Bismillahirahmanirahim……………
Sudah lama jari tidak menari di kekunci papan ini. Hati ingin mengukir sesuatu di blog sendiri, namun diri gagal menulis. Sebulan aku menyepi di laman sendiri. Aku sudah mulakan sem baru di tahun dua. Aku masih terimbau sejarah lama. Agak pahit bagiku. Namun aku cuba bangkit kembali kerana aku pasti selepas kesulitan adanya kesenangan. Syukur dan puji-pujian ke hadratNya atas nikmat yang tidak putus-putus kunjung tibanya. Saat aku kesempitan, Dia datang member ipertolongan. Di saat diri rasa keseorangan, Dia sentiasa tampil memberi sokongan. Terlalu banyak nikmatMu, Ya Allah.
Ujian dariNya sememangnya terlalu perit apalagi buat kita bernama hamba. Yang tidak punya kuasa, tidak punya pergantungan melainkan pada Yang Maha Esa, Dia yang berkuasa. Ujian menyebabkan kita tersungkur. Setiap orang Allah anugerahkan ujian yang berbeza mengikut kemampuan. Allah tidak member ujian untuk memberatkan hamba-hambanya sebagiamana firmannya, “… dan Tuhanmu tidak sekali-kali berlaku zlaim kepada hamba-hambaNya”. (Fussilat: 46). Ujian hanyalah ukuran ketakwaan kita pada Allah. Sejauh mana tahap keredhaan kita padaNya.
Bagi mereka yang lalai, Allah datangkan ujian kerana sifat ar-RahimNya. Sebagai peringatan buat mereka agar mereka kembali kepada Allah. Kembali mencari keredhaanNya. Allah inginkan hamba-hambaNya mensucikan diir mereka daripada dosa-dosa. Agar kita mampu kembali kepadaNya dalam keadaan husnul khatimah. Bila ditimpa musibah, seorang hamba akan mencari tuanNya. Merayu-rayu agar diampunkan kesalahnNya. Allah rindu mendengar rintihan kita. Rindu mendengar doa hamba-hambaNya. Allahuakbar. Begitu besar kerinduan terhadap hamba-hambaNya. Bagaimana dengan kita?
Allah boleh datangkan ujian dalam pelbagai bentuk. Kesenangan juga ujian bagi kita. Harta, anak dan isteri juga adalah suatu cubaan daripadaNya. firmanNya dalam surah al-Imran ayat 186, “kamu pasti akan diuji dengan hartamu dan dirimu”. Dalam ayat lain, “Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia, kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pnak, harat benda yang bertimbun, dari emas dan perak, kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatihdan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia, dan ingatlah, pada sisi Allah tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu syurga)”. (al-Imran:14). Hanya hamba-hambaNya yang bertaqwa akan redha pada ujian itu.
Mereka yang jauh daripada Allah, kurang mendampingiNya akan sering berkeluh kesah atas nasib yang menimpa. Ya, memang mudah bibir menyebut ‘sabar’ pada si penimpa. Namun, sebagai orang yang beriman, redha adalah sebaik-baik perkataan dan penerimaan agar diri sentiasa tenang dan percaya akan janjinya. FirmanNya, “.. Jika kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana boleh jadi kamu tidakk menyukai sesuatu. Padahal, Allah menjadikan kebaikan yang banyak baginya”(an- Nisa’:19). Allah lebih mengetahui apa yang terbaik bagi hamba-hambaNya kerana Dia yang menciptakan kita. Lalu, janganlah bersedih kerana kamu orang yang tinggi darjatnya. Mohonlah pada Allah snetiasa memakbulkan doa hamba-hambanya. Berfikirlah bahawa ada orang lain yang lebih berat ujian atasnya. Dan bersyukurlah kita dipilih oleh Allah menunjukkan kecintaanNya pada kita. Allah memilih kita berbanding hamba-hambaNya yang lain menunjukkan Allah ingat akan kita. “Berdoalah kepadaKu, nescaya Kuperkenankan padamu”. Wallahualam.
“… dan sesungguhnya Kami membalas orang-orang sabar dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan”. (an-Nahl:96).
No comments:
Post a Comment