sebarang tindakan yang diambil oleh pihak berwajib. Adakah masing-masing hanya akan menunding jari atas apa yang berlaku? Dan menunggu ada nyawa yang terkorban baru diambil tindakan?

Semua yang berlaku perlu dijadikan iktibar. Mungkin ini satu peringatan buat kita semua dengan monemun yang menjadi kemegahan. Anggaplah ini kesilapan dari diri kita sendiri yang sentiasa alpa. Apa yang bakal berlaku pada masa akan datang, tidak dapat kita ramalkan. Moga pengalaman ini mampu dimanfaatkan oleh semua agar pada masa hadapan kita mampu menghindari kejadian yang tidak diingini.

Muhasabah diri

Hati ini tersentak tatkala melihat seorang kanak-kanak menolak sebuah kerusi roda. "Mungkin ayahnya".Bisik hati kecil ini. Sayu aku dibuatnya.Di tengah kesibukkan manusia membeli barangan di dalam pasar, kedua beranak itu mengahampiri beberapa gerai untuk membeli sesuatu. Lantas aku menginsafi diri ini. Bersyukurkah aku atas nikmatnya? Punya segala kemewahan. Cukup segala-galanya. Kufurkah aku pada nikmatnya. Laluku hitung diri ini. Ya Allah, terlalu banyak nikmatMu. Dan aku..... masih meminta-minta. Kufurkah aku? Nikmat kesihatan yang kau kurniakan... cukupkah ibadahku. NIkmat pancaindera, mata, telinga.. peliharakah aku akan azab neraka.... Anak yang kecil itu masih menolak ayahnya. Mungkin mereka miskin, tapi kaya hatinya. Mungkin mereka tidak upaya, tapi ibadahnya,lebih dari kita manusia yang upaya. Mungkin mereka hina di mata masyarakat, tapi mulia di sisi Tuhannya...

Bisakah kita manusia menjadi seperti mereka.Ku renung kembali diri ini. Hambakah aku yang sentiasa tidak puas dengan kurniaNya. Dia tidak pernah meminta pun. Tidak perlu kepada perhambaan kita kerna Maha Kuasa Dia. Lalu, pandangkah dia pada diri ini? Dia tidak perlukan kita. Tapi, kita akan sentiasa perlu padaNya. Jangan kita sebagai mukmin hanya mencariNya ketika berduka, ketika bencana, ketika malapetaka. Lantas, siapa kita sebagai hamba di waktu bersukaria, Di waktu kesenangan. Segala-gala milik kata adalah kepunyaaNya. Segala-gala milik kita adalah pinjamanNya. Siapa kita untuk mempersoalkan ketentuanNya.

Tuhan, beri aku ketabahan dalam ujianMu. Beri aku kekuatan dalam menempuh cubaanMu. Jangan engkau bebankan diri ini dengan beban yang berat. Amin.... Lantas, aku semakin merasakan hinanya diri ini...

Sohabatie

Sahabat,
Tika aku ketawa, kau disisiku,
Tika aku sedih, engkau masih di sampingku,
Tidak berganjak, tidak pernah mengeluh,
Kata-kata nasihat kau ucapkan,
Kata-kata peransang kau nyalakan,
Kau kata janji Tuhan tak siapa boleh putuskan.

Sahabat,
Kau hadir di kala ku kesunyian,
Kau hadir ketika aku memerlukan,
Kalimahmu mengubat hati,
Wajahmu menenangkan jiwa,
Tika diri ini dalam duka dan lara.

Sahabat,
Kau pengubat rinduku pada keluarga,
Ketika kita di perantauan,
Kau nyalakan obor semangat,
Agar kita sama-sama berjuang,
Menempuh segala cabaran.

Sahabat,
Akhirnya janji Allah tiba jua,
Kerana Dia telah menetapkan,
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan,
Walaupun pahit dirasakan,
Itulah hakikat kehidupan.

Sahabat,
Walau kita berjauhan,
Jarak yang jauh memisahkan,
Namun, kau tetap di hatiku,
Buat selamanya.

Sahabat,
Andai telah ditakdirkan,
Aku dijemput Tuhan,
Ziarahilah pusaraku,
Taburlah mawar di kuburku,
Hadiahkan Fatihah buatku,
Moga aku tenang di sana,
Moga ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Sahabat,
Moga cinta kita sejati,
Moga Dia merestui perhubungan ini,
Sesungguhnya, engkaulah sahabat, teman sejati.

Sunday, June 7, 2009

Insan


Kita tidak akan rasa keimanan tanpa ujian,
Kita tidak akan rasa kenikmantan tanpa dugaan,
Kita akan kelalaian,
Kita akan leka dari mengingati Tuhan.

Kita manusia tak pernah rasa bersyukur atas nikmat yang dikurniakan,
Asyik merintih jika ada kekurangan,
Memohon simpati pada orang,
Meminta-minta belas kasihan,
Sedangkan Allah telah berfirman,
Istajibillahummaduaana,
Mohonlah kepadaku,
Nescaya Ku perkenankan,
Itu janji Tuhan.

Tapi,
Manusia itu lupa daratan,
Allah bagi segala kemewahan,
Dia bagi tak pernah kurang,
Cuma kita takut menyumbang,
Takut harta berkurang,
Kerana nafsu dan hasutan syaitan.

Lantas,
Solat dan puasa ditinggalkan,
Zakat dan haji jauh ketinggalan,
Hanya tinggal syahadah sebagai ucapan,
Itulah umat Muhammad sekarang,
Malulah kita pada Tuhan,
Moga Allah memberi keampunan,
Kerana Dia Maha Ar-Rahman.

Kalamullah














" Sesungguhnya Al-Quran itu benar-benar firman (Allah yang dibawa oleh) utusan yang mulia (Jibril), yang mempunyai kekuatan, yang mempunyai kedudukan tinggi di sisi Allah yang mempunyai 'Arasy, yang ditaati di sana (di alam malaikat) lagi yang dipercayai."

(Al-Takwir :19-21 )

Al-Quran itu hebat. Aku kagum melihat sahabat-sahabat di darul Quran. Mampu menghafaz 30 juz al-Quran. Bukan itu sahaja, mereka memikul amanah yang berat yang diberikan oleh Allah hanya pada orang dipilihNya sahaja. Aku merenung diri ini. jauh di sudut hati terdetik untuk menjadi sebahagian daripada mereka. Hafiz dan hafizah. Namun, aku renung kembali diri ini. mampukah aku memikul tanggungjawab itu?layakkah aku memegang amanah Allah? Mungkin Allah tidak memilih hambanya ini kerana tahu kemampuanku. Maha Mengetahui Dia akan hamba-hambanya.

Mari lihat sedikit sebanyak kemulian ayat-ayat Allah ini..
*Al-Quran sebagai kalamuallah
*Al-Quran sebagai pedoman hidup
*Al-Quran sebagai roh bagi orang-orang beriman
*Al-Quran sebagai peringatan
*Al-Quran sebagai sumber pengetahuan

Kalamullah merupakan penawar paling baik bagi orang yang sedang resah dan gelisah.
Diriwayatkan dari Ibnu Umar ra dia berkata bahawa Nabi Muhammad saw telah bersabda " Sesungguhnya hati itu boleh berkarat sebagaimana besi yang dapat berkarat". kemudian para sahabat bertanya kepada Rasulullah saw, "Apa penawarnya?". Rasulullah saw menjawab, "penawarnya adalah dengan membaca al-Quran".










Di antara persedian menghafaz al-Quran:

-Takjub dan merasakan keagungan al-Quran
-Mempunyai perhatian yang tinggi (Ihtimam) terhadap al-Quran
-Bijak menguruskan masa
-Tabah menghadapi kesusahan dan Masyaqat
-Penyucian jiwa dengan qiamulail
-Penyucian jiwa dengan berpuasa
-Penyucian jiwa dengan zikrullah dan doa

Itulah di antara pengisian yang diperlukan sebagai seorang hafiz atau hafizah. Aku mula menghitung diri ini. Jauh aku dari pengisian ini. Hanya hamba-hambaNya yang mampu sahaja menjadi pilihanNya

" Dan apa yang telah Kami wahyukan padamu iaitu Al-Kitab (Al-Quran) itulah yang benar, denagn membenarkan kitab-kitab yang sebelumnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Mengetahui lagi Maha Melihat (keadaan) hamba-hambanya. Kemudian kitab itu kami wariskan kepada hamba-hamba yang kami pilih di antara hamba-hamba kami" (Fathir :31-32)

rujukan:Panduan bagi Hafiz&Hafizah
dan Qari &Qariah

Saturday, June 6, 2009

Asif Jiddan


Assalamualaikum....

Alhamdulilah. Aku diberi kekuatan olehNya untuk aku terus menulis. Masih ada sahabat-sahabat yang sudi memberi sokongan dan galakan. Syukran jazilan buat antunna semua. Hidup kita ibarat roda, kadang di bawah, kadang di atas. Pada hematku, aku bukanlah yang terbaik untuk melakar coretan untuk tatapan semua. Kerna itu aku berundur. Maafkan aku wahai sahabat-sahabat. Namun, hati ini sentiasa rindu untuk terus menulis agar dapat aku sampaikan walaupun sepotong ayat. Insyallah, aku pohon agar terus istiqamah walapun kadang-kadang aku terfikir, "masihkah ada waktu untuk aku?". Aku sertakan semula post-post yang lama buat tatapan semua..