Monday, February 22, 2010

Ya Rasulullah...

Bismillahirahmanirahim...

Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar. Alhamdulillah, kekuasaan dan perancangan Allah menghantar risalah buat baginda Muhammad S.A.W memberi kenikmatan buat kita sebagai orang Islam. Sekarang, Islam sudah tersebar luas hingga seluruh pelusuk dunia. Baginda sudah lama meninggalkan kita. Jasa baginda terlalu agung untuk dibandingkan dengna seisi dunia. Kelahiran baginda membawa cahaya ke seluruh alam. Segala perhambaan kepada berhala berubah kepada Allah yang Maha Esa. Besarnya pengorbananmu ya Rasulullah.Dakwah baginda ditentang oleh orang-orang disekeliling termasuklah ahli keluarga sendiri. Baginda masih gagah untuk berdiri walapun pelbagai ujina yang menimpa. Kerana percaya pada janji Allah, baginda meninggalkan segala kemewahan demi agama tauhid yang satu. Tiada ganjaran buat hamba yang memeluk Islam kecuali syurga Allah yang kekal abadi. Bukannya harta atau takhta. Al-amin gelaran baginda atas sifat amanahnya. Peribadi yang tinggi menyebabkan baginda disanjung. Tutur kata yang terpuji menarik minat sesiapa sahaja untuk mendengar kalam-kalam Allah yang disampaikan. Hijrah baginda ke Madinah menyebarkan lagi ajaran Islam. Persaudaraan disatukan agar kerajaan Islam mampu dibina. Baginda amat cintakan kanak-kanak lebih-lebih lagi anak yatim. Wajahnya yang putih berseri memikat mata yang memandangnya. Kemhirannya dalam perniagaan memikat hati Khadijah lantas mempersuamikan baginda. Sesudah berumahtangga, tanggungjwab baginda masih pada ummatnya. Sifat pemaaf baginda terserlah di medan perang. Tawanan dibebaskan dan yang kufur kembali beriman. Ketabahan baginda sudah digilap sewaktu zaman kecilnya lagi. Kematian ayah dan ibu tercinta tidak pernah mematahkan semangat juangnya. Pekerjaan gembala kambing mendidik baginda menjadi seorang yang tabah. Warna- warni hidup baginda sentiasa berubah. Hasil perkongsian hidup, baginda dikurniakan 7 orang anak yang membantu baginda menyampaikan risalah. Permasalah ummat baginda tangani dengan bijaksana. Tidur baginda hanya pada pelepah tamar. Makanannya hanya buah tamar. Baginda rela menyedekahkan harta yang ada pada yang memerlukan. Tidak ada apa yang tinggal di rumah baginda. Di akhir hayatnya, baginda masih mengingati ummatnya. Bagindalah Muhammad b. Abdullah pesuruh agung. Nama baginda indah terukir di lembaran al-Quran sehingga kini.

Ya Rasulullah, kami cinta padamu....
kami rindu padamu....

No comments: