Friday, April 23, 2010

Subhanallah



Bismillahirahmanirahim.......

Ku lihat pelangi itu..
Cantik, begitu cantik
Ada pelbagai warna
Merah, kuning, hijau...
Aku termenung...

Pelangi itu tanpa pelukis
Tiada kertas, tiada pena
Dari mana ya???
Aku termangu

7 warna kesemuanya
Teori sains berkata ia daripada proses pembiasan
Hakikatnya, ia lebih daripada itu
Tanda adanya pencipta
Ada yang Maha Kuasa
Yang mampu melakar alam ini
Dengan kekuasaaNya yang Maha Hebat



Eh, pelangi itu sudah hilang
ke mana??
Warna itu, tiada lagi
Uhmmm...

Andai dunia tanpa warna?
Bagaimana ya?
Tiada kecantikan pada alam ni
Allah itu Maha Hebat
Semuanya berwarna
Alam ini cantik
Masya Allah..
Siapa yang mampu menandingiNya
Itulah lukisan alam....
Subhanallah...

No comments: