3 hari lagi akan tiba hari lahir ku. Memang awal-awal lagi dah tulis dalam jadual kerja nak minta cuti. Masa tu berfikir nak dapat apa pulak hari jadi kali ni. Alhamdulillah, dapat cuti dua hari, jumaat dan Sabtu.
Mungkin sebab dua hari, my hubby pun tanya nak bercuti ke Cameron ke? Sebab One of my list nak pergi lagi Cameron kalau ada peluang. Lama duk fikir. "Pergi tempat lain nak ke? Pulau ke?". Aku mengusulkan. Sambil-sambil dah siap mesej kawan tanya pakej bagai. Excited sendiri.. "panas la sekarang". Balas orang sebelah. "Pulak". Mengomel la sekejap dalam hati.
Esoknya, aku mesej husband cakap tak nak pergi mana-mana la weekend ni. Nak kumpul duit untuk pergi umrah dengan abang. Entah la. Bila dengar mak nak pergi umrah bulan 4 ni abang jadi nak sangat-sangat pergi. Tapi waktu dah singkat sangat. Kami pun takde persiapan yang cukup, duit, cuti. Tak boleh nak plan saat-saat akhir. Aku pujuk cakap kita pergi akhir tahun ye. Nampak sikit kekecewaan dia kat situ. Sebab tu lah, bila abang ajak pergi Cameron aku tolak. Untuk betul2 fokus nak buat umrah tahun ni kalau Allah izinkan. Aku mintak pada Allah, kalau belum ada rezeki anak tahun ni, bagi peluang kami jejak kaki ke tanah suci. Moga Allah izinkan.
Tapi, mari kita lihat apa akan jadi 3 hari lagi. Which is I also don't know what is planning by Him... Will be update soon. 😊
..:Sesungguhnya perjalanan seorang dai'e itu sangat panjang dan melelahkan. Ketika itu, orang lalai akan hairan melihat daie menyengsarakan diri dalam kelelahan & bertanya sampai bila kau akan melelahkan diri. Di jawab daie, sebenarnya, aku mengharap pengistirehatan (syurga)":.. al-Fawaid-Ibnu Qayyim
Tuesday, February 19, 2019
Sunday, February 3, 2019
Welcome 2019
Welcome 2019...
Azamnya 2017 nak update blog. Tapi, lain pulak perancanganNya. Untukbp permulaanya, banyak yang berubah. My life, my carrier. Alhamdulillah, atas segala nikmat Tuhan. Banyak yang ingin diecritdice. But, let's start with me.
me.
I'm now working at KPJ Perlis as staffnurse. Banyak sangat ujian dan getir di sana. Tapi, alhamdulillah dah setahun di KPJ. I am thinking of new place and environment, if Allah will InshaAllah. Terfikir nak sambung belajar semula, tapi masih mencari ruang dan peluang. Moga Allah izinkan.
Alhamdulillah, dah berpindah ke rumah baru. My husband house. Rasa lebih bebas. Boleh manage ikut masa dan keadaan kita. More than 6 months already. Masih menunggu rezeki untuk top up yang mana kurang. Mudah-mudahan ada rezeki dariNya. Rumah sederhana cukuplah untuk kami sekeluarga.
Seterusnya, masih menunggu cahaya mata kami. Kalau cakap bab ni memang akan bergenang air mata. 3 tahun menunggu Allah masih ingin menguji. Memang stress kalau nak pikirkan. We are trying our best. Bukan mudah nak berhadapan dengan soalan apalagi bermanis muka dengan semua apabila soalan anak ditanya. Perit lagi bila adik ipar dah ada anak. Yup. Husband anak sulung, memang keluarga mentua menanti orang baru. Tersentuh hati tengok semua orang berebut-rebut nak sambut baby baru. Menangis je la dalam hati. That we called life and journey . A lot to cries.
Kalau cakap bab anak, memang tiada kesudahan. Mohon doa semua ye. Semoga Allah makbulkan doa kalian yang membaca. Ameen. Semoga 2019 hadir cahaya dan kegembiraan dalam keluarga kami. Allah uji tanda sayang. Allah uji tanda orang beriman. Doa yang baik2...

Friday, March 31, 2017
Bulan baru,azam baru
"Tahun baru, azam baru". Ni cakap-cakap yang kita biasa dengarkan. Sekarang nak tukar sikit. "Bulan baru, azam baru". Haha.. Setiap bulan kena azam baru ke? Tak ade lah. Masih dengan azam yang mula-mula kita niatkan awal tahun dulu, cuma kita perbaharui niat kita. Mana tau ada terpesong ke sikit-sikit. Jadi, kita perbetulkan balik.
Untuk yang berazam nak pakai tudung labuh. Boleh mulakan perlahan-lahan. Jangan buat secara drastik. Biar kita benar-benar faham kenapa nak pakai tudung labuh. Jangan main ikut je. Penulis dulu pun berubah secara berperingkat. Mula-mula tudung biasa, kemudian, tudung bidang 45. Lepas tu, barulah tudung labuh (bidang 60). Sebab kita tak nak buat sebab orang lain buat. Orang lain pakai tudung labuh, kita pun pakai tudung labuh. Sampai masa, kita tukar pulak. Kita tak nak la jadi macam tu. Apa yang kita buat itu cantik dah. Tinggal, untuk istiqamah saja.
Jadi, meh la kita kenal-kenal dengan tudung yang penulis ada.
Easy Rossy.
* Mudah, hanya sarung saja.
* Terdapat dalam 10 pihan warna, pastinya akan membuat anda tertarik
* Didatangkan dengan 2 saiz, L dan XL
* Material daripada soft cotton lycra: inner, Chiffon panora: boddy.
Around the World
* Fabrik bermutu daripada Custom printed Panora chiffon
* Instant shawl dengan 2 muka, mudah untuk dipakai
*Awning lembut, sesuai untuk semua bentuk muka
* Terdapat 5 jenis corak
Mika exclusive
* Tudung instant 2 muka
* Tidak perlu digosok
* solat ready
* fabrik daripada printed panora silk Digital & cotton
Anda berminat, hubungi sekarang: 0133085332 (Farhana)
Tuesday, March 28, 2017
Anda mencari tudung labuh?
Anda peminat tudung
labuh?
Tak rugi pun kalau nak hadiahkan pada yang tersayang atau untuk koleksi sendiri.
Sekarang, tudung Mika printed tu tengah ada promosi tau. Jangan lepaskan peluang.
kalau berminat, hubungi saya: 0133085332 (Farhana)
#sayajualtudunglabuh
Permulaan 2017
Bismillahirahmanirahim.
Alhamdulillah, masih diberi peluang mengecapi nikmat hidup. 4 tahun tinggalkan blog. :). Hmm... macam-macam yang berlaku dalam 4 tahun ni. Yes, life always go on.
Untuk permulaan post bagi 2017 ni, walaupun dah nak masuk bulan 4 tapi takpe la. Hehe.. Aku nak cerita sikit pasal diri sendiri. Ye la, dah 4 tahun, mesti la banyak yang berubah. Termasuk la 'title' diri sendiri... Hehe..
Jadinya, aku ni dah kahwin for one year. Alhamdulillah, Lepas kerja di Al-Islam selama setahun, aku berhenti ikut suami balik Perlis. Bukan mudah nak duduk jauh-jauh ni. Hati tak cekal. Huhu.. Tapi, aku struggle jugak la dalam masa setahun ni untuk suaikan diri. Jauh daripada mak abah, duduk dengan mentua yang bukan rumah kita dan masih baru dalam alam perkahwinan. Depression juga la setahun. Dengan kemurungan yang melampau. Asyik 'mood swing' je.. Suami la jadi mangsa. Hehe. Tapi, alhamdulillah dapat suami yang penyabar. Aku cuba kuatkan semangat. Ye la, dengan kerja takde, pastu takde buat ape kt rumah ni, memang boleh jadi murung.
Bila start tahun 2017, aku cuba berubah perlahan-lahan. Sentiasa kuatkan diri. Sentiasa kuatkan azam nak berubah jadi lebih baik. Cara paling berkesan adalah 'I have a diary'. Segala perkataan-perkataan negetif aku salurkan ke dalam diari tersebut. Contengan-contengan dalam buku tu menjadikan aku tak la bebas sangat nak bercerita tak tentu hala. Nak luah tak tentu hala. It saved me at one point.
Kawan baik aku pun dah kahwin, Kina. hehe.. tak sangka pulak dia selepas aku. Moga Kinah bahagia selalu. Yang lain masih mencari dan bersabar. Ana doakan yang terbaik untuk sahabat-sahabat semua. Enjoy your single time. Sebab perkahwinan ni bukan semuanya manis. Dan kunci yang perlu ada adalah sabar..sabar...sabar... :)
Untuk masa sekarang, aku jadi agen jualan tudung secara 'online'. InshaAllah, post-post lepas ni akan banyak berkait dengan tudung sebab ini salah satu wadah aku untuk cari rezeki. Sebenarnya, kami (baca: aku dan suami) bermula dengan jualan kerepok lekor. Alhamdulillah, jualan sangat-sangat laku dan memberansangkan. Suami la banyak tolong jual dekat klinik dia. Eh, lupa pulak nak kenalkan encik suami. Hehe.. Lain post ye.
Kenkawan semua doakan la bisnes kami maju. Harapnya dapat la tampung serba sedikit umtuk rezeki kami kerana kami percaya rezeki itu milik Allah. Jangan sesekali putus harapan padanya. Rezeki Dia sangat la luas. Tinggal kita sahaja nak ambik ke tak nak.
Sekian dulu. Tunggu post lain. Terima kasih. Belanja gambar kawin sikit.

Wednesday, September 11, 2013
Sungguh, aku merindui kalian!
Bismillahirrahmanirahim........................
4 tahun di bumi Kuantan mencatat pelbagai nostalgia buatku. Suka, duka, pengalaman yang membina kematangan diri ini dan yang paling memberi kesan; nilai ukhwah yang sudah ditanam dan dibajai dengan subur. Hasilnya, kasih sayang yang terbina semakin mekar meskipun diri ini jauh di negeri sebelah. Sungguh, berjauhan itu perlu supaya kita mampu mengukur nilai ukwah itu. Bukan untuk menguji, sekadar mencari permata sejati.
Hidup menumpang di dalam gerakan mengetuk diri ini untuk mengenali diri. Manusia yang 'sedar diri' tahu akan tujuan penciptaan ini, pasti memperhambakan diri kepada tuan empunya dunia ini. Maka usrah yang diperkenalkan memandu diriku sepanjang kehidupanku di perantauan. Dibantu kakak-kakak (baca: naqibah) sungguh, jiwaku diisi. Tiada lafaz selain tahmid dan syukur atas pertemuan ini. Bibit-bibit perkenalan awal semuanya diatur oleh yang Maha Kuasa. Tidak pernah terlintas untuk mengikat persaudaraan ini melainkan semuanya sudah dicatur olehNya.
Kecekalan dan semangat mereka mengutuk diri ini yang kerap berbunyi tatkala beban kerja bertimbun-timbun. Sedangkan, mereka adalah manusia luar biasa. Jadual hidup sentiasa penuh dengan aktiviti keluarga, kerja dan masyarakat. Apa gelaran yang harus aku berikan buat mereka? Tiada istilah penat terbit daripada bibir-bibir mereka. Hanya lakaran senyuman, penuh ikhlas lahir dari riak wajah itu. Sungguh, setiap keringat yang lahir bakal menjadi saksi untuk mendapat anugerah dari Tuhan.
Buat sahabat-sahabat yang setia menjadi pendamping, sungguh aku merindui kalian. Mana mungkin memori itu akan aku padam biar penuh sekalipun, akanku tampung di 'drive' yang lain. kata-kata semangat tidak pernah padam walau aku tidak mampu menjadi pemberi terbaik. Sekadar menghulurkan telinga, menjadi pendengar atau sesekali meminjamkan bahu. Jaulah dan kembara kita akan menjadi cerita buat anak-anak dan cucu-cicit yang akan datang. Berkongsi air mata menjadi memeori terindah kita dan akan dipahat kemas dalam ingatan ini.
Adik-adik tidak pernah lepas dari ingatan ini. Celoteh dan ragam kalian menjadi penghibur diri ini, biar sesekali kenakalan itu datang bukan pada masa yang tepat. Aku menghargai kalian atas penerimaan diri yang kerdil ini sebagai kakak. Walau kita bukan lahir dari rahim yang sama, namun fikrah telah menyatukan kita di jalan ini. Teruskan perjuangan kerana kita penyambung rantaian dakwah. Andai tugas ini tidak digerakkan, sungguh rantaian itu akan putus. Namun, percayalah Islam akan terus tertegak meski tanpa kita. Doa sentiasa mengalir buat adik-adik sekalian. Kalian agen pengubah di bumi Kuantan!
Aku percaya tiada yang mampu memutuskan ikatan ini. Doa dan rindu akan sentiasa menjadi pengikat kasih sayang kita. Biar kita digelar 'majnun' atas rasa mahabbah ini. Sungguh, aku merindui kalian!
Sekitar Ijtima' Haraki WADAH-ABIM-PKPIM 2013
Wednesday, August 21, 2013
Matematik dan siri penyiasatan
Kedua-duanya menuntut akal untuk berfikir.
Natijahnya, kepuasan sebagai pingat kemenangan.
Sebagai pencinta matematik, bukan mudah mencari satu-satu penyelesaian untuk setiap persoalan yang hadir. Namun, semakin sukar persoalan untuk dirungkai, semakin teruja si calculus untuk menyelesaikannya. Matematik memerlukan si penjawab untuk terus bersabar dalam mengungkap persoalan yang hadir. Setiap persoalan punya formula sebagai kunci yang hadir dalam pelbagai bentuk penyelesaian. Hanya perlukan kunci yang betul untuk membuka kekusutan yang melingkar dalam setiap bait nombor yang terhidang. Matematik juga memerlukan seseorang untuk berfikir secara kritis. Pengakhiran jawapan kebanyakkannya memerlukan tiga hingga empat jalan penyelesaian. Sudah pasti, memerlukan si penjawab untuk menggunakan pelbagai kaedah dan jalan sebelum tiba ke garis penamat.
Begitu juga dengan siri penyiasatan.
Penyiasat bertindak untuk membongkar sesuatu permasalahan yang timbul. Kebiasaannya melibatkan kes-kes jenayah. Siri penyiasatan (seperti: CSI, Gallileo, Detective Conan), tidak wajar dilihat sebagai tayangan biasa-biasa sahaja. Setiap plot punya babak suspen untuk diteka oleh para penonton. Penonton diberi waktu untuk menjangka apa yang akan berlaku. Maklumat-maklumat yang ada menuntut penonton untuk mencerna sebaik-baiknya agar pengakhiran jalan cerita selari mengikut telahan yang dibuat.
Berfikir,
Kepuasan,
Pengakhiran kepada matematik dan siri penyiasatan.
Tuesday, June 25, 2013
Beringat sebelum kena
En. MI: Apa khabar En. diabetes?
En. Diabetes: Khabar baik En. MI.
En. MI: Lama tak nampak?
En. Diabetes: Biasa la En. MI. Bila tuan kita ni masuk hospital, paras gula kejap okey kejap tak okey. Itu yang saya pun tenggelam timbul.
En. MI: Owh, patut la.
Setelah masing-masing melayan perasaan seketika, En. Diabetes mulakan topik perbualan.
En. Diabetes: En. MI, teringin pulak saya nak tahu, En. MI ni asal dari mana ye? Setahu saya En. MI baru pindah ke rumah tuan kita kan? Cuba la cerita sikit asal usul En. MI ni. Walaupun kita duduk serumah, jarang kita boleh bersembang macam ni.
En. MI: Ye la En. Diabetes. Nama je berjiran, belum habis taaruf kita nampaknya.
