Tuesday, January 26, 2010

Dugaan....:(

Bismillahirahmanirahim............

Terhiris hati dengan sikap kawan-kawan. Ya Allah, beri aku kekuatan. Terlalu banyak dugaan mendatang untuk sem ini. Rasa mahu jatuh. Hanya padaNya aku memohon dan merintih. Aku memang hambanya yang lemah. Dugaan demi dugaan yang mendatang. Terasa bebanan yang berat menghempap diri. Antara sikap tidak peduli dan tanggungjawab sebagai penyambung risalah. Ya Allah, Engkau tidak membebankan hambaMu. Aku pasrah atas segalanya.



Hati,
Bersabarlah dengan segala kerenah dunia,
Dengan kerenah manusia,
Dengan segala sikap manusia.

Hati,
Bertasbihlah memuji Tuhanmu,
Merayulah pada Yang Maha Kuasa,
Menangislah di hadapanNya,
Sesungguhnya, Dia Maha Mendengar.

Hati,
Pujuklah diri,
Diri yang sering keluh kesal,
Diri yang lemah dengan ujianNya,
Semoga mampu berdiri dengan mehnah ini.

Tetaplah hati pada jalan perjuangan,
Coraklah hati mengikut panduan Rasulmu,
Didiklah hati tegar dengan kehidupan,
Kerana inilah cubaan dunia.

3 comments:

innii said...

salam..
buat ana y drindui juga..
silap tuh ana..
ALLAH x prnah mnjadi pengganti..
tapi ALLAH jualah y sentiasa d cc tanpa hambaNYA sedari..

klu nk dibandingkan..
d cc is jualah y tiada tman y stia mnemani..
cinta ukhwah gubahan pertama jua y masih terpahat d hati..
wlupn jauh nmun ttap dkat d hati..
doa kalian jualh pneman sanubari mnegak agama suci..

doakan is juge istiqomah dlm jln ini..

semoga hati Ana juga tetap di jalanNYA..

..:Sesungguhnya perjalanan seorang dai'e itu sangat panjang dan melelahkan. Ketika itu, orang lalai akan hairan melihat daie menyengsarakan diri dalam kelelahan & bertanya sampai bila kau akan melelahkan diri. Di jawab daie, sebenarnya, aku mengharap pengistirehatan (syurga)":.. al-Fawaid-Ibnu Qayyim

-orang biasa- said...

salam..
terima kasih adik2..
buat ana dan is...
terkesan jua hati ini..
hati yang semakin kecewa dengan kasih manusia..
yang sudah lelah untuk memberi...
kerana tidak dihargai..
malahan diragui..
serta dibenci...

tipulah jika akak katakan akak tidak lemah kerana ini semua..
namun kita perlu bangun kembali..
dan terus memberi..

Hanna said...

to is: syukran Is... Allah hantar kawan2 sbgai perantara.

K.Asila: Itulah lumrah mnausia. Takkan dpt lari dari segalanya