Bismillahirahmanirahim…
Manusia sering memandang remeh dengan dosa-dosa kecil. Sedangkan, bila dikumpulkan dosa itu akan menjadi besar. Kita memandang enteng perkara ini. Dosa-dosa kecil boleh diibaratkan satu kaum yang tinggal di satu lembah. Setiap seorang akan membawa satu ranting dan mengumpulkan rating tersebut. Sehinggalah ranting itu mampu untuk memasak sekeping roti apabila dijadikan unggun api. Begitu besar kesannya kepada diri kita. Contoh yang boleh diambil adalah, berprasangka kepada orang lain, tidak menjaga pandangan dan sebagainya. Satu dosa sahaja telah meninggalkan satu titik hitam di hati kita. Apabila terlalu banyak titik-titik hitam, hati kita akan diselaputi dosa dan menghijab diri kita dengan Allah.
Bagaimana mahu mengenali dosa-dosa kecil?. Sabda Rasulullah s.a.w, “Apabila ada gelojak dalam hatimu, tinggalkanlah”. Apa sahaja yang ingin kita lakukan, jika kita ragu-ragu untuk melakukannya segeralah meninggalkannya. Hal ini kerana ia mungkin membawa kita kepada dosa. Pandanglah perbuatan kita dengan menggunakan mata hati. Sentiasa bertanyakan diri, ‘redhakah Allah pada perbuatanku?’. Mata hati tidak pernah menipu. Jika ada was-was di hati, tinggalkan pekerjaan kita dengan segera. Kerana ia mungkin mengundang bisikan syaitan. Syaitan sentiasa membisikkan kemungkaran yang dilakukan adalah sesuatu yang tidak dilarang oleh Islam. Dalam surah An-Nas ada disebut, bisikan yang bersembunyi yakni bisikan syaitan ke dalam dada manusia. (4-5).
Orang mukmin akan memandang dosanya ibarat gunung yang akan menghempapnya. Kita tidak boleh meremehkan dosa kecil kerana Allah melihat setiap perbuatan kita. Semua amalan akan dicatat. Setiap perbuatan akan dihitung dan dibalas mengikut amalan yang dilakukan. “Maka barangsiapa mengerjakan kebaikan sebesar zarah, nescaya dia akan melihat balasannya. Dan barang siapa mengerjakan kejahatan seberat zarah, nescaya dia akan melihatnya” (99:7-8). Dosa kecil mampu membinasakan kita di akhirat kelak. Anggota badan kita mudah untuk melakukan dosa-dosa kecil. Pandangan mata, ucapan lidah, hala tuju kaki, coretan tangan, semuanya boleh menyebabkan kearah dosa-dosa kecil. Di akhirat kelak, anggota inilah yang akan menjadi persaksian atas semua tindakan kita. Ibrahim Adham pernah ditanya oleh seorang lelaki yang ingin melakukan maksiat, bagaimana untuk menghindarinya. Beliau menjawab, “jika ingin bermaksiat, jangan tinggal di bumi Allah, jangan makan rezeki yang dikurniakanNya, jengan menggunakan nikmatNya. Jika ingin juga berbuat maksiat, carilah tempat di mana Allah tidak nampak”. Semua ini mustahil untuk dilakukan. Akhirnya, pemuda tersebut meninggalkan maksiat yang ingin dilakukannya.
Kita perlu bermujahadah dalam melawan hawa nafsu. Cara yang boleh dilakukan adalah dnegna menghadirkan kebesaran Allah dalam hati. Sentiasa memikirkan kerdilnya kita di hadapannya. Fikirkan tentang nikmat yang diberikan. Allah tidak pernah meminta bahkan kitalah yang sering meminta walapun tidak pernah membalas. Allah tidak perlukan kita tetapi kita sentiasa perlukanNya. Hadirkan rasa raja’ dan khauf. Yakni, rasa takut kepada Allah. Takut dengan azabnya samada di dunia atau di akhirat sana. Mampukah kita memberi jaminan bahawa syurga milik kita. Rasulullah pernah bersabda mafhumnya, “sesungguhnya iman di dalam hati kamu akan lusuh dan mohonlah pada Allah agar mmeperbaharui hati itu”. Imam Ghazali berkata, “carilah hatimu di 3 tempat. Temui hatimu sewaktu membaca al-quran. Tetapi, jika tidak ditemui, carilah ketika hatimu mengerjakan solat. Jika tidak ditemui juga, carilah hatimu ketika beristighfar mengingati mati. Jika kau tidak menemui juga, maka berdoalah kepada Allah dan pohonlah hati yang baru kerana pada hakikatnya pada ketika itu, engkau tidak mempunyai hati. Moga-moga peringatan ini sampai pada kita semua. Wallahualam...
