"Aku buntulah Mira". Syauqi memandang jauh ke
tengah bandar. Bangunan berkembar itu berkilau disimbah cahaya mentari.
"Syauqi, kau kena terima hakikat tu. Belajar untuk
menjadi kuat". Amira memeluk tubuhnya. Tudungnya meliuk-liuk seakan
menari mengikut rentak angin. Angin yang datang bersama sebuah lagu untuk
ditarikan.
Syauqi diam membisa. 'We just can do our part. We are not
God. This is life. People will come and go. And death is one part of it.
Remembered that!'. Ungkapan yang dilontarkan Prof. Shamsul seakan menikan mati
jantungnya.Kali ini air matanya sudah tidak mampu ditahan. Dia berlari
meninggalkan Amira sendirian.
"Shauqi! Shauqi!" Hanya jeritan Amira yang bergema
saat itu. Namun, sementara ia hilang dalam kebingitan kota metropolitan itu.
...............................................................................................................................................................
Bayi itu di pandangnya lama. Melihatkan tubuh si kecil itu
dipenuhi wayar yang berseliratan, hatinya mula runtun. Syauqi semakin
menghampiri si kecil itu.
"Dia berusaha sekerasnya untuk hidup. He's trying
himself to survive. Instead, I do nothing here". Walaupun perlahan, Amira
mampu menangkap setiap butir bicara yang diungkapkan oleh Syauqi. Amira menghabiskan
laporan di dalam 'case note' pesakit yang baru selesai diperiksanya.
"I think you are too emotion, Syauqi. You are not the
same person as before". Amira merenung tajam.
Shauqi masih membutu. Entah kenapa emosinya agak terusik
dalam beberapa hari ini. Dia sendiri pun kurang sedar semenjak bila dia menjadi
seorang yang sangat beremosi.
"I thought that Shauqi was very strong and
determination person. But, maybe, I am wrong". Amira mula meninggikan
suara. Penat dia melihatkan perubahan yang tidak dijangka pada Shauqi. Shauqi
yang dikenalinya tidak pernah begitu. Sangat serius dalam semua perkara. Apatah
lagi dalam karier yang baru dibinanya.
“You see his breath. He’s struggling”. Bersungguh Shauqi
menjelaskan tanpa mengendahkan setiap patah yang dikatakan oleh Amira. Amira
tersenyum kelat.
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
“Amira, what’s wrong with him?. Aunty tengok sejak beberapa
hari ini dia tak terurus. Makan pun tak nak. Asyik dengan laptop dia je. Balik
kerja, terus berkurung dalam bilik. Bila aunty tanye, dia cakap tak ada
apa-apa. Risau aunty”. Puan Diana membawa dulang ke ruang tamu. Haruman kopi memenuhi
ruang tamu.
Amira tanpa dipelawa terus meneguk kopi yang masih berasap.
Dia juga buntu. “Entah la aunty. Mira sendiri pun kurang pasti. Sejak
kebelakangan ni dia agak sensitif. Asyik bercakap pasal Daniel”. Amira
membetulkan duduknya. Karipap yang terhidang hanya dipandang kosong.
“Daniel?”. Puan Diana sedikit menjerit. Rasanya, baru pertama
kali dia mendengar nama itu. Siapa pula Daniel dalam kehidupan Shauqi. ‘Shauqi
ada bergaduh dengan sape-sape ke?’. Seingatnya Shauqi tidak pernah berbuat yang
bukan-bukan. Apatah lagi, jika melibatkan perkara-perkara yang tidak sepatutnya.
Amira mengangguk lemah. Kaca matanya dibuka. Amira meraup
wajahnya berulang kali. Dirinya masih penat selepas seharian berada di wad.
Semalam dia ‘on call’. Nasib sahaja dia bercuti hari ini. Dia turutkan kemahuan
Puan Diana untuk ke rumahnya. Katanya tentang Shauqi. Jika ikutkan hati, mahu
sahaja dia berehat-rehat di rumah.