En. MI menarik nafas panjang sebelum menyambung bicaranya.
En. MI: Sebelum saya pindah di sini, ayah saya sudah menghuni di sini. Lepas 3 tahun, saya ambil alih tugas dia. Maklum la, dah berumur dia waktu tu.
En. Diabetes: Macam mana ayah encik boleh datang ke sini?
En. MI: Tuan kita yang jemput. Masa tuan kita muda-muda dulu, dia selalu merokok. Perokok tegar lagi. Lagi satu, tuan kita ni tak jaga pemakanan sangat. Semua benda la dia bedal. KFC, Mc...McC.. Mc.. apa ke namanya?
En. Diabetes: McDonald ke?
En. MI: Ha, itulah dia. McDonald. Berbelit-belit lidah saya. Senang kata yang namanya apa ni... yang orang putih panggil tu.. ermmm.. 'fast food'. Hah, itulah yang dia suka.
En. Diabetes tergelak kecil melihat gelagat En. MI. Berusaha benar dia menyebut perkataan itu.
En. MI: Tuan kita ni pulak malas nak bersenam. Sibuk je memanjang. Kerja daripada pagi sampai malam. Sampai kesihatan sendiri pun tak di jaga.
En. MI termenung seketika.
En. Diabetes: Lepas tu?
En. Diabetes sudah tidak sabar mendengar sambungannya.
En. MI: En. Diabetes ni. Kalau ye pun, buatkanlah saya segelas air. Penat nak bercerita ni.
En. MI menunjukkan riak kepenatan. Bergegas En. Diabetes membancuhkan segelas milo. Terus, En. MI meneguk air di hadapannya.
En. Diabetes: Milo O kurang gula. Tuan kita pun dah pandai minum ni sekarang.
Gembira En. Diabetes menerangkan.
En. Diabetes: Lepas tu?
Terkebil-kebil En. diabetes menunggu sambungan cerita En. MI.
En. MI: Alhamdulillah. Sedap air En. Diabetes. Pada suatu hari, tuan kita rasa macam tak sedap badan. Tiba-tiba je rasa sakit dada. Tuan kita cuba urut-urut, letak minyak. Lepas 10 minit, dia okey.
En. Diabetes: Dia tak pergi jumpa doktor ke?
Pantas En. Diabetes memotong.
En. MI: Tuan kita ingat sakit biasa-biasa je. Sebab sakit tu datang kejap-kejap je. Tapi, kerap kali juga sakit dada tu datang. Kadang-kadang sampai ke belakang bahu. Sampai berpeluh-peluh tuan kita. Dia kata rasa macam ada orang himpit dadanya. Kadang-kadang tuan kita rasa pening-pening. Selalu saja tuan kita mengadu penat.
En. Diabetes: Kesian ye tuan kita.
En. MI: Bila pergi klinik, doktor cakap itu 'angina pectoris'.
En. Diabetes: Apa tu?
En. MI: 'Angina pectoris' tu sakit dada la. Ia disebabkan kurangnya oksigen yang sampai ke jantung. 'Dalam bahasa sains kita panggil 'angina pecoris'. Doktor pun bagi ubat 'glyceryl trinitrate'.
En. Diabetes ternganga mendengar istilah-istilah baru yang diungkapkan oleh En. MI. Dalam hatinya terbit rasa kagum dengan En. MI.
'Tadi bukan main susah nak sebut perkataan orang putih. Ni macam air je'. Bisik hati kecil En. Diabetes.
En. Diabetes: Hebat juga ye En. MI. Berabut 'speaking London'. Hehe..
En. MI: Ayah saya selalu cerita. Macam mana saya boleh lupa.
Tersenyum En. MI mendengar pujian En. Diabetes. Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
En. Diabetes: Ermm... En. MI, 'glyceryl trinitrate' tu apa?
En. MI: Owh, 'glyceril trinitrate' tu nama ubat untuk kurangkan sakit dada. Ia berfungsi dengan membesarkan salur darah supaya lebih banyak oksigen boleh dihantar.
En. Diabetes: Ooooo....
Mengangguk En. Diabetes mendengar penjelasan daripada En. MI.
En. MI: Nak dengar lagi ke tak cerita saya ni?
En. Diabetes: Eh, mesti la nak En. MI. Belum sampai klimaks lagi.
Berseri-seri wajah En. Diabetes. En. MI membetulkan kaca matanya.
En. MI: Bila dah beberapa kali tuan kita macam tu, terpaksalah ayah saya datang. Bila ayah saya datang, lagi teruk tuan kita tu. Sampai tak boleh bernafas. Terpaksalah masuk hospital. Doktor terpaksa bagi oksigen. Bila keluar hospital, banyak ubat yang doktor bagi macam 'simvastatin', 'aspirin', dan macam-macam lagi. Doktor nasihatkan tuan kita untuk berehat dan jaga pemakanan.
En. Diabetes: Teruk juga ye tuan kita. Mesti doktor juga minta tuan kita berhenti merokok?
En. MI: Itu sudah pasti. Itu faktor utama tuan kita kena penyakit ni.
En. Diabetes: Macam mana pula En. MI boleh pindah ke sini?
En. Diabetes masih menuntut penjelasan. Setelah meneguk dua, tiga kali milo di gelas, En. MI menyambung bicaranya.
En. MI: Ayah saya minta gantikan tempatnya. Bila keadaan jantung tuan kita dah teruk sangat, ayah minta saya datang sebab dia pun tak mampu nak jaga tuan kita. Masa tu sel-sel jantung dah mati sebab kurang sangat oksigen sampai dekat sel. Tuan kita terpaksa masuk lagi ke hospital. Doktor bercadang nak buat 'percuteneous coronary intervention'.
En. Diabetes: Apa tu En. MI? Pelik benar bunyinya.
En. MI: Itu adalah satu kaedah untuk merawat sakit tuan kita. Doktor akan letak satu gegelung dalam salur darah tuan kita. Gegelung tu membantu untuk memecahkan sumbatan di jantung tuan kita dan mengelakkan penyumbatan kolesterol.
En. Diabetes: Owh, macam tu. Masa ayah En. MI datang, macam mana keadaan tuan kita ye?
En. MI: Masa tu jantung dia dah tersumbat teruk.
En. Diabetes: Lepas ni, En. MI akan ke mana?
En. Diabetes bertanya inginkan kepastian.
En. MI: Entah la. Mungkin saya akan pulang ke kampung selepas rawatan tuan kita selesai. Khidmat saya sudah tidak diperlukan lagi waktu tu.
En. Diabetes: Turun temurun ye En. MI dan keluarga di sini. Dah lama bersembang, lupa pula nak tanya, apa nama penuh En. MI ye?
En. MI: Myocardial infarction bin Ischemic.
..........................................................................tamat..............................................................................

Thursday, June 20, 2013
Yaqin
Keyakinan dalam hati ini berpunca daripada ilmu. Iman menetap dalam hati manusia yang sedar akan hakikat dirinya dan Tuhannya. Keyakinan bahawa Allah adalah Tuhannya yang sebenar dan tiada Tuhan selainNya. Keyakinan ini hanya wujud dalam hati setelah tiada keraguan dalam hati dan fikiran seseorang. Pada tahap inilah seseorang itu bersaksi dan membuat pengakuan tentang sesuatu kebenaran. Tentang Tuhan sebenar, tentang hakikat diri sebagai hambaNya. kesaksian dilakukan setelah seseorang itu pasti (yaqin) tentang sesuatu hakikat. Seseorang itu hanya sampai pada tahap yakin apabila ia mendapat dan dianugerahkan ilmu yang menjadi cahaya (nur) yang membuang kegelapan dan keraguan dan membawanya kepada kepastian (certainty). Ketika cahaya ilmu datang maka tiada tempat dalam hatinya bagi keraguan. Apabila disebut hati (al-qalb) di sini tidak bermaksud substansi rohani yang berbeza dan terasing dari akal. Ia sebenarnya suatu kesatuan yang memiliki aspek-aspek yang berbeza dilihat dari sudut yang berbeza. Walaupun ilmu diterima melalui akal fikiran tetapi ianya akan menetap di dalam kalbu. Seseorang itu hanya akan dianggap berilmu setelah ilmu diterima oleh jiwanya (al-nafs) atau jiwanya tiba kepada makna, yang merupakan maksud dan intipati ilmu. Ketika inilah seseorang yang menyakini apa yang diterimanya sebagai benar.
