Bismillahirahmanirahim...........
Ya Allah, rindu itu bertamu lagi
Aku rindukan mereka
Moga Engkau satukan hati-hati kami
pada jalanMu, pada perjuangan ini
Beri kami ketabahan Ya Allah
Agar kami mampu berjuang
Menempuh mehnah dan dugaan
badai dan ombak yang melanda
Ya Allah, rindu itu bertamu lagi
Semoga dia di sana bahagia
Moga dia sentiasa ceria
Dengan lafaz pujian kepadaMu
Lafaz rindu padaMu
Maha Kuasa Engkau
Lindungilah dia
Jagalah dia
kerana dia menjaga agamaMu
Kuatkanlah dia
Kerana sifat lemah kami ini
manusia, insan biasa
Ya Allah, rindu itu makin terasa
Jarak kami jauh
Dekatkan hati kami
Suara kami tidak kedengaran
Sampaikanlah ia
Tangan kami tak terhulur
Bantulah
Hanya Engkau perantara kami
Jadikan Kami hamba-hamba yang saling mencintai
KeranaMu
Ya Allah, semakin terasa derita jiwa ini
Aku tak mampu menanggung bebannya
Hanya doa
Doa sebagai senjata
Tempat merintih hamba2 Mu
Ya Allah
Bantulah dia
Kuatkanlah dia
Engkaulah sebaik2 penerima doa.......
Ya A'zim.........
No comments:
Post a Comment