“Daniel tu bayi berusia 3 bulan. Dia disahkan menghidap
penyakit jantung. ‘Dilated cardiomyopathy’. Jantungnya lemah dan membesar. Tapi, setakat ni kami tak mampu buat apa-apa”.
Amira membuka cerita.
“Teruk sangat ke budak tu? Tak boleh ‘operate’?”. Teruja
dengan cerita yang baru didengarnya.
Amira menggeleng. “Lagipun, budak tu ada ‘coronary artery
aneurysm’, pembengkakkan pada salur darah. Kalau ‘operate’ pun, tak boleh nak ‘survive’
dalam dewan bedah”. Amira mengeluh kecil.
Puan Diana bersandar lemah. “Astarfighrullahal a'zim”. Hanya lafaz
itu yang mampu keluar dari mulutnya saat itu. Dia mengurut dadanya lemah.
“Amira, terima kasih ye. Aunty akan cuba nasihatkan Shauqi,
insyallah”. Puan Diana menuntun Amira ke kereta.
“Terima kasih juga aunty. Sekarang saya tahu kenapa Shauqi
macam tu. Saya juga akan cuba nasihatkan dia. Aunty doakan ye”. Amira
menggengam erat tangan Puan Diana. Baginya, Puan Diana sudah seperti ibu kandungnya
sendiri. Dia sudah mengenali wanita itu sejak dia di universiti lagi ketika
bersama-sama kuliah bersama Shauqi. Baginya, wanita itu sangat cekal tanpa
seorang suami di sisi.
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
“Amira, how was your patient?”. Farida membuka topik perbualan
pagi itu.
“She’s in hallucination stage. Might be refer to
psychiatrist”. Amira menyuap bihun goreng ke mulutnya.
“ GERD? (Gastroesopahgeal Reflux Disease)”. Farida
mengangkat keningnya.
“Had well treated”. Amira menjawab senada. Fikirannya
menerawang.
“I thought that she can be discharge. But, when Dr. Hamid
told that the patient continue talking alone, I predicted the same result as
today. No wonders”. Farida menghabiskan sisa-sisa nasi di pinggannya.
“How about Shuaqi?”. Amira berhenti menyuap.
Dia memandang Farida lama. “Asal kau pandang aku macam tu?.
Meremang bulu roma. Aku tanye je la”. Farida mencebik.
“Hurm…”. Amira sedikit mengeluh. Dia menyambung suapannya
yang terhenti.
“Hey, I’m waiting.”. Farida sedikit menjerit.
“His past story.”. Lama Amira diam. “Sebab ayah dia”.
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
“Staffnurse, nanti bagi pak cik ni ubat ‘atenolol, 50 mg’.
Then, review the blood pressure level”. Amira mengisi preskripsi ubat di kaunter. Dia tergesa-gesa
memandang jam di tangannya. Lagi 10 minit pukul 3. Dia perlu bergegas. Dia masih
belum menunaikan kewajipan yang satu itu. Sesibuk mana pun, dia akan pastikan
dirinya bersolat.
Ketika keluar daripada masjid, Amira seakan mengenali satu
susuk tubuh di hadapannya. Dia berjalan perlahan menghampirinya. “Shauqi”.
Wajah itu berpaling. Mukanya nampak muram. “He had died”.
Dari kaca mata itu, manik-manik kecil jatuh berguguran.
“Ibunya?”. Amira melanjutkan pertanyaan.
Shauqi sudah tidak mampu berkata. Dia hanya mampu memandang
awan tanpa jawapan.Guruh mula berdetum memberi satu tanda bumi bakal dibasahi.
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
“Puan, takziah ye. Banyakkan bersabar. Allah sayangkan dia
lagi”. Amira memeluk erat bahu ibu itu. Air mata itu sudah kering. Dia tidak
mampu menangis lagi. Dirinya sendiri sudah di papah. Sudah beberapa kali diri
itu pensan melihatkan jenazah si kecil dimandi, dikafan dan dikebumikan. Hanya
Allah sahaja yang tahu perasaannya saat itu.