Keyakinan timbul setelah seseorang mendapatkan ilmu yang disokong oleh bukti yang kukuh sehingga tidak menimbulkan keraguan dalam hatinya tentang sesuatu kebenaran. Sebagaimana yang dinyatakan dia atas Bukti yang diperlukan seseorang untuk sampai kepada yakin tidak semestinya bersifat empirik. sesuatu yang empirik hanya diperlukan untuk membuktikan sesuatu yang hanya dapat ditangkap oleh pancaindera. hal yang berkaitan dengan kewujudan Tuhan dan alam ghaib tidak memerlukan bukti empirik, tetapi cukup dengan bukti rasional/akliah kerana ia berada di luar kemampuan panca indera. Bukti rasional ini kemuadian di kuatkan dengan kewujudan mu'jizat (al-quran)sudah cukup bagi seorang mukmin untuk menyakini kebenaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Namun tidak semua orang dapat melihat dan menyedari pembuktian tersebut sehingga ramai yang kekal dalam keraguan, kejahilan dan kekafiran.
Iman dicapai oleh manusia dengan pilihannya sendiri. Seseorang yang dianggap benar-benar beriman ketika dia memiliki pilihan untuk tidak beriman. Manusia yang beriman tanpa pilihan (dipaksa) tidak boleh dianggap sebagai benar-benar beriman, kerana al-quran menggariskan la ikhraha fi al-din, tiada paksaan dalam agama. Beriman ketika nazak juga bukan pilihan. Oleh yang demikian, sebagaimana ditegaskan dalam al-Quran, keimanan dan taubat Fir'aun di saat-saat akhir hanyatnya tidak diterima Allah subhanallah Taala keraa balasan telah pun datang. Namun demikian, Rasulullah menempelak seorang sahabat yang membunuh orang kafir yang mengaku beriman ketika kalah dalam peperangan. Ia adalah tindakan yang tidak dibenarkan kerana tiada manusia yang tahu pasti apa yang tersembunyi di dalam hati orang itu. Ia telah menafikan keminan seseorang sedangkan hanya Allah sahaja yang tahu dan memutuskan sama ada ia benar-benar beriman ataupun hanya berpura-pura untuk menyelamatkan diri.
Lebih dari itu, perkataan iman dalam bahasa Arab memiliki hubungan rapat dengan perkataan al-aman iaitu keamanan. Al-aman bermaksud kedamaian, ketenangan dan keamanan. keyakinan dan kepastian akan membawa seseorang kepada ketenangan dan kedamaian. Ketenangan hati yang hanya dapat di rasa apabila ia tahu pasti tentang kebenaran. Maka oleh yang demikian, ia terhindar dari sifat gudah gulana, keragu-raguan, kerisauan tentang masa depan. Pada tahap ini, iaitu pada tahap 'ilm al-yaqin, jiwanya menjadi tenang, tidak goyah dan merasa cukup, cukup bukti, cukup jawapan sehingga tiada persoalan yang terngiang-ngiang di fikirannya meskipun banyak yang tidak diketahuinya. Sehingga, seperti disebutkan oleh imam al-Ghazali, iman seseorang tidak akan goyah walaupun terdapat orang yang dapat merubah keyakinannya. Kerana ilmu yang sampai kepadanya sudah cukup baginya untuk sampai kepada tahap yakin. Maka yang penting bagi seseorang manusia agar memperolehi iman adalah ilmu. Maka dari itu iman bukan berpunca daripada dogma, bukan juga dari indoktrinasi. Iman dan kejahilan juga tidak dapat bertemu. Justeru, kejahilanlah yang menghalang seseorang daripada iman dan kejahilan jugalah yang membuat seseorang itu tidak kekal dalam kepercayaanya yang batil. Apabila seseorang itu mengaku beriman sedangkan ia jahil maka sebenarnya iman belum masuk ke dalam hatinya.
Islam dan Pluralisme Agama,
Khalif Muammar, 2013.

Tuesday, June 18, 2013
Hakikat Kematian.
"Aku buntulah Mira". Syauqi memandang jauh ke
tengah bandar. Bangunan berkembar itu berkilau disimbah cahaya mentari.
"Syauqi, kau kena terima hakikat tu. Belajar untuk
menjadi kuat". Amira memeluk tubuhnya. Tudungnya meliuk-liuk seakan
menari mengikut rentak angin. Angin yang datang bersama sebuah lagu untuk
ditarikan.
Syauqi diam membisa. 'We just can do our part. We are not
God. This is life. People will come and go. And death is one part of it.
Remembered that!'. Ungkapan yang dilontarkan Prof. Shamsul seakan menikan mati
jantungnya.Kali ini air matanya sudah tidak mampu ditahan. Dia berlari
meninggalkan Amira sendirian.
"Shauqi! Shauqi!" Hanya jeritan Amira yang bergema
saat itu. Namun, sementara ia hilang dalam kebingitan kota metropolitan itu.
...............................................................................................................................................................
Bayi itu di pandangnya lama. Melihatkan tubuh si kecil itu
dipenuhi wayar yang berseliratan, hatinya mula runtun. Syauqi semakin
menghampiri si kecil itu.
"Dia berusaha sekerasnya untuk hidup. He's trying
himself to survive. Instead, I do nothing here". Walaupun perlahan, Amira
mampu menangkap setiap butir bicara yang diungkapkan oleh Syauqi. Amira menghabiskan
laporan di dalam 'case note' pesakit yang baru selesai diperiksanya.
"I think you are too emotion, Syauqi. You are not the
same person as before". Amira merenung tajam.
Shauqi masih membutu. Entah kenapa emosinya agak terusik
dalam beberapa hari ini. Dia sendiri pun kurang sedar semenjak bila dia menjadi
seorang yang sangat beremosi.
"I thought that Shauqi was very strong and
determination person. But, maybe, I am wrong". Amira mula meninggikan
suara. Penat dia melihatkan perubahan yang tidak dijangka pada Shauqi. Shauqi
yang dikenalinya tidak pernah begitu. Sangat serius dalam semua perkara. Apatah
lagi dalam karier yang baru dibinanya.
“You see his breath. He’s struggling”. Bersungguh Shauqi
menjelaskan tanpa mengendahkan setiap patah yang dikatakan oleh Amira. Amira
tersenyum kelat.
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
“Amira, what’s wrong with him?. Aunty tengok sejak beberapa
hari ini dia tak terurus. Makan pun tak nak. Asyik dengan laptop dia je. Balik
kerja, terus berkurung dalam bilik. Bila aunty tanye, dia cakap tak ada
apa-apa. Risau aunty”. Puan Diana membawa dulang ke ruang tamu. Haruman kopi memenuhi
ruang tamu.
Amira tanpa dipelawa terus meneguk kopi yang masih berasap.
Dia juga buntu. “Entah la aunty. Mira sendiri pun kurang pasti. Sejak
kebelakangan ni dia agak sensitif. Asyik bercakap pasal Daniel”. Amira
membetulkan duduknya. Karipap yang terhidang hanya dipandang kosong.
“Daniel?”. Puan Diana sedikit menjerit. Rasanya, baru pertama
kali dia mendengar nama itu. Siapa pula Daniel dalam kehidupan Shauqi. ‘Shauqi
ada bergaduh dengan sape-sape ke?’. Seingatnya Shauqi tidak pernah berbuat yang
bukan-bukan. Apatah lagi, jika melibatkan perkara-perkara yang tidak sepatutnya.
Amira mengangguk lemah. Kaca matanya dibuka. Amira meraup
wajahnya berulang kali. Dirinya masih penat selepas seharian berada di wad.