..:Sesungguhnya perjalanan seorang dai'e itu sangat panjang dan melelahkan. Ketika itu, orang lalai akan hairan melihat daie menyengsarakan diri dalam kelelahan & bertanya sampai bila kau akan melelahkan diri. Di jawab daie, sebenarnya, aku mengharap pengistirehatan (syurga)":.. al-Fawaid-Ibnu Qayyim
Sunday, February 7, 2010
Tuesday, January 26, 2010
Dugaan....:(
Bismillahirahmanirahim............
Terhiris hati dengan sikap kawan-kawan. Ya Allah, beri aku kekuatan. Terlalu banyak dugaan mendatang untuk sem ini. Rasa mahu jatuh. Hanya padaNya aku memohon dan merintih. Aku memang hambanya yang lemah. Dugaan demi dugaan yang mendatang. Terasa bebanan yang berat menghempap diri. Antara sikap tidak peduli dan tanggungjawab sebagai penyambung risalah. Ya Allah, Engkau tidak membebankan hambaMu. Aku pasrah atas segalanya.
Hati,
Bersabarlah dengan segala kerenah dunia,
Dengan kerenah manusia,
Dengan segala sikap manusia.
Hati,
Bertasbihlah memuji Tuhanmu,
Merayulah pada Yang Maha Kuasa,
Menangislah di hadapanNya,
Sesungguhnya, Dia Maha Mendengar.
Hati,
Pujuklah diri,
Diri yang sering keluh kesal,
Diri yang lemah dengan ujianNya,
Semoga mampu berdiri dengan mehnah ini.
Tetaplah hati pada jalan perjuangan,
Coraklah hati mengikut panduan Rasulmu,
Didiklah hati tegar dengan kehidupan,
Kerana inilah cubaan dunia.

Sunday, January 17, 2010
Coretan mingguan
Bismillahirahmanirahim................
Rasanya sudah sekian lama tidak menulis di blog sendiri. Seperti biasa, rutin sebagai pelajar menyibukkan aku dengan assignment yang banyak. Itulah lumrah hidup. Alhamdullilah, masih berkesempatan juga untuk aku datang ke usrah . Walaupun pengisian yang sedikit, semoga itu yang berbekas di hati. Begitu juga dengan usrah Gen. Masih berjalan seperti biasa. Sekurang-kurangnya hati ini tidak terlalu kering. Sujudku pada Allah. Masa yang berlalu seakan terlalu pantas. Mid Term akan menyusul tidak lama lagi.
Dalam kesibukkan seharian, aku masih mencari masa untuk mengulangkaji pelajaran. Tapi, tak juga jumpa. Aku rasa cemburu dengan 'roomate'ku yang asyik menelaah. Lantas, seorang sahabat berkata, "Dia bukan kaki program. Itulah dia tidak sesibuk kita". Betul. Aku sangat setuju. Lantas, barulah kau sedar kembali pegangan aku selama ini. Hidup di dunia bukan untuk mengejar pointer semata-mata. Kita akan kembali pada Rabb kita satu hari nanti. Di ladang ini kita bercucuk tanam untuk kita tuai hasilnya di sana. Setakat mana kita korbankan masa untuk aktiviti kebajikan di dunia ini, sebanyak itu juga hasil yang kita dapat. Semoga setiap titisan peluh yang keluar menjadi saksi pada kita bahawa kita telah berbuat kebajikan di dunia ini. Insyallah.
Jadilah insan yang berguna untuk orang lain. Maksudnya, ketika orang lain memerlukan bantuan kita, hulurkanlah walaupun di saat kita tidak berdaya. Hati orang-orang mukmin akan tersentuh bilamana saudaranya memohon pertolongan daripadanya. Semoga Allah pula yang membantu kita di saat kesusahan. Sahabat baik sekalipun kadang-kadang enggan menjadi pembantu. Dan sebaik-baik penolong ialah Allah Az-zawajala. Wallahualam.

Saturday, January 9, 2010
Kontroversi pemakaian kalimah Allah
Dato’ Dr. Siddiq Fadzil Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) Selama berabad-abad negara Malaysia (dan sebelumnya Tanah Melayu) yang terbentuk daripada gabungan Negeri-Negeri Melayu (Malay States) ini durujuk sebagai model negara berbilang kaum dan agama yang rukun, harmonis dan penuh tolerasi. Kejayaan mencipta kerukunan hidup antara agama adalah suatu prestasi ketamadunan dan kemanusiaan yang tidak ternilai. Faktor kunci kejayaan ini tidak lain adalah sikap ramah bangsa Melayu-Muslim yang menjadi golongan majoriti dan sekaligus “tuan rumah”. Keramahan luar biasa yang memang menjadi watak bangsa inilah yang memungkinkan penganut pelbagai agama (Kristian, Hindu, Buddha dan lain-lain) di negara ini menikmati kebebasan dan keselesaan mengamalkan agama masing-masing tanpa gangguan. Selama ini kerukunan hidup sedemikian itu dapat dipertahankan kerana adanya sikap menghargai keramahan (Melayu-Muslim) tersebut, di samping adanya rasa hormat terhadap kedudukan istimewa agama Islam sebagai agama Persekutuan, juga kerana adanya kesedaran terhadap realiti kesejarahan dan kebudayaan negara ini. Memang dalam sejarahnya Negeri-Negeri Melayu adalah bahagian daripada warga rumpun besar Dar al-Islam. Kesedaran tentang hakikat-hakikat inilah yang melatari keharmonian hubungan antara kaum dan agama selama ini. Justeru, kesedaran tersebutlah yang membentuk sikap saling memahami dan menghormati batas dan sempadan daerah keagamaan masing-masing. Kaum bukan Muslim umumnya cukup memahami daerah sensitiviti masyarakat Melayu-Muslim, dan demikian pula sebaliknya. Kerana itu hal-hal yang berkaitan dengan kedudukan Melayu dan Islam biasanya tidak diusik atau diganggu. Ketegangan di sekitar isu pemakaian kalimat Allah ketika ini adalah akibat kegagalan menghayati tradisi menjaga sensitiviti umat Melayu-Islam. Mereka yang berkeras mahu menggunakan kalimat Allah dalam konteks agama Katolik bukan tidak tahu tentang keberatan umat Islam terhadap tuntutan mereka. Sikap tersebut tidak lain adalah gejala hilangnya kepedulian terhadap perasaan dan pendirian orang lain. Seharusnya mereka berusaha untuk cuba memahami keberatan umat Melayu-Muslim terhadap pemakaian nama Allah dalam konteks agama selain Islam. Bagi umat Islam Allah adalah di atas segala-gala. Demikianlah hakikatnya, Allah selamanya merupakan ultimate concern bagi kaum Muslimin. Syahadat pertama keislaman mereka adalah kesaksian tentang hakikat ketiadaan tuhan selain Allah (Yang Maha Esa). Hanya Dia yang bernama Allah, nama yang dipilih sendiri oleh Allah khusus untuk diri-Nya, tidak siapa pun boleh memakainya selain Allah sendiri. Ia adalah al-Ism al-A`zam, Nama Agung bagi Dhat yang wajib al-wujud. Ia adalah nama yang merujuk Dhat yang meliputi seluruh sifat ketuhanan. Sebagai nama khusus-Nya, ia berbeza daripada nama-nama-Nya yang lain seperti al-Qadir, al-`Alim, al-Rahim yang boleh dipakai oleh yang lain-lain. Kerana kekhususannya itu jugalah nama-nama-Nya yang lain itu dinisbahkan kepada nama Allah lalu disebut asma’u ‘Llah (nama-nama Allah). Al-Sabur, al-Shakur, al-Qadir misalnya disebut sebagai nama-nama Allah, tetapi tidak boleh disebut sebaliknya, Allah adalah nama al-Shakur atau al-Sabur. Demikianlah hakikat kalimat Allah sebagai nama khas (`alam) yang tidak dipakai untuk selain-Nya. Allah bukan nama am yang siapa sahaja boleh memakainya, dan bukan juga kata umum tanpa makna dan definisi tertentu sehingga siapa sahaja boleh memaknainya. Andainya kalimat Allah dimaknai lain daripada makna dan definisi hakikinya, jelas akan menimbulkan kekacauan semantik yang serius. Bagi umat Melayu-Muslim sejak mula kalimat Allah sudah sedia terpadu dengan definisi yang mantap dan muktamad, definisi yang diungkapkan oleh Allah sendiri dalam surah al-Ikhlas, “Katakanlah: Dia-lah Allah, Yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia.”. Penurunan surah tersebut dilatari peristiwa kedatangan sekumpulan orang Yahudi meminta Nabi s.`a.w. memberikan pemerian tentang Tuhannya. Kerana itu surah ini bermula dengan kata Qul (Katakan) yang kemudian diikuti dengan ayat-ayat yang mengandungi rumusan definisi tentang Allah. Ternyata Allah adalah nama yang menyebatikan makna tauhidik, nama yang menolak syirik, dan sekaligus nama yang menafikan faham trinity (Tidak beranak dan tidak diperanakkan). Kerana itu surah ini disebut juga dengan nama Suratu ‘t-Tawhid. Memang ia adalah surah yang merumuskan faham tauhid yang semurni dan semutlaknya. Ayat-ayat dalam surah ini juga dengan jelas mengungkapkan makna bahawa Allah adalah “...a Personality”, bukan sekadar suatu konsep falsafi yang abstrak. Surah al-Ikhlas adalah antara sekian banyak surah dan ayat al-Qur’an yang membawa mesej conceptual correction terhadap pemakaian nama Allah di kalangan masyarakat pra-Islam termasuk sebahagian suku-suku Arab jahiliah dan kaum Nasrani. Mereka memakai nama Allah dalam konteks faham syirik, termasuk faham al-tathlith atau trinity. Ayat-ayat korektif tersebut rata-rata membawakan makna dan nada ketidakrelaan Allah terhadap pemakaian nama-Nya dalam konteks yang menyimpang daripada prinsip kemurnian dan kemutlakan tauhid. Demikianlah kalimat dan nama Allah yang difahami oleh umat Melayu-Muslim umumnya, lalu bagaimana mungkin mereka yang saban hari membaca dan menghayati surah al-Tawhid akan dengan senang merelakan Nama Suci dan Agung ini dipakai dalam konteks faham syirik. Sikap berkeras mahu menggunakan juga kalimat Allah (sekalipun dengan mengguris perasaan sebahagian besar umat Melayu-Muslim) menimbulkan tanda tanya, ada apa sebenarnya? Selama ini, sejak ratusan tahun, tanpa memakai nama Allah, para penganut Katolitik telah dapat mengamalkan agama mereka dengan leluasa. Ajaran Katolik dapat difahami oleh para penganutnya, malah telah dikembangkan tanpa masalah. Lalu kenapa sekarang isu ini dibangkitkan dan diperjuangkan dengan cara yang begitu provokatif. Mereka bukan tidak tahu betapa sensitif dan eksplosifnya isu ini. Mereka juga bukan tidak tahu bahawa isu ini menyentuh jantung ajaran agama Islam. Rasanya wajar sekali kita merenung kata-kata Gopal Raj Kumar yang kami petik di bawah ini: What Catholics appear to be seeking here is an extension to that form of racism that whatever non Malays and non Muslims wish to do in the name of religion has to be tolerated in the name of a half written constitution. Whilst at the same time arguing against everything that the Malays as a majority in a democracy do as wrong and racist. Catholics must learn to reciprocate in kind to a people in whose country they have been treated with much reverence, dignity and respect over centuries. Malaysia although fundamentally a Muslim state has, advocated for and advanced Catholic (and other religious causes and purposes) without the let or hindrance of religious intolerance like that imposed on them by the Thais, Burmese, Philippines, Australians, Chinese and more recently the Swiss. Much of the reason we are able to debate such issues and to read and write about it today it is often argued is the result of a good Catholic education. Wrong! It is equally the result of Malay Muslim generosity in allowing the propagation of the faith, its schools and other institutions to thrive and its tolerance of their values. It is a pity that in return all that the Catholic church has to offer is an insult to the Malays and Malay Muslims in persuing such a worthless policy of provocation. In a demonstration of its faith in its own credo of Good Christian Charity and goodwill, the Catholic Church ought to withdraw the ridiculous and provocative demand now legitimised by a flawed decision. It should demonstrate that it ought not to be allowed the sinister use of one Arabic word Allah which is clearly a thorn in the side of its Malay majority hosts. The church may do so without any embarrassment to itself. On the contrary with one fell act of goodness and respect it would build a bridge of understanding likely to last forever as a monument to its credo, rather than for the blemishes in its record of insults, abuse, its betrayal to the colonials and the undermining of the cultural and religious sensitivities and heritage of Malaysia’s majority (http://takemon.wordpress.com/about/). Isu ini seharusnya diselesaikan secepat dan sebijaksana mungkin. Semakin lama dipolemikkan, akan semakin panjang rentetan persoalannya. Sikap berkeras mahukan sesuatu yang jelas-jelas tidak dapat diberikan akan menimbulkan dugaan adanya agenda terselubung di balik tuntutan tersebut. Ia akan ditafsirkan sebagai strategi “lulus jarum, lulus kelindan”, selepas kalimat Allah akan banyak lagi istilah-istilah Islam yang dikatolikkan seperti kalimat syahadat, solat, zakat, haji dan lain-lain lagi. Isu ini akan memarakkan spekulasi bahawa ia adalah bahagian daripada agenda besar mendistorsikan Islam dengan memakai istilah-istilah Islam yang dirubah erti dan isinya. Masyarakat Islam akhirnya akan mengalami kekeliruan yang serius dan tidak lagi mengenal Islam yang murni. Lebih jauh lagi isu ini akan membangkitkan semula kenangan pedih masa lalu, zaman awal kedatangan penjajah Barat yang membawa agenda pengkristianan rakyat pribumi Melayu. Arkitek penjajahan Inggeris di rantau ini, S. Raffles tidak datang hanya untuk mengaut kekayaan, tetapi juga datang dengan misi dan cita-cita pengembangan Bible Society. Kegiatan menyebarkan agama Kristian di kalangan pribumi Melayu itu dilakukan atas nama “...cultivating the waste and barren soil of the native mind”. Usaha mengkristiankan orang Melayu telah dilakukan dengan bersungguh-sungguh, termasuk dengan menterjemahkan Bible ke dalam bahasa Melayu. Untuk itu mereka telah mendapatkan khidmat Abdullah Munsyi. Bagaimanapun orang Melayu berpegang kuat dengan Islam. Abdullah Munsyi yang terlibat dalam penterjemahan Bible mendapat gelar ejekan “Abdullah Paderi”. Catatan tersebut seharusnya sudah menjadi “perkara masa lalu” yang sudah tidak relevan lagi dalam konteks semangat masa kini, era membina kesatuan dalam kepelbagaian. Provokasi-provokasi keagamaan sehausnya dihindari, dan tuntutan yang menjadi keberatan umat Melayu Islam ini harus dihentikan. Apa pun yang berlaku pada pemakaian kalimat Allah di luar Malaysia tidak semestinya relevan dengan masyarakat kita. Isu ini harus dilihat secara kontekstual. Realiti sejarah dan budaya Malaysia memang tidak memungkinkan pemakaian kalimat Allah di luar konteks keislaman. Fiqh kita mengambilkira `uruf ahl al-balad (budaya warga setempat). Antara yang harus menjadi pertimbangan utama dalam isu ini ialah mafsadah atau kesan buruknya yang perlu dihindari. |
Friday, December 25, 2009
KEM MAHASISWA MUDA
Bismillahirahmanirrahim…………..alhamdulillah. dah 2 minggu aku memulakan sem baru. Aku panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran atas rahmat dan rahmanNYA. Hujung minggu yang terisi. Alhamdulillah, Dia memberi kesempatan lagi buat diri ini untuk ditarbiah. Untuk diberi tazkirah agar hati ini tidak gersang. Syukran jazilan tidak terhingga buat akak-akak dan abang-abang atas penganjuran program Kem Mahasiswa Muda di Pusat Kokurikulum, Pahang. Setelah lama penantian, hari itu tiba jua. Perkara yang unik dalam program ini adalah bilangan peserta perempuan yang memonopoli kehadiran peserta. Peserta lelaki hanya diwakili oleh seorang ar-rijal. Namun begitu, perkara pokoknya adalah kualiti daripada program tersebut.
Pengalaman selama 3 hari 2 malam akan aku cuba praktikan dalam kehidupan kampus ini. Insyallah. Bersama sahabat-sahabat, kami diisi dengan slot-slot rohani. Pengertian tentang kejadian diri ini. “Man Ana?”. Kupasan tentang kejadian kita di atas bumi Tuhan. Bagaimana harus seorang insane memandang dirinya sebagai hamba dan khalifah di bumi ini.Juga, pemahaman dengan erti kebahagian. Kebahagian itu tercapai bila ada keyakinan kepada Allah. Kemudian, kehidupan ini dikaitkan dengan alam sekitar dalam slot ‘alam dan manusia’ oleh saudara Hamidi. Apa kaitannya manusia dan alam?. Alam juga hamba yang sentiasa bertasbih pada RabbNya. Kita sebagai pemakmur perlu menggunakan alam ini dengan sebaik mungkin.
Slot seterusnya diisi oleh saudari Emey dari Gombak. Beliau menerangkan peranan sebagai mahasiswa. Bagaimana harus kita beraksi dalam menyumbangkan kepada orang lain. Pendidikan adalah factor terpenting dalam membentuk seorang mahasiswa yang menggelar diri sebagai aktivis. Di mana konsep belajar, mengajar dan diajar perlu diterapkan dalam diri. Setiap slot rohani di adaptasi ke dalam latihan dalam kumpulan (LDK). Pengalaman paling mencabar adalah ketika kami dibawa untuk riadah petang. Dengan keizinanNYa, kami dibawa untuk berkayak. Pada kali ini, lmu yang diperoleh tentang kayak adalah lebih mendalam. Kami terpaksa melalui ‘water resistant’. Hal ini adalah untuk memastikan semua peserta mampu bertindak ketika kayak terbalik. Cabaran ini membawa kami untuk mengatasi perasaan takut kepada air. Keseronakkan terasa apabila semua peserta mendapat peluang berkayak tanpa menunggu giliran dan masa berkayak adalah lama.
Seperti program lain, cabang objektif program ini adalah untuk mengeratkan ukhwah dan hubungan sesama ahli. Slot paling menarik perhatianku adalah slot oleh saudara Hasanin. Beliau menggariskan perkataan ‘retorik’. Bukannya kita hanya tahu berbicara tanpa membuat sesuatu pekerjaan tersebut seperti yang digambarkan dalam surah as-saff. Bahkan, kita tidak layak menggelar diri ini sebagia Da’ie. Taraf seorang da’ie sangat tinggi. Begitu juga dengan panggilan murabbi. Lantas, aku merasakan diri ini sangat kerdil. Bait kata-kata itu seakan menusuk hati. Membuatkan aku bermuhasabah diri. Seakan diri ini dikejutkan dari mimpi.
Sebelum berakhir, semua peserta perlu melakukan SWOT dan POA. Di mana, aktiviti ini member satu tugas dan tanggungjawab untuk dibawa pulang. Masih ada jiwa-jiwa kosong di luar sana yang masih memerlukan bimbingan kami. Hati-hati yang masih cintakan kebenaran. Kerana itulah fitrah manusia. Sunnatullah yang telah ditetapkanNya. Itulah beban yang paling berat aku rasakan. Hampir menitis air mataku memikirkannya. Mampukah aku?
Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, "sesungguhnya Aku hendak menjadikna khalifah di muka bumi ini". Mereka berkata, "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, apdahal kami sentiasa bertasbih memuji Engkau dan menyucikan Engkau?". Tuhan berfirman, "sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui". (2:30).
Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih menumbuhkan tujuh bulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi sesiapa yang dikehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurniaNya) lagi Maha Mengetahui.(2:261)

Thursday, December 3, 2009
Menangkan iman
Sebagai manusia yang beriman tetapi sedang dalam medan tempur melawan hawa nafsu dan syaitan, kita sangat memerlukan panduan. Agar kita tidak sesat tersasar sehingga menyalahkan Allah.
Iman akan memandu akal. Rasa takut pada Allah akan membantu diri kita berfikir setiap kali melakukan dosa. Biarpun ketika bersendirian, di dalam tempat berkunci, atau ketika tiada siapa melihat dan mengetahui, maka iman akan memandu akal dan hati kita. Iman akan menzahirkan rasa hati diawasi oleh Allah sehingga ke lubuk hati dan merasakan dirinya diperhatikan. Iman akan membunuh kecenderungan untuk bermaksiat dalam hati, dan nafsu akan dilumpuhkan dengan istighfar yang basah di bibir.
Secara fitrah, manusia akan bertanya kepada diri sendiri sebelum melakukan sesuatu. Akal akan menimbangkannya kerana itulah fungsi akal. Akal hanya akan tepat membuat keputusan dalam pilihannya jika terdapat iman yang subur dalam hati. Iman itu menjadi pemandunya.
Malahan, dalam undang-undang jenayah, setiap kesalahan terdapat elemen mensrea. Terdapat niat pada si pelaku untuk melaksanakannya. Lihatlah, betapa banyak jenayah dan maksiat yang besar dan kecil, bermula dengan elemen niat dan perancangan. Penzina, pencuri, pemecah amanah, pembunuh, perogol, dan segala macam lagi jenayah bermula dari gerak akal dan hati. Jika tidak kerana iman yang membenteng akal dan hati kita, maka jenayah atau maksiat itu pasti akan dilakukan.
Dengan iman, dia akan mempertahankan dirinya daripada menuruti kehendak nafsu. Dengan iman, kita akan sentiasa membayangkan peritnya perjalanan perbicaraan di mahsyar nanti. Lemahnya kita di hadapan Tuhan bagi menjawab semua persoalan mengapa perbuatan itu kita lakukan. Allah berfirman dalam surah al-Nazi’at ayat 40-41, mafhumnya: “Adapun orang yang takutkan keadaan semasa dia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalannya), serta ia menahan dirinya daripada menurut hawa nafsu, maka sesungguhnya syurgalah tempat kediamannya.”
Setiap kali berhadapan dengan pilihan, maka menangkanlah iman. Kalahkan kemungkaran dengan tidak menjadikannya sebagai pilihan hidup. Bisikkanlah dalam hati bahawa diri kita beriman kepada Allah. Kita takut akan Allah. Jadikanlah iman sebagai pertimbangan dalam menentukan perkara yang baik dan buruk. Apabila sifir ini sentiasa bermain di hati dan minda, kita akan menjadi Mukmin yang sejahtera dan mendapat petunjuk.
Daripada Abdullah bin Mas’ud bahawa Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud, “sesiapa yang mentaati Allah dan Rasulnya maka dia adalah orang yang mendapat petunjuk, dan sesiapa yang berbuat maksiat kepada Allah dan RasulNya maka dia tidaklah melakukan kemudaratan melainkan kepada dirinya dan dia tidak memudaratkan Allah sedikitpun.” (Ahmad b. Muhammad Syakir, Umdah al-Tafsir min Tafsir Ibn Kathir, jld 1, hlm. 542. Dihukumkan sahih olehnya).
