Bismillahirahmanirahim...........
Bersyukur padaNya atas kesempatan dan ruang buat aku menziarahi keluarga di kampung. Cuti seminggu seakan tidak kusedari dan aku hampir terlalai dengan keseronokan di rumah. Setelah bertungkus-lumus selama 1 bulan di UIA, baru kali ini aku berkesempatan untuk pulang. Kemeriahan terasa apabila semua sanak saudara turut sama bercuti sempena hari raya Cina. Terasa seakan menyambut hari raya aidilfitri. Allah masih memberi kesempatan pada kami untuk menjalinkan ukhwah antara keluarga. Syukur. Aku terpaksa pulang awal untuk menyiapkan tugasan yang bertimbun banyaknya. Lagi tinggal seminggu sebelum aku 'posting' untuk kali ke-2. Debaran semakin terasa kerana masih banyak yang belum aku mahir untuk praktikal kali ini. Masa yang berlalu seakan tidak disedari. tanggungjawab aku msih banyak yang belum dilunaskan. Masihkah ada waktu untuk itu?
Adik-adik belum dapat aku fahamkan semuanya tentang erti hidup di bumi ini. Mungkin belum terbuka hati mereka untuk menerimanya. Hanya doa yang mampu aku pohonkan. Susah untuk mentarbiah keluarga sendiri. Namun, itulah tugas kita yang faham. Mereka masih mencari ruang keseronokan di zaman muda. Kesal aku dengan sikap itu. Bagaimana boleh aku bantu mereka? Kami mampu bergurau dan berseronok, namun pada satu masa aku sedih dengan sikap dan tingkah laku. Jauhnya kami dari agamaMu.
Adik-adikku, ku tahu tiada yang membaca kerana ini hanya coretan biasa.
Aku cuba menjadi petunjuk padamu, agar kita sama-sama tidak terlelap dalam fana ini.
Aku juga insan biasa sepertimu, mahu ditegur dan mahu menegur.
Seperti yang aku kata, di sana dikau akan persoalkan di mana tugasku?
Aku tahu aku tidak mengerti keadaanmu, bukan tidak mahu tapi cuba untuk membaiki
Aku harap engkau sedari bahawa kita ini milik pemilik hakiki,
Punya tugas di sini, untuk dibawa ke sana, dunia abadi.
Andai engkau masih punya pengerti, bantu aku untuk membantumu,
sebolehnya seikhlas hati,
agar kita sama-sama nanti berjumpa di syurga abadi.
Itu yang ku pohon padamu adik-adik yang ku cintai.
2 comments:
kdang-kdang kita juga tjerumus dalam mngikut rentak org skeliling utk memahamkan mreka sperti mana kita fham (sdikit cuma)..moga Dia tdak m'biarkan kita hanyut..pnah praktikal d HTAA ke?sy pnah bkhidmat d hOsptital 2 sbagai 'vOlunteer'..hehe..stahun juga d sana..
Insyallah... harap2nya, begitulah.Dah keje nurse Amin.. memang kena posting kat HTAA. Buat apa kat HTAA??
Post a Comment