Semalam dia ‘on call’. Nasib sahaja dia bercuti hari ini. Dia turutkan kemahuan
Puan Diana untuk ke rumahnya. Katanya tentang Shauqi. Jika ikutkan hati, mahu
sahaja dia berehat-rehat di rumah.
“Daniel tu bayi berusia 3 bulan. Dia disahkan menghidap
penyakit jantung. ‘Dilated cardiomyopathy’. Jantungnya lemah dan membesar. Tapi, setakat ni kami tak mampu buat apa-apa”.
Amira membuka cerita.
“Teruk sangat ke budak tu? Tak boleh ‘operate’?”. Teruja
dengan cerita yang baru didengarnya.
Amira menggeleng. “Lagipun, budak tu ada ‘coronary artery
aneurysm’, pembengkakkan pada salur darah. Kalau ‘operate’ pun, tak boleh nak ‘survive’
dalam dewan bedah”. Amira mengeluh kecil.
Puan Diana bersandar lemah. “Astarfighrullahal a'zim”. Hanya lafaz
itu yang mampu keluar dari mulutnya saat itu. Dia mengurut dadanya lemah.
“Amira, terima kasih ye. Aunty akan cuba nasihatkan Shauqi,
insyallah”. Puan Diana menuntun Amira ke kereta.
“Terima kasih juga aunty. Sekarang saya tahu kenapa Shauqi
macam tu. Saya juga akan cuba nasihatkan dia. Aunty doakan ye”. Amira
menggengam erat tangan Puan Diana. Baginya, Puan Diana sudah seperti ibu kandungnya
sendiri. Dia sudah mengenali wanita itu sejak dia di universiti lagi ketika
bersama-sama kuliah bersama Shauqi. Baginya, wanita itu sangat cekal tanpa
seorang suami di sisi.
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
“Amira, how was your patient?”. Farida membuka topik perbualan
pagi itu.
“She’s in hallucination stage. Might be refer to
psychiatrist”. Amira menyuap bihun goreng ke mulutnya.
“ GERD? (Gastroesopahgeal Reflux Disease)”. Farida
mengangkat keningnya.
“Had well treated”. Amira menjawab senada. Fikirannya
menerawang.
“I thought that she can be discharge. But, when Dr. Hamid
told that the patient continue talking alone, I predicted the same result as
today. No wonders”. Farida menghabiskan sisa-sisa nasi di pinggannya.
“How about Shuaqi?”. Amira berhenti menyuap.
Dia memandang Farida lama. “Asal kau pandang aku macam tu?.
Meremang bulu roma. Aku tanye je la”. Farida mencebik.
“Hurm…”. Amira sedikit mengeluh. Dia menyambung suapannya
yang terhenti.
“Hey, I’m waiting.”. Farida sedikit menjerit.
“His past story.”. Lama Amira diam. “Sebab ayah dia”.
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
“Staffnurse, nanti bagi pak cik ni ubat ‘atenolol, 50 mg’.
Then, review the blood pressure level”. Amira mengisi preskripsi ubat di kaunter. Dia tergesa-gesa
memandang jam di tangannya. Lagi 10 minit pukul 3. Dia perlu bergegas. Dia masih
belum menunaikan kewajipan yang satu itu. Sesibuk mana pun, dia akan pastikan
dirinya bersolat.
Ketika keluar daripada masjid, Amira seakan mengenali satu
susuk tubuh di hadapannya. Dia berjalan perlahan menghampirinya. “Shauqi”.
Wajah itu berpaling. Mukanya nampak muram. “He had died”.
Dari kaca mata itu, manik-manik kecil jatuh berguguran.
“Ibunya?”. Amira melanjutkan pertanyaan.
Shauqi sudah tidak mampu berkata. Dia hanya mampu memandang
awan tanpa jawapan.Guruh mula berdetum memberi satu tanda bumi bakal dibasahi.
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
“Puan, takziah ye. Banyakkan bersabar. Allah sayangkan dia
lagi”. Amira memeluk erat bahu ibu itu. Air mata itu sudah kering. Dia tidak
mampu menangis lagi. Dirinya sendiri sudah di papah. Sudah beberapa kali diri
itu pensan melihatkan jenazah si kecil dimandi, dikafan dan dikebumikan. Hanya
Allah sahaja yang tahu perasaannya saat itu.
‘Moga engkau tenang di sana. Dirimu milik Tuhan dan seruanNya telah tiba’. Sayu hati Shauqi berbisik. ‘Allah… Allah..’. Bergetar rasa
hatinya saat melafazkan kalimah itu.
“Dr. Shauqi, terima kasih atas segalanya. Mak cik redha atas
pemergian Danial. Allah lebih sayangkan dia”. Ibu tua itu masih memegang erat
anak perempuannya. Risau badan itu akan terjelupuk lagi.
“Minta maaf mak cik. Saya tak dapat buat apa-apa. Saya tak
dapat selamatkan Danial. Itu salah saya”. Shauqi cuba menahan sebak. Dirinya
sendiri sudah tidak mampu menangis. Sepanjang menjaga Danial, hanya air mata
yang jadi penemannya.
“Allah lebih tahu apa yang terbaik buat hambanya. Kita hanya
mampu berusaha, bertawakal. Selebihnya, atas keputusan Dia. Dr. Shauqi jangan rasa
bersalah. Tak ada siapa yang inginkan pengakhirannya begini. Ini sunnatullah.
Ada kehidupan, sudah pasti ada kematiankan?”. Sejuk sedikit hati Shauqi dengan
bicara yang meresap di dadanya. Bagai dituang air sejuk ke dadanya.
Shauqi mengangguk lemah. Wajah tua itu dipandang sayu. Wajah
itu tenang menerima berita kematian cucunya. Hanya lafaz innalillah terzahir di
mulutnya.
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
“Aku redha Mira. Setiap permulaan pasti ada pengakhiran. Setiap
kehidupan, pasti ada kematian”. Shauqi tersenyum.
Amira seakan terperanjat mendengar luahan Shauqi. ‘Hari tu
menangis tak ingat dunia. Hari ni jumpa, terus cakap redha. Apa kena budak ni’.
Dia sendiri menjadi kaget. Amira menggaru kepalanya yang tidak gatal.
Lama membisu, Shauqi menyambung bicaranya. “Benar kata Mak
Ton, Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hambanya. Mira, kata-kata Mak Ton
sangat terkesan. Dia menyedarkan aku bahawa diri ini hanya hamba. Bukan Tuhan.
Bukan yang menciptakan, mahupun mematikan. Hidup ini ada sunnatullah. Ada
undang-undang kehidupan. Berdosanya aku kerana tidak redha dengan hakikat
kematian”. Shauqi menarik nafas panjang. Amira masih membisu. Memberi ruang
kepada Shauqi untuk melepaskan apa yang terbuku di hati.
“Dulu, waktu arwah abah meninggal, aku salahkan takdir. Aku selalu
berkira-kira kenapa Tuhan tidak adil pada aku dan mama. Kenapa Allah ambik abah.
Kesian mama. Penat lelah dia membesarkan aku sendiri. Disebabkan kami tidak
berduit, kos rawatan abah tidak mampu ditanggung. Akhirnya, abah pergi setelah
4 tahun menderita penyakit buah pinggang”. Suara Shauqi mula tersekat-sekat.
“Sejak itu, aku tekad untuk belajar bersungguh-sungguh
supaya boleh berbakti pada mama dan masyarakat. Niat aku hanya satu, membantu mereka
yang tidak berdaya. Bagi aku, tiada apa yang tidak boleh disembuhkan melainkan
seorang doktor itu tidak mahu membantu. Itu yang terjadi pada arwah abah. Dia sangat
memerlukan hemodialysis saat itu. Tapi, tiada seorang doktor pun yang
bersungguh-sungguh merawat abah sehingga kematiannya. Tiada seorang pun
menawarkan solusi. Semuanya hanya berbicara soal duit rawatan sehingga mama
sendiri terpaksa meminjam”. Amira tidak berani menyampuk. Hanya menjadi
pendengar setia saat itu.
