Bismillahirahmanirahim..........
"Bila nak mati? Menyusahkan orang je". Itulah luahan rasa seorang pesakit di ruang yang aku jaga pada hari ini. Perasaan bercampur baur mendengar rintihan seorang bapa. Begitu tega anak dan isteri mengeluarkan kata-kata yang sebegitu rupa. Itukah hati seorang manusia? Mereka yang dianggap keluarga membuang dirinya hanya kerana sudah tidak berdaya. Tidak mampu untuk memberi kemewahan kerana sakit. Anak-anak mencemuh. Isteri menggunakan wang yang ada untuk keselesaan sendiri tanpa mempedulikan si suami yang merayu untuk dihantar ke hospital. Itukah lafaz janji kesetian seorang isteri. Itukah harga yang perlu dibayar oleh seorang bapa daripada anak-anak daripada benihnya?
Mungkin kesilapan bapa itu terlalu memanjakan anak-anak. Mengaburi mereka dengan wang dan harta. Semua kemahuan dituruti. Anak-anak tidak pernah kenal erti rotan. Buluh sudah tidak mampu dilentur. Mata tua itu mula berkaca. "Pak cik mintak diurutkan semua buat tak tahu. Ini balasan diaorang pada pak cik". Si tua itu masih bercerita. Ada nada sebak di dadanya. Isteri menggunakan wang simpanan untuk perhiasan diri. Pak cik dibiarkan. Tiada siapa yang peduli. Tiada siapa yang kisah dengan penyakitnya. Apalagi makan minumnya. "Ayah, nak makan ambik sendiri". Balas si anak. Begitu kasar. Terhiris lagi hati si bapa. Inikah harga yang perlu ayah terima atas kasih sayang yang diberi? Bagai ditikam.
Semua kehendak anak dituruti. Hendak kereta mewah dibelikan, lesen ayah bayarkan, semuanya lengkap dan sempurna. Baju, beg, semuanya duit ayah. Apa yang dibalas? Hanya dengusan dan cacian. Sedih. "Pak cik dapat penyakit ni sebab tekanan". Ya, tekanan daripada keluarga. Anak-anak dan isteri. Tiada ketenangan dalam hidup. Lafaz pernikahan untuk sehidup semati sudah hilang. Si tua itu merenung jauh. Merenung nasib diri. Hadirkah si anak yang berjanji untuk menjenguk setelah dipujuk untuk mengambil wang daripada si ayah itu?......
3 comments:
kesiannya pak cik tu..
tak patut anak2 n isterinya terutamanya buat mcm tu..
syurga seorg isteri bawah tapak kaki suaminya..
MasyaAllah, sakit bertambah2 dek kerana kata2 yg dilontarkan darah daging sendiri, moga Allah kurniakan ketenangan pd pak cik tersebut, nasihat dia banyakkan zikrullah..saat begini mmg dugaan.
"Cium dan peluklah ibu bapamu sebelum pelukan terakhir"
Allah sebaik-baik Pemberi Balasan.
to Zatil:
2 la Zatil... Sedih mendengornyer... tp, apakan daya bert mata memandang, bert lagi bahu memikulnye...
K.Ct:
Apa yang paling sedih akak, xnak solat pulak.. sush jugak.. Sakit, tapi xnak cari Tuhan..
Post a Comment