‘Moga engkau tenang di sana. Dirimu milik Tuhan dan seruanNya telah tiba’. Sayu hati Shauqi berbisik. ‘Allah… Allah..’. Bergetar rasa
hatinya saat melafazkan kalimah itu.
“Dr. Shauqi, terima kasih atas segalanya. Mak cik redha atas
pemergian Danial. Allah lebih sayangkan dia”. Ibu tua itu masih memegang erat
anak perempuannya. Risau badan itu akan terjelupuk lagi.
“Minta maaf mak cik. Saya tak dapat buat apa-apa. Saya tak
dapat selamatkan Danial. Itu salah saya”. Shauqi cuba menahan sebak. Dirinya
sendiri sudah tidak mampu menangis. Sepanjang menjaga Danial, hanya air mata
yang jadi penemannya.
“Allah lebih tahu apa yang terbaik buat hambanya. Kita hanya
mampu berusaha, bertawakal. Selebihnya, atas keputusan Dia. Dr. Shauqi jangan rasa
bersalah. Tak ada siapa yang inginkan pengakhirannya begini. Ini sunnatullah.
Ada kehidupan, sudah pasti ada kematiankan?”. Sejuk sedikit hati Shauqi dengan
bicara yang meresap di dadanya. Bagai dituang air sejuk ke dadanya.
Shauqi mengangguk lemah. Wajah tua itu dipandang sayu. Wajah
itu tenang menerima berita kematian cucunya. Hanya lafaz innalillah terzahir di
mulutnya.
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
“Aku redha Mira. Setiap permulaan pasti ada pengakhiran. Setiap
kehidupan, pasti ada kematian”. Shauqi tersenyum.
Amira seakan terperanjat mendengar luahan Shauqi. ‘Hari tu
menangis tak ingat dunia. Hari ni jumpa, terus cakap redha. Apa kena budak ni’.
Dia sendiri menjadi kaget. Amira menggaru kepalanya yang tidak gatal.
Lama membisu, Shauqi menyambung bicaranya. “Benar kata Mak
Ton, Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hambanya. Mira, kata-kata Mak Ton
sangat terkesan. Dia menyedarkan aku bahawa diri ini hanya hamba. Bukan Tuhan.
Bukan yang menciptakan, mahupun mematikan. Hidup ini ada sunnatullah. Ada
undang-undang kehidupan. Berdosanya aku kerana tidak redha dengan hakikat
kematian”. Shauqi menarik nafas panjang. Amira masih membisu. Memberi ruang
kepada Shauqi untuk melepaskan apa yang terbuku di hati.
“Dulu, waktu arwah abah meninggal, aku salahkan takdir. Aku selalu
berkira-kira kenapa Tuhan tidak adil pada aku dan mama. Kenapa Allah ambik abah.
Kesian mama. Penat lelah dia membesarkan aku sendiri. Disebabkan kami tidak
berduit, kos rawatan abah tidak mampu ditanggung. Akhirnya, abah pergi setelah
4 tahun menderita penyakit buah pinggang”. Suara Shauqi mula tersekat-sekat.
“Sejak itu, aku tekad untuk belajar bersungguh-sungguh
supaya boleh berbakti pada mama dan masyarakat. Niat aku hanya satu, membantu mereka
yang tidak berdaya. Bagi aku, tiada apa yang tidak boleh disembuhkan melainkan
seorang doktor itu tidak mahu membantu. Itu yang terjadi pada arwah abah. Dia sangat
memerlukan hemodialysis saat itu. Tapi, tiada seorang doktor pun yang
bersungguh-sungguh merawat abah sehingga kematiannya. Tiada seorang pun
menawarkan solusi. Semuanya hanya berbicara soal duit rawatan sehingga mama
sendiri terpaksa meminjam”. Amira tidak berani menyampuk. Hanya menjadi
pendengar setia saat itu.