“Ketika menerima kes Danial, aku sedayanya mencari
penyelesaian. Setelah pulang bekerja, aku mecari maklumat tentang penyakit dan
intervensi yang boleh dilakukan. Aku pasti dia mampu untuk disembuhkan. Ketika aku
mencadangkan agar Danial dibedah, Prof Shamsul membantah. Katanya, ia terlalu
berisiko untuk Danial. Sehingga aku bertekak beberapa kali dengan beliau”.
Shauqi cuba mengimbas kembali apa yang terjadi antara dia dan Prof Shamsul. Sehingga
ke hari ini dia bermasam muka dengan doktor itu demi Danial. Baginya, jika
belum mencuba sudah tentu belum nampak hasilnya.
“Keputusan Prof betulkan?”. Amira meminta pandangan.
Shauqi tersenyum mengangguk. “I forgot that I am the intern.
I am still learning. Yang paling penting, aku lupa sunnatullah Tuhan. Prof Shamsul was right. He was super duper senior. Of
course he won’ t let the patient die too”.
“You are right Shauqi”. Entah dari mana suara itu tiba-tiba
muncul.
“Eh, Prof”. Amira terus kaget. Dia terus berdiri. Shauqi
juga melakukan hal yang sama.
“Prof dari mana?”. Satu soalan terpancul daripada mulut
Shauqi. Prof. Shamsul hanya mampu ketawa melihat telatah mereka berdua.
“Have a seat”. Professor Shamsul memesan segelas milo panas
dan kuih koci. Shauqi menarik kembali kerusi.
“Pasal kejadian hari tu, saya minta maaf prof”. Shauqi
menunduk, memandang lantai. Amira masih membisu. Tidak tahu apa yang harus
dibicarakan.
Professor Shamsul hanya tersenyum. Keringat kecil mula
terbit di celah dahi Shauqi. Badannya mula terasa hangat. Tidak mampu rasanya
dia memandang professor itu.
“Shauqi, to be a doctor is just not to have the sense of
helping human, but also the sense of belonging to God. Rasa bertuhan itu akan
memandu tingkah laku kita. How we should act or response to one condition. Saya
pernah berada di posisi awak. Setiap hari saya berdepan dengan kematian. Sedangkan
saat itu, saya tidak mampu lakukan apa-apa untuk selamatkan mereka. In fact, I am
a doctor. I keep querying why I am here if I cannot save the people. Then, I realized
that I’m not the God. Saya mengerti
hakikat itu bahawa saya bukan Tuhan. Bukan saya yang menyembuhkan mereka. Bukan
saya yang menyelamatkan mereka. Bahkan, Dia Allah yang Maha Menyembuhkan”. Prof
Shamsul berhenti seketika ketika pesanan tiba.
“Saat itu saya belajar hakikat yang saya ini hanya hamba. Hamba
yang tidak punya kuasa. We are not the magician. I have no God’s hand. Saya juga
bukan ahli sihir”. Bersinar-sinar mata Shauqi mendengar kuliah ringkas daripada
Prof. Shamsul. Dia juga tidak pernah menyedari hakikat itu.
“Lantas, apa yang perlu saya buat sekarang prof?”. Tanya
Shauqi.
“Kembalilah pada Dia. Hidup kita ni pun sekejap saja. Kita
pun akan menyusul selepas Danial. Cuma, tidak tahu bila. Shauqi, belajarlah
hakikat kematian. Sesungguhnya, ia pasti. Itu pegangan kita sebagai umat Islam.
Itu akidah kita”. Professor Shamsul meneguk air di gelasnya. Shauqi menelan air
liur lambat-lambat. Dalam hatinya dia menanam satu azam.
……………………………………………………………….Tamat………………………………………………………………………………….
Sunday, June 2, 2013
KehiDupaN ItU...
Kehidupan ini suatu jalan yang panjang,
Terkadang engkau buntu mencari di mana titik pengakhiran,
Terkadang engkau tersasar dalam memilih persimpangan,
Namun, liku-liku itu menjadikan engkau seorang juang,
Memcelikkan engkau dari jalan kebutaan,
Membangunkan engkau tika kejatuhan.
Kehidupan itu terkadang amat perit,
Terkadang ada duka yang terpalit,
Fitrahnya begitu sebuah kehidupan,
Namun, gula-gula kemanisan itu tetap ada,
Pada citra suka dan duka,
Punya puisi dan seloka,
punya gurindam sebagai latar belakangnya.
Kehidupan itu adalah suatu nikmat,
Anugerah Tuhan penuh rahmat,
hanya menunggu dicari hikmat,
Pinjaman yang bukan bersifat sia-sia,
Apatah lagi ia hanya sementara,
Untuk kita yang bergelar hamba,
Bersama tugas dan tanggungjawab untuk dilaksana.
Hadirnya kehidupan untuk dicorakkan,
Bukan calitan atas dasar nafsu,
Tapi warna-warna sabar dan jihad menunggu untuk dipadu,
Supaya kanvas yang terhasil itu bermutu,
Untuk melihat Islam terus maju.
Kehidupan bakal menjadi persaksian,
Setiap tingkah laku dan juga pertuturan,
Semua akan dituntut pembelaan,
Di padang mahsyar kes dibicarakan,
Menanti waktu untuk perhitungan.
Benar kehidupan itu sementara,
Manfaatkanlah waktu yang tersedia ada,
Hadir kita menumpang sahaja,
Menunggu waktu untuk teruskan kembara,
Bukan di sini, tetapi di akhirat sana .
Menanti sebuah kehidupan baru..... Mungkin bukan di dunia, tetapi di akhirat sana.... ALlahumma Amin.

Sunday, March 10, 2013
Kembara di Bumi Borneo...Bhgn 1
Bagi aku kembara ini bukan yang biasa-biasa. Perjalanan
selama 10 hari mencetuskan rasa kesedaran yang tinggi. Apalagi rasa keinsafan
dan syukur sebagai seorang hamba yang cukup segala-galanya. Meninjau kehidupan masyarakat
yang serba kekurangan dan mendampingi adik-adik yang faham nilai dakwah sudah
pasti satu pengalaman yang tidak mampu dikongsi hanya pada lembaran ini.
Perjalanan bersama 8 sahabat yang lain punya suka dan duka yang kami kongsi
bersama. Nawaitu menjadi pegangan kuat kami dalam perjalanan kembara ini
Adik-adik berbincang
Sempat bergambar sebelum program berakhir
Bacaan doa oleh Bui sebelum berangkat
16 Januari 2013
Persiapan terakhir
Aku sibuk menyusun baki-baki terakhir barangan yang harus
dibawa ke Sabah. Menyusun setiap pakaian kemas di dalam beg yang dikongsi
bersama Bada. Sedikit risau. Bimbang muatan kami berlebihan. Seperti yang
dijanji, kami berempat bertemu di ‘musolla cf sis’. Setiap beg perlu ditimbang
supaya muatan tidak berlebihan. Ketika husna tiba, aku kaget melihat bagasi
yang dibawa. Penuh. Dengan menggaru
kepala, aku kembali menyusun baju-bajunya yang perlu untuk dibawa. Separuhnya,
terpaksa dibawa balik ke bilik. Sementara menanti jam 2 pagi untuk bertolak,
aku, Ina, Bada dan Una rancak berborak untuk lebih mengenali masing-masing.
Proses ‘ice-breaking’ sedang berjalan dengan baik. Kami turut ditemani Su,
K.Ira dan Mira yang sudi mengiringi perjalanan kami. Una berkongsi cerita yang
selama dia tinggal di asrama, ibunya yang akan menyusun beg bajunya. Kami
tergelak mendengar celoteh Una. ‘Patut la aku terpaksa kemaskan balik baju-baju
Una’. Suara hati berbisik. ‘Brothers’
sudah siap dengan beg masing-masing dan menanti di luar surau. Borak mereka
ditemani suara-suara cengkerik yang turut berjaga menunggu keberangkatan kami
barangkali.
