..:Sesungguhnya perjalanan seorang dai'e itu sangat panjang dan melelahkan. Ketika itu, orang lalai akan hairan melihat daie menyengsarakan diri dalam kelelahan & bertanya sampai bila kau akan melelahkan diri. Di jawab daie, sebenarnya, aku mengharap pengistirehatan (syurga)":.. al-Fawaid-Ibnu Qayyim
Friday, July 3, 2009
Warkah buat teman....
Percayakah cinta sesama manusia kerana Allah mampu membuat seorang sahabat menangis tika sahabatnya yang lain berduka dan gembira tika saudaranya bahagia. Indahnya berukhwah kerana Allah. Pengalamanku bersama sahabat-sahabat tidak mampu dicoretkan hanya pada selembar kertas. Tidak mungkin dapat diceritakan hanya dengan kata-kata. Saat berlakunya perpisahan, seakan tidak mahu berjauhan. Namun, Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya.
Ketika diri berjauhan, kerinduan yang mendalam terhadap teman seperjuangan. Seakan mahu saja ku terbang. Andai aku mampu. Ternyata aku hamba lemah. Merekalah yang banyak membantu ketika aku dalam kesusahan. Ketika diri ini jatuh… Ternyata aku tidak keseorangan. tangan-tangan yang sudi menghulurkan bantuan. Ketika masa aku hampir lalai dalam duniaku sendiri, masih ada yang sudi mengejutkan aku daripada lena yang panjang. Mulianya hatimu, sahabat2ku.
Maafkan aku kerana tidak tahu menghargaimu duhai sahabat2. Ketika engkau sedih, aku tidak mampu menghiburkanmu. Aku tidak tahu meraikan kehadiranmu. Aku sentiasa lupa aku punya sahabat yang sentiasa memikirkan diri ini, tapi aku tidak mampu memikirkan hal dirimu. Maafkan aku sahabat, kerna tidak pandai menilai dirimu. Tidak mampu untuk menjadi peneman tika kau bersendirian. Teruknya diri ini. Maafkan aku kerana tidak menjadi sahabat dan saudara yang baik untuk dirimu. Sedangkan aku tahu, “tidak sempurna iman seseorang selagi mana dia tidak mencintai saudaranya seperti mana dia mencintai dirinya sendiri”.
Sekarang, ketika kita berjauhan baru aku mula mengerti makna persahabatan. Baru dapat ku nilai pekertimu sahabat. Betapa engkau mencintai diri ini. Menyayangi diri ini. Lantas, aku masih tidak mampu memberikan cintaku padamu. Egokah aku sahabat?
Aku sudah tidak mampu mendakapmu. Tidak mendengar celoteh darimu.Sememangnya, aku rindukan semua itu. Rindukan saat kita di perjuangan. Rindukan gelak tawamu. Leteran darimu. Aku rindu pada suaramu. Hemmm…. Gilakah aku cinta padamu? Aku tahu selayaknya Allah yang paling aku rindui. Namun, engkau ajar aku cinta pada Allah. Mencari cinta Illahi lebih utama. Akan ku semat itu diingatanku. Terima kasih teman atas segala memori. Terima kasih Allah atas teman yang mencintai diri ini.
p/s: Buat Is, Azimah, Iba, Fifah, Zana, Kiah, Zatil, Wan, K.Sa, Peanut, Kina, ana sangat merindui kamu…. Buat adik2 akak di PJ, Akak tunggu di Kuantan dan buat kakak-kakak tersayang, k.Ira, k.Syira, k.Ct, k.Thirah, k.Asila, k.Aida, k.Anis, terima kasih atas dorongan. Insyallah, jumpa di Kuantan. Yang lupa disebutkan nama, mohon maaf. Ramai sangat. Apa2 pun, ana hargai persahabatan kita. Moga bawa ke syurga…
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
Salam'alaik ana...rindu sgt ngn ana dan yg lain2...maaf kan zatil atas segala silap dan salah..halalkn makan minum zatil sepanjang kt bersahabat...bimbang diri ini tidak berkesempatan mengucap kata2 kemaafan...zatil sayang ana kerana Allah....
waalaikumusalam.. ana pun cm 2 jgk zatil.. tahniah dpt utp. semoga masih ada kesempatan untuk jmpa zatil walaupun jauh. ada masa msh la.. i love u 2 cause of Allah..
x tau nak ckp per!!!
huwa!!!!!!!!!!!!!!!!
nak nangesh jer!!!!
='(
to is...
jangan la nangis.. insyallah, ada umur kita jumpa.. rindu is selalu.. all d best in gombak.
salam ana..dah masuk uia kuantan kan..hehe..slamat blaja..akak xrapat ngan ana kot,sbb tu xda tulis nama akak.huuuuu..jeles!xpela..blsn dr Allah..wallahua'lam
salam alaik..huhu..
k.im kamu tu, jeles lg la..
ana, terharu sgt2 baca entri ni..
insyaALLAH dik,
jika bertemu kerana ALLAH
berpisah pasti tak resah..
selamat meneruskan perjuangan di bumi kuantan..
walau dimana kita berada, kita tetap pandang bulan yg sama.
jadi kita dekat sebenarnya..:)
kalau rindu kat akak, jmpe je k.im. kitorg sama je sbnrnya..huhu..
salam,ana...
waaaaaa...nk nangisss..terharu
+sebak..;(,,
xpe ana,walau kte sme2 kt kuantan,..
jauh di mata (ana kt JHC,kome kt IMC)...
ingatlah..namamu sntiasa trsemat dlm hatiku...
to k.im:
jngn kecik atie.. ana ttp ingt k.im.
to k.asila:
tome kasih ats drngan akak selama ni
to eifa:
smg kita msh ada klpngn untk berukhwah..
Post a Comment