Tuesday, June 18, 2013

Hakikat Kematian.


"Aku buntulah Mira". Syauqi memandang jauh ke tengah bandar. Bangunan berkembar itu berkilau disimbah cahaya mentari.


"Syauqi, kau kena terima hakikat tu. Belajar untuk menjadi kuat". Amira memeluk tubuhnya. Tudungnya meliuk-liuk seakan menari mengikut rentak angin. Angin yang datang bersama sebuah lagu untuk ditarikan.


Syauqi diam membisa. 'We just can do our part. We are not God. This is life. People will come and go. And death is one part of it. Remembered that!'. Ungkapan yang dilontarkan Prof. Shamsul seakan menikan mati jantungnya.Kali ini air matanya sudah tidak mampu ditahan. Dia berlari meninggalkan Amira sendirian. 


"Shauqi! Shauqi!" Hanya jeritan Amira yang bergema saat itu. Namun, sementara ia hilang dalam kebingitan kota metropolitan itu. 


...............................................................................................................................................................



Bayi itu di pandangnya lama. Melihatkan tubuh si kecil itu dipenuhi wayar yang berseliratan, hatinya mula runtun. Syauqi semakin menghampiri si kecil itu. 


"Dia berusaha sekerasnya untuk hidup. He's trying himself to survive. Instead, I do nothing here". Walaupun perlahan, Amira mampu menangkap setiap butir bicara yang diungkapkan oleh Syauqi. Amira menghabiskan laporan di dalam 'case note' pesakit yang baru selesai diperiksanya. 


"I think you are too emotion, Syauqi. You are not the same person as before". Amira merenung tajam.

Shauqi masih membutu. Entah kenapa emosinya agak terusik dalam beberapa hari ini. Dia sendiri pun kurang sedar semenjak bila dia menjadi seorang yang sangat beremosi. 


"I thought that Shauqi was very strong and determination person. But, maybe, I am wrong". Amira mula meninggikan suara. Penat dia melihatkan perubahan yang tidak dijangka pada Shauqi. Shauqi yang dikenalinya tidak pernah begitu. Sangat serius dalam semua perkara. Apatah lagi dalam karier yang baru dibinanya. 


“You see his breath. He’s struggling”. Bersungguh Shauqi menjelaskan tanpa mengendahkan setiap patah yang dikatakan oleh Amira. Amira tersenyum kelat.

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………


“Amira, what’s wrong with him?. Aunty tengok sejak beberapa hari ini dia tak terurus. Makan pun tak nak. Asyik dengan laptop dia je. Balik kerja, terus berkurung dalam bilik. Bila aunty tanye, dia cakap tak ada apa-apa. Risau aunty”. Puan Diana membawa dulang ke ruang tamu. Haruman kopi memenuhi ruang tamu.


Amira tanpa dipelawa terus meneguk kopi yang masih berasap. Dia juga buntu. “Entah la aunty. Mira sendiri pun kurang pasti. Sejak kebelakangan ni dia agak sensitif. Asyik bercakap pasal Daniel”. Amira membetulkan duduknya. Karipap yang terhidang hanya dipandang kosong.


“Daniel?”. Puan Diana sedikit menjerit. Rasanya, baru pertama kali dia mendengar nama itu. Siapa pula Daniel dalam kehidupan Shauqi. ‘Shauqi ada bergaduh dengan sape-sape ke?’. Seingatnya Shauqi tidak pernah berbuat yang bukan-bukan. Apatah lagi, jika melibatkan perkara-perkara yang tidak sepatutnya.


Amira mengangguk lemah. Kaca matanya dibuka. Amira meraup wajahnya berulang kali. Dirinya masih penat selepas seharian berada di wad. Semalam dia ‘on call’. Nasib sahaja dia bercuti hari ini. Dia turutkan kemahuan Puan Diana untuk ke rumahnya. Katanya tentang Shauqi. Jika ikutkan hati, mahu sahaja dia berehat-rehat di rumah. 


“Daniel tu bayi berusia 3 bulan. Dia disahkan menghidap penyakit jantung. ‘Dilated cardiomyopathy’. Jantungnya lemah dan membesar.  Tapi, setakat ni kami tak mampu buat apa-apa”. Amira membuka cerita.


“Teruk sangat ke budak tu? Tak boleh ‘operate’?”. Teruja dengan cerita yang baru didengarnya. 


Amira menggeleng. “Lagipun, budak tu ada ‘coronary artery aneurysm’, pembengkakkan pada salur darah. Kalau ‘operate’ pun, tak boleh nak ‘survive’ dalam dewan bedah”. Amira mengeluh kecil. 


Puan Diana bersandar lemah. “Astarfighrullahal a'zim”. Hanya lafaz itu yang mampu keluar dari mulutnya saat itu. Dia mengurut dadanya lemah. 


“Amira, terima kasih ye. Aunty akan cuba nasihatkan Shauqi, insyallah”. Puan Diana menuntun Amira ke kereta.


“Terima kasih juga aunty. Sekarang saya tahu kenapa Shauqi macam tu. Saya juga akan cuba nasihatkan dia. Aunty doakan ye”. Amira menggengam erat tangan Puan Diana. Baginya, Puan Diana sudah seperti ibu kandungnya sendiri. Dia sudah mengenali wanita itu sejak dia di universiti lagi ketika bersama-sama kuliah bersama Shauqi. Baginya, wanita itu sangat cekal tanpa seorang suami di sisi.

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….


“Amira, how was your patient?”. Farida membuka topik perbualan pagi itu.


“She’s in hallucination stage. Might be refer to psychiatrist”. Amira menyuap bihun goreng ke mulutnya.


“ GERD? (Gastroesopahgeal Reflux Disease)”. Farida mengangkat keningnya.


“Had well treated”. Amira menjawab senada. Fikirannya menerawang.


“I thought that she can be discharge. But, when Dr. Hamid told that the patient continue talking alone, I predicted the same result as today. No wonders”. Farida menghabiskan sisa-sisa nasi di pinggannya.


“How about Shuaqi?”. Amira berhenti menyuap.


Dia memandang Farida lama. “Asal kau pandang aku macam tu?. Meremang bulu roma. Aku tanye je la”. Farida mencebik.


“Hurm…”. Amira sedikit mengeluh. Dia menyambung suapannya yang terhenti.


“Hey, I’m waiting.”. Farida sedikit menjerit.


“His past story.”. Lama Amira diam. “Sebab ayah dia”.

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..


“Staffnurse, nanti bagi pak cik ni ubat ‘atenolol, 50 mg’. Then, review the blood pressure level”. Amira  mengisi preskripsi ubat di kaunter. Dia tergesa-gesa memandang jam di tangannya. Lagi 10 minit pukul 3. Dia perlu bergegas. Dia masih belum menunaikan kewajipan yang satu itu. Sesibuk mana pun, dia akan pastikan dirinya bersolat. 


Ketika keluar daripada masjid, Amira seakan mengenali satu susuk tubuh di hadapannya. Dia berjalan perlahan menghampirinya. “Shauqi”. 


Wajah itu berpaling. Mukanya nampak muram. “He had died”. Dari kaca mata itu, manik-manik kecil jatuh berguguran. 


“Ibunya?”. Amira melanjutkan pertanyaan. 


Shauqi sudah tidak mampu berkata. Dia hanya mampu memandang awan tanpa jawapan.Guruh mula berdetum memberi satu tanda bumi bakal dibasahi. 

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………


“Puan, takziah ye. Banyakkan bersabar. Allah sayangkan dia lagi”. Amira memeluk erat bahu ibu itu. Air mata itu sudah kering. Dia tidak mampu menangis lagi. Dirinya sendiri sudah di papah. Sudah beberapa kali diri itu pensan melihatkan jenazah si kecil dimandi, dikafan dan dikebumikan. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaannya saat itu.


‘Moga engkau tenang di sana. Dirimu milik Tuhan dan seruanNya telah tiba’. Sayu hati Shauqi berbisik. ‘Allah… Allah..’. Bergetar rasa hatinya saat melafazkan kalimah itu.


“Dr. Shauqi, terima kasih atas segalanya. Mak cik redha atas pemergian Danial. Allah lebih sayangkan dia”. Ibu tua itu masih memegang erat anak perempuannya. Risau badan itu akan terjelupuk lagi. 


“Minta maaf mak cik. Saya tak dapat buat apa-apa. Saya tak dapat selamatkan Danial. Itu salah saya”. Shauqi cuba menahan sebak. Dirinya sendiri sudah tidak mampu menangis. Sepanjang menjaga Danial, hanya air mata yang jadi penemannya.


“Allah lebih tahu apa yang terbaik buat hambanya. Kita hanya mampu berusaha, bertawakal. Selebihnya, atas keputusan Dia. Dr. Shauqi jangan rasa bersalah. Tak ada siapa yang inginkan pengakhirannya begini. Ini sunnatullah. Ada kehidupan, sudah pasti ada kematiankan?”. Sejuk sedikit hati Shauqi dengan bicara yang meresap di dadanya. Bagai dituang air sejuk ke dadanya. 


Shauqi mengangguk lemah. Wajah tua itu dipandang sayu. Wajah itu tenang menerima berita kematian cucunya. Hanya lafaz innalillah terzahir di mulutnya.

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….


“Aku redha Mira. Setiap permulaan pasti ada pengakhiran. Setiap kehidupan, pasti ada kematian”. Shauqi tersenyum. 


Amira seakan terperanjat mendengar luahan Shauqi. ‘Hari tu menangis tak ingat dunia. Hari ni jumpa, terus cakap redha. Apa kena budak ni’. Dia sendiri menjadi kaget. Amira menggaru kepalanya yang tidak gatal.


Lama membisu, Shauqi menyambung bicaranya. “Benar kata Mak Ton, Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hambanya. Mira, kata-kata Mak Ton sangat terkesan. Dia menyedarkan aku bahawa diri ini hanya hamba. Bukan Tuhan. Bukan yang menciptakan, mahupun mematikan. Hidup ini ada sunnatullah. Ada undang-undang kehidupan. Berdosanya aku kerana tidak redha dengan hakikat kematian”. Shauqi menarik nafas panjang. Amira masih membisu. Memberi ruang kepada Shauqi untuk melepaskan apa yang terbuku di hati. 


“Dulu, waktu arwah abah meninggal, aku salahkan takdir. Aku selalu berkira-kira kenapa Tuhan tidak adil pada aku dan mama. Kenapa Allah ambik abah. Kesian mama. Penat lelah dia membesarkan aku sendiri. Disebabkan kami tidak berduit, kos rawatan abah tidak mampu ditanggung. Akhirnya, abah pergi setelah 4 tahun menderita penyakit buah pinggang”. Suara Shauqi mula tersekat-sekat. 


“Sejak itu, aku tekad untuk belajar bersungguh-sungguh supaya boleh berbakti pada mama dan masyarakat. Niat aku hanya satu, membantu mereka yang tidak berdaya. Bagi aku, tiada apa yang tidak boleh disembuhkan melainkan seorang doktor itu tidak mahu membantu. Itu yang terjadi pada arwah abah. Dia sangat memerlukan hemodialysis saat itu. Tapi, tiada seorang doktor pun yang bersungguh-sungguh merawat abah sehingga kematiannya. Tiada seorang pun menawarkan solusi. Semuanya hanya berbicara soal duit rawatan sehingga mama sendiri terpaksa meminjam”. Amira tidak berani menyampuk. Hanya menjadi pendengar setia saat itu. 


“Ketika menerima kes Danial, aku sedayanya mencari penyelesaian. Setelah pulang bekerja, aku mecari maklumat tentang penyakit dan intervensi yang boleh dilakukan. Aku pasti dia mampu untuk disembuhkan. Ketika aku mencadangkan agar Danial dibedah, Prof Shamsul membantah. Katanya, ia terlalu berisiko untuk Danial. Sehingga aku bertekak beberapa kali dengan beliau”. Shauqi cuba mengimbas kembali apa yang terjadi antara dia dan Prof Shamsul. Sehingga ke hari ini dia bermasam muka dengan doktor itu demi Danial. Baginya, jika belum mencuba sudah tentu belum nampak hasilnya. 


“Keputusan Prof betulkan?”. Amira meminta pandangan. 


Shauqi tersenyum mengangguk. “I forgot that I am the intern. I am still learning. Yang paling penting, aku lupa sunnatullah Tuhan. Prof Shamsul was right. He was super duper senior. Of course he won’ t let the patient die too”. 


“You are right Shauqi”. Entah dari mana suara itu tiba-tiba muncul.


“Eh, Prof”. Amira terus kaget. Dia terus berdiri. Shauqi juga melakukan hal yang sama. 


“Prof dari mana?”. Satu soalan terpancul daripada mulut Shauqi. Prof. Shamsul hanya mampu ketawa melihat telatah mereka berdua. 


“Have a seat”. Professor Shamsul memesan segelas milo panas dan kuih koci. Shauqi menarik kembali kerusi. 


“Pasal kejadian hari tu, saya minta maaf prof”. Shauqi menunduk, memandang lantai. Amira masih membisu. Tidak tahu apa yang harus dibicarakan. 


Professor Shamsul hanya tersenyum. Keringat kecil mula terbit di celah dahi Shauqi. Badannya mula terasa hangat. Tidak mampu rasanya dia memandang professor itu. 


“Shauqi, to be a doctor is just not to have the sense of helping human, but also the sense of belonging to God. Rasa bertuhan itu akan memandu tingkah laku kita. How we should act or response to one condition. Saya pernah berada di posisi awak. Setiap hari saya berdepan dengan kematian. Sedangkan saat itu, saya tidak mampu lakukan apa-apa untuk selamatkan mereka. In fact, I am a doctor. I keep querying why I am here if I cannot save the people. Then, I realized that  I’m not the God. Saya mengerti hakikat itu bahawa saya bukan Tuhan. Bukan saya yang menyembuhkan mereka. Bukan saya yang menyelamatkan mereka. Bahkan, Dia Allah yang Maha Menyembuhkan”. Prof Shamsul berhenti seketika ketika pesanan tiba.


“Saat itu saya belajar hakikat yang saya ini hanya hamba. Hamba yang tidak punya kuasa. We are not the magician. I have no God’s hand. Saya juga bukan ahli sihir”. Bersinar-sinar mata Shauqi mendengar kuliah ringkas daripada Prof. Shamsul. Dia juga tidak pernah menyedari hakikat itu. 


“Lantas, apa yang perlu saya buat sekarang prof?”. Tanya Shauqi. 


“Kembalilah pada Dia. Hidup kita ni pun sekejap saja. Kita pun akan menyusul selepas Danial. Cuma, tidak tahu bila. Shauqi, belajarlah hakikat kematian. Sesungguhnya, ia pasti. Itu pegangan kita sebagai umat Islam. Itu akidah kita”. Professor Shamsul meneguk air di gelasnya. Shauqi menelan air liur lambat-lambat. Dalam hatinya dia menanam satu azam.



……………………………………………………………….Tamat………………………………………………………………………………….