Pelukan semangat
Sebelum bergerak, Bui yang turut menjadi penumpang kami
malam itu mengetuai bacaan doa. Kemudiannya, Semua barang siap dimasukkan ke
dalam van. Sebelum menaiki van, kami mendapat pelukan dan kata-kata semangat
daripada sahabat-sahabat yang mengiringi. Tika tubuh dirangkul, rembesan panas
mula mengalir di pipi. Sebak memikirkan tanggungawab yang harus dipikul. Sedih
kerana mereka tidak dapat bersama-sama dengan rombongan SOP kali ini. Su dan
K.Ira antara penggerak yang seharusnya turut serta bersama rombongan ini.
Namun, Allah inginkan perancangan yang lain buat mereka. Atas kekangan
masing-masing, semua terpaksa menarik diri di saat-saat terakhir. Lambaian
mereka jauh menghantar kami ke jalanan. Masing-masing membisu melayan lamunan.
Hanya deruan enjin yang kedengaran saat itu. Fikiran menerawang teringatkan
Syuk. Seperti Su dan K.ira, Syuk terpaksa batalkan niat untuk ke Sabah. Baru
petang tadi, dia mendapat khabar opahnya tenat. Hati mana yang tak keruan saat
semuanya sudah dirancang, namun terpaksa menarik diri di saat terakhir. Bagi
aku, itu adalah pengorbanan yang besar yang perlu dilakukan. ‘Allah sedang
melihatmu Syuk’. Beban di bahu makin
berat pada aku dan Ina. Kami adalah penggerak awal SOP yang perlu membawa
adik-adik ke Sabah. Walaupun tugas ketua diserahkan pada Afiq, aku dan Ina
masih terasa bebananya kerana kami
sendiri tidak dapat menjangka apa yang akan berlaku di sana. Hati terdetik, apa
lagi rencana Tuhan untuk menghantar aku ke Sabah, di saat sahabat-sahabat yang
lain tidak mampu untuk turut serta dalam ekspedisi kali ini.
Sempat lelap sementara menunggu a.Rizal
Penantian yang panjang
Kami tiba di LCCT pada jam 5.30 pagi. Penerbangan ke Kota
Kinabalu adalah pada pukul 10.40 pagi. Ketika matahari menjenguk, masing-masing
berkeliaran mencari makanan. Perut mula berbunyi minta diisi. Harga makanan
yang mahal memaksa kami mengalas perut dengan roti dan jem yang dibawa. Asma’
tiba ketika kami sibuk menimbang bagasi. Asma’ daripada UIA Gombak turut
bersama kami untuk menyampaikan sumbangan daripada pihak tertentu. Amanat
daripada si penderma menuntut Asma’ untuk turut bersama dalam rombongan kami. Penerbangan
ke Kota KInabalu memakan masa selama 2 jam setengah telah membawa kami terbang
membelah Laut China Selatan. Setibanya di sana, kami mencari ‘port’ yang sesuai
untuk berkumpul. Jauh di satu sudut, kami duduk menunggu dan berbincang
sementara menanti abang Rizal yang akan tiba jam 8.40 malam. Tempat itu menjadi
‘ kubu’ kami bak kata Iddin, melihatkan kedudukannya yang stategik dan bebas
daripada lalu lintas. Aku dan Ina kongsikan pengalaman kami sewaktu SOP I
supaya adik-adik mendapat sedikit gambaran tentang program kali ini. Baki waktu
yang ada, kami bincangkan modul untuk program yang akan berlansung pada hujung
minggu ini. Ketika abang Rizal tiba, van sekolah sudah menunggu kami. Kami lansung bergerak ke
Ranau menuju ke Sekolah Menengah Agama Ranau (SEMEKAR). Jalan raya yang berliku menyukarkan kami
untuk lelap walaupun penat. Setelah menempuh perjalanan selama 2 jam, kami tiba
di SEMEKAR. Cuacanya yang dingin menyambut ketibaan kami. Lantas, kami dibawa
ke bilik tetamu untuk penginapan kami selama di Sabah.
Bersama Puan Pengetua SEMEKAR
17 Januari 2013
Bertemu pihak pentadbir
Pagi kami ditemani dingin yang menggigit. Airnya sahaja
sudah cukup membuatkan kami menggeletar. Waktunya yang satu jam awal memaksa
kami bangun lebih awal untuk solat subuh. Usai bersarapan, kami terus bertemu
ketua warden, Encik Hisam. Ditemani cg. Jumirah selaku guru kaunselor dan cg.
Nurul Asma, kami bincangkan tentatif dan perancangan kami sepanjang di Sabah.
Maklumat mengenai program diterang dengan lebih lanjut dan terperinci. Jika
sebelum ini, penyampaian maklumat seakan tidak berkesan kerana kami hanya
berhubung melalui telefon. Maklumat yang diterima juga agak terbatas. Selesai
sesi perbincangan, kami bersua muka dengan puan pengetua. Beliau seperti sebelumnya,
banyak memberikan nasihat buat kami. Beliau sendiri berkira-kira mengapa kami
mengambil keputusan untuk membuat program kepada pelajar-pelajar lepasan SPM
dan STPM. Jika diikutkan, pihak sekolah tidak mendapat sebarang manfaat daripada program tersebut. Namun, pegangan
iman itu menumbuhkan sangka baik. Alhamdulillah, ustazah nampak apa yang ingin
kami bawa. Bagi aku, kami membawa misi besar ke Sabah. Seboleh-bolehnya, kami
ingin tubuhkan ‘faciteam junior’ di Sabah. Itu antara yang dirancang. Mungkin,
Allah punya lakaran lain.
Tugas bertambah
Petangnya, kami berangkat ke Rumah Putera Harapan (RPH).
Bertemu adik-adik yang sudah setahun kami tinggalkan. Penghuninya masih sama.
Cuma, beranjak usia. Tingkah laku juga masih tidak berubah. Mereka inginkan
perhatian daripada pengunjung yang hadir. Adik-adik tahun 6 sibuk belajar
memandangkan tahun ini mereka akan menempuh peperiksaan UPSR. En. Sabri selaku
penjaga rumah RPH dan wakil ABIM sudah menyusun perancangan yang banyak buat
kami. Kami menyusun jadual dan mengisi aktiviti harian kami sepanjang di Sabah.
Jadual kami penuh tiba-tiba. Masa kami terisi sepenuhnya. Kami akan melawat
kampung selama 2 hari, mengadakan bengkel pengurusan dan menyambut sambutan
maulidur rasul. Sudah pasti SOP II punya kelainan berbanding SOP I. Masing-masing
berdebar menunggu detik waktu itu. Malamnya, kami pulang ke SEMEKAR membawa
tugasan yang pelbagai untuk dibahagi-bahagikan. Setiap orang punya peranan yang
berbeza untuk melintasi 10 hari di Sabah. Namun, kami fokuskan dulu pada
program TOF dan kepimpinan yang akan bermula esok. 2 program akan dilaksanakan
serentak di tempat yang berbeza, fokus yang berbeza dan objektif yang berbeza.
Kami mohon doa semoga dipermudahkan segalanya.
18 Januari 2013
Program bermula
Kami duduk membincangkan persiapan terakhir program. Afiq
sebagai ‘head faci’ Training of Facilitator (TOF) dan Hazwan mengetui program Kepimpinan.
Aku dan abang Rizal membantu Afiq dan yang lain bersama-sama Hazwan. Apa yang
menarik ketika program fasi di Sabah? Bilangan fasi yang sedikit untuk
menggerakkan program yang ada. Setiap fasi akan digunakan semaksimum mungkin
untuk membantu program berjalan. Bilangan fasi tidak penting asal sahaja kami
mampu memberikan ‘input’ yang terbaik untuk adik-adik. Bahkan, ketika di SOP I
tiga program berjalan serentak di bawah kelolaan 7 orang fasi. Perkara itu
tidak mustahil untuk dilakukan. Alhamdulillah, kami berjaya menggerakkannya.