“Ketika menerima kes Danial, aku sedayanya mencari
penyelesaian. Setelah pulang bekerja, aku mecari maklumat tentang penyakit dan
intervensi yang boleh dilakukan. Aku pasti dia mampu untuk disembuhkan. Ketika aku
mencadangkan agar Danial dibedah, Prof Shamsul membantah. Katanya, ia terlalu
berisiko untuk Danial. Sehingga aku bertekak beberapa kali dengan beliau”.
Shauqi cuba mengimbas kembali apa yang terjadi antara dia dan Prof Shamsul. Sehingga
ke hari ini dia bermasam muka dengan doktor itu demi Danial. Baginya, jika
belum mencuba sudah tentu belum nampak hasilnya.
“Keputusan Prof betulkan?”. Amira meminta pandangan.
Shauqi tersenyum mengangguk. “I forgot that I am the intern.
I am still learning. Yang paling penting, aku lupa sunnatullah Tuhan. Prof Shamsul was right. He was super duper senior. Of
course he won’ t let the patient die too”.
“You are right Shauqi”. Entah dari mana suara itu tiba-tiba
muncul.
“Eh, Prof”. Amira terus kaget. Dia terus berdiri. Shauqi
juga melakukan hal yang sama.
“Prof dari mana?”. Satu soalan terpancul daripada mulut
Shauqi. Prof. Shamsul hanya mampu ketawa melihat telatah mereka berdua.
“Have a seat”. Professor Shamsul memesan segelas milo panas
dan kuih koci. Shauqi menarik kembali kerusi.
“Pasal kejadian hari tu, saya minta maaf prof”. Shauqi
menunduk, memandang lantai. Amira masih membisu. Tidak tahu apa yang harus
dibicarakan.
Professor Shamsul hanya tersenyum. Keringat kecil mula
terbit di celah dahi Shauqi. Badannya mula terasa hangat. Tidak mampu rasanya
dia memandang professor itu.
“Shauqi, to be a doctor is just not to have the sense of
helping human, but also the sense of belonging to God. Rasa bertuhan itu akan
memandu tingkah laku kita. How we should act or response to one condition. Saya
pernah berada di posisi awak. Setiap hari saya berdepan dengan kematian. Sedangkan
saat itu, saya tidak mampu lakukan apa-apa untuk selamatkan mereka. In fact, I am
a doctor. I keep querying why I am here if I cannot save the people. Then, I realized
that I’m not the God. Saya mengerti
hakikat itu bahawa saya bukan Tuhan. Bukan saya yang menyembuhkan mereka. Bukan
saya yang menyelamatkan mereka. Bahkan, Dia Allah yang Maha Menyembuhkan”. Prof
Shamsul berhenti seketika ketika pesanan tiba.
“Saat itu saya belajar hakikat yang saya ini hanya hamba. Hamba
yang tidak punya kuasa. We are not the magician. I have no God’s hand. Saya juga
bukan ahli sihir”. Bersinar-sinar mata Shauqi mendengar kuliah ringkas daripada
Prof. Shamsul. Dia juga tidak pernah menyedari hakikat itu.
“Lantas, apa yang perlu saya buat sekarang prof?”. Tanya
Shauqi.
“Kembalilah pada Dia. Hidup kita ni pun sekejap saja. Kita
pun akan menyusul selepas Danial. Cuma, tidak tahu bila. Shauqi, belajarlah
hakikat kematian. Sesungguhnya, ia pasti. Itu pegangan kita sebagai umat Islam.
Itu akidah kita”. Professor Shamsul meneguk air di gelasnya. Shauqi menelan air
liur lambat-lambat. Dalam hatinya dia menanam satu azam.
……………………………………………………………….Tamat………………………………………………………………………………….