Abi Darda’ menyatakan bahawa Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya, “ilmu diperolehi dengan mempelajarinya dan kesabaran diperolehi dengan kesabaran yang bersungguh-sungguh. Sesiapa yang berusaha untuk mencapai kebaikan, maka dia akan memperolehnya dan sesiapa yang berjuang untuk melindunginya dirinya daripada kejahatan, dia akan dilindungi.” (Al-Albani, al-Silsilah al-Sahihah, jld.1, hlm. 670, no.342).
Apabila kita memenangkan iman, di situ nanti kita akan menikmati kemanisannya. Terasa indah dan bahagia kerana memilih iman dan mengekalkan diri kita dalam suasana iman. Kemanisan iman ini dijanjikan oleh Allah dan NabiNya s.a.w. kepada kita. Daripada Anas b. malik menyatakan bahawa nabi s.a.w. bersabda: “Tiga perkara yang terdapat pada dirinya, maka dia merasai kemanisan iman.
- Jika dia mencintai Allah dan Rasulnya lebih daripada yang lain
- Mencintai seseorang hanya kerana Allah
- Benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana dia takut dicampakkan ke dalam api neraka.
Duhai diri, menangkanlah iman di atas kemungkaran. Moga doa Nabi s.a.w. ini menjadi basahan lidah,
“Allahumma ya musorrifal qulubi sorrif qulubana ila tho’atik”.
Maksudnya, “Wahai Tuhan yang mengendalikan hati, maka juruskan hati kami ini kea rah mentatai-Mu.” (Al-albani, al-Silsilah al-Sahihah, jld 4, hlm 261, no. 1689).
solusi edisi 13

Senyumlah :)
Susahkah untuk senyum? Untuk apa bibir dicipta jika tidak mahu senyum. Senyumlah walau ada duka di hati. Walau payah hidup ini untuk di hadapi. Walau seribu masalah pun yang bersarang di hati. Pentingkah senyum? Bukankah senyum itu sedekah. Kita tidak punya harta untuk bersedekah, maka jadilah orang yang pemurah dengan senyuman. Allah sudah member jalan mudah untuk minta berbuat kebaikan. Bagi yang menjadi jurujual, sememangnya senyuman mampu menarik pelanggan untuk singgah ke kedai. Ungkapan yang sopan menunjukkan adat kita sebagia orang timur. Apalagi menunjukkan akhlak kita kepada orang bukan Islam. Bukankah cantik namanya. Ada disebutkan dalam al-quran mafhumnya, Allah itu cantik dan sukakan pada kecantikan. Walaupun tidak mengenali seseorang, senyumlah padanya tanda kita ini bersaudara. Senyum mampu membawa kita kepada pertemuan pertama. Lantas, kita mampu menyambung persahabatan dengannya. Mahalkah harga sebuah senyuman? Perlukah kita membayar dengan harga yang tinggi hanya untuk sebuah senyuman?
Senyum sebagai penyembuh. Pesakit akan semakin sakit jika ‘nurse’ yang merawatnya masam mencuka. Tanpa senyuman di bibir. Hiasilah muka dengan senyuman. Sekurang-kurangnya, ia mampu mengurangkan kesakitan pesakit. Senyuman itu penyeri wajah. Tanpa ‘makeup’ pun, wajah kita masih cantik dan ayu dengan senyuman. Cuba perhatikan wajah tanpa senyum. Bengis. Sesiapun tidak mahu mendekati kita. Apatah lagi untuk menarik kanak-kanak. Senyuman mampu menarik kanak-kanak kepada kita. Walaupun sebagai orang asing, senyuman dapat mendekatkan mereka kepada kita. Dengan senyuman, kita mampu menutup kesedihan di hati. Sebagai orang yang beriman, wajarlah kita bersabar dengan dugaan hidup ini. Ajarlah diri untuk terus tersenyum walau masalah yang berat melanda. Senyumlah…..:)

Subscribe to:
Posts (Atom)