Untuk program kali ini, kami mengharapkan kejayaan yang sama.
Taaruf,’ ice-breaking’ dan ‘mind-setting’
Adik-adik lepasan SEMEKAR mula mendaftar pada jam 11 pagi.
Aku, Afiq dan abang Rizal menyambut ketibaan mereka. Dianggarkan seramai 20
orang akan mengikuti program TOF dan majoriti daripadanya adalah lepasan tingkatan
5. Modul bermula dengan aktiviti taaruf, ‘ice-breaking’ dan ‘mind-setting’. Aku
kira kami berjaya memecahkan tembok antara peserta dan fasi. Tinggal sahaja,
ada beberapa peserta yang perlu kami dekati lagi. Hari pertama program berlalu
dengan ‘post-mortem’ kami di malam hari ditemani minum malam di dewan makan.
19 Januari 2013
Kejutan luar biasa
Pagi itu, ada juga yang terlajak di katil. Mungkin, beza
waktu yang berlainan memerlukan fasi-fasi mengambil masa untuk menyesuaikan
diri dengan keadaan di Sabah. Bayangkan, pukul 8 pagi di sana sebenarnya sudah
jam 9 di semenanjung. Akibatnya, aku menjadi bidan terjun untuk memulakan
program TOF.
Sesi 'Training of Facilitator'
Pengisian berjalan seperti biasa. Fokus kami untuk TOF hanya
satu, supaya adik-adik mampu balik ke SEMEKAR dan pada masa yang sama bergiat
aktif di universiti masing-masing. Konsep hamba dan khalifah yang dibawa
diharapkan mampu mencetuskan kesedaran dalam diri adik-adik. Kami mahu mereka
sedar, mereka punya peranan yang besar untuk mengerakkan dakwah di Ranau. Kami
mahu adik-adik menjadi pencentus di SEMEKAR. Kami mahu adik-adik membawa konsep
fasi dalam menggerakkan tanggungjawab
sebagai seorang khalifah. Pengenalan tentang fasi, etika dan ciri-ciri mengisi
waktu pagi kami. Namun begitu, sesi petang itu bertukar wajah. Maklumat yang
kami dapat daripada adik-adik amat mengejutkan. Maklum balas daripada adik-adik
hasil soalan yang dilontar oleh Afiq ketika program mengkagetkan kami. Rupa-rupanya
mereka pernah mengikuti program fasi. Mereka pernah menjadi fasi. Bahkan, salah
seorang peserta pernah menjadi ‘head fasi’. Apa reaksi yang kami boleh berikan
ketika itu? Rasa ditampar. Modul kami berkisar tentang pengenalan fasi.
Sedangkan adik-adik sudah melepasi tahap jangkauan kami. Mereka pernah
mengikuti program dan menjadi fasi. Pendekatan yang seharusnya adalah mengenai
kemahiran seorang fasi dan pendedahan modul. Kami terduduk diam. Afiq pantas
meninggalkan adik-adik tugasan supaya mereka boleh berbincang sesama mereka
sementara kami berkumpul untuk menyelesaikan info terbaru yang kami terima.
Masing-masing merasa percikan keringat di dahi. Fokus kami
bertukar. Modul FST 2 diganti dengan modul yang sedia ada. Kali ini, abang
Rizal mengambil alih. Adik-adik didedahkan dengan ‘flow’ modul. Adik-adik juga
ditekankan tentang perjalanan program. Selain itu, adik-adik diingatkan untuk
merasionalkan setiap permainan yang dimodulkan. Walaupun pengisian petang itu
sedikit berat, aku yakin itulah yang dicari oleh adik-adik.
Luahan hati
Malamnya, kami membuat penilaian terhadap adik-adik.
Adik-adik diminta untuk menyusun pergerakan perjalanan program. Satu kumpulan
mendapat program kepimpinan manakala satu kumpulan lagi perlu menyelesaikan
program motivasi. Penerangan demi penerangan diberikan supaya adik-adik betul-betul
memahami pengisian yang diberi. Sebelum peserta dilepaskan, Afiq meminta komen
daripada adik-adik supaya apa yang kami berikan bertepatan dengan apa yang
mereka perlukan. Seorang peserta bangun. Kami agak terperanjat. “Inilah yang
saya cari sebenarnya! Semalam, apa yang kakak dan abang-abang berikan sudah
kami dapat sebelum ini. Saya merasakan program ini sama sahaja dengan
program-program kami sebelum ini. Tiada beza. Tapi, apabila tengahari tadi
abang Afiq tanyakan pada kami perihal fasi dan sebagainya, baru kakak dan
abang-abang tahu perkara sebenar. Abang Afiq pun nampak terkejut. Terima kasih
pada abang-abang dan kakak kerana telah berikan yang terbaik buat kami. Inilah
yang kami perlukan selama ini”. Lebih kurang begitulah antara luahan yang
dilontarkan. Jantung kami bagai disentak. Perasaan aku mula bercampur baur.
Terharu dan gembira. Selama program berjalan, adik itu antara yang paling malu
dan susah untuk berkata-kata. Rupa-rupanya, diam-diam dia ubi berisi. Menjadi
‘observer’ yang baik. Menilai setiap butir-butir kata kami. Dalam diam, dia
memendam suatu perasaan yang tidak mampu dibaca oleh kami. Alhamdulillah, kami
merasakan inilah kemuncaknya program ini. Kami berjalan pulang malam itu dengan
rasa puas.
20 Januari 2013
POA
Hari ini adalah hari terakhir program. Adik-adik perlu
merencanakan tindakan mereka selepas ini. ‘Plan of Action’ atau POA akan
menjadi hidangan terakhir adik-adik. Kami biarkan adik-adik merancang pelan mereka
sendiri. Adik-adik mula menyusun program yang bakal mereka laksanakan. Masing-masing
nampak tekun membincangkan perjalanan program yang akan dijalankan. Kami
memerhati dari jauh gelagat adik-adik. Membiarkan mereka memandu sendiri
bahtera yang dibina dengan dikepalai oleh seorang nakhoda. Tidak perlu untuk
kami mengarah. Hanya sesekali kami membetulkan layar tika bahtera mula
melencong ke arah lain.
Mereka istimewa
Masa terasa pantas sekali. Program TOF akan melabuhkan
tirainya. Kami berkumpul buat kali terakhir. Harapan terakhir daripada
fasi-fasi diharapkan mampu menjadi pegangan adik-adik. Bagi aku, mereka adalah
yang terpilih. Mereka berbeza daripada adik-adik di Semenanjung. Di tahap ini,
mereka sudah mampu berfikir mengenai ummat. Seorang adik tika ditanya bagaimana
mula-mula tercetus untuk membuat program, jawabnya, “ketika habis sekolah, saya
merasa bosan. Lalu, difikirkan alangkah baik jika mampu membuat program”.
Remaja yang hebat. Rasa bosan diganti untuk memajukan ummat. Jauhnya kita
berbanding dia. Mungkin waktu bosan kita diisi dengan bermain ‘games’, tidur
atau sebagainya. Dengan kudrat yang ada, semuanya digerakkan sendiri dengan
bantuan sahabat-sahabat yang lain. Daripada membuat kertas kerja, mencari
tempat dan sasaran hinggakan mencari dana, semuanya dilakukan sendiri. Itu
kekuatan yang mereka ada. Jika di tingkatan 4 mereka sudah mampu berfikir
sejauh itu, dewasa mereka tentu lebih hebat lagi. Kami fasi-fasi sendiri secara
jujurnya cemburu dengan adik-adik. Mereka mendapat kesedaran di awal usia dan
memanfaatkan masa yang ada sebaiknya. Aku melihat Ranau bakal berubah corak.
Generasi yang akan memimpin sedang tumbuh mekar. Hanya menunggu waktu dan
musimnya untuk dipetik. Kepulangan adik-adik membawa misi besar untuk
dilaksanakan. Doaku, agar mereka tetap dan kuat di